I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 1, 2008

Bila Orang Islam Jual Arak????

Assalamualaikum..

Kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga Allah memberi Rahmat kepada dalam kehidupan kita seharian..insyaAllah..Pada pukl 4.30 am tadi, saya berjalan-jalan untuk mencari ketenangan dalam menghayati keindahan ciptaan Allah..Dalam perjalanan itu,saya singgah sebentar di sebuah kedai serbaguna di tempat saya...

Bila saya masuk ke kedai itu,terdapat seorang akak chassier yang berkerja bertudung merah dan dua orang pelanggan..Saya terus menuju ketempat peti sejuk untuk membeli air minuman..Sampai di tempat tersesebut, saya pun membelek peti sejuk itu..MASYAALLAH...terdapat pelbagai jenis air arak dijual disini dan apa yang kesalkan akak chassier tadi adalah seorang wanita islam!!!!..

Wahai sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah bahawa islam melarang kita terlibat dalam penjualan arak sebagaimana Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala.

Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizq atau al-`atha' iaitu pemberian. Manakala, dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram. Rezeki berkat pula bermaksud, rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita, tetapi ia sesuatu yang baik dan cara ia diperoleh juga baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Kita sewajarnya menjadikan ayat 168 surah Al-Baqarah di atas sebagai pemangkin untuk mencari rezki yang halal lagi baik. Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Perkara ini pernah dibangkitkan dalam akhbar harian tetapi mendapat jawapan yang amat mengecewakan dari seorang menteri yang mengambarkan larangan arak menjual oleh orang islam di kedai serbaguna tersebut adalah menyekat rezki dan kemajuan orang islam. Allah berfirman "Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya." (QS. Al An kabut :17) dan "Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah." (QS. Al Jumu'ah:10).

Sabda Rasulullah s.a.w.Sumber halal dan haramDARI Abi Hurairah(ra.) katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: akan tiba satu masa di mana manusia tidak akan mempeduli lagi apa yang diambilnya, adakah dari sumber yang halal atau dari yang haram (HR Bukhari). Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa di akhir masa nanti, manusia akan hilang pertimbangan agamanya, apa lagi kewarasan akal budinya. Mereka sanggup memiliki apa saja sama ada dari sumber rezeki yang haram seperti rasuah, arak judi dan lain-lain atau sebaliknya dari yang halal lagi baik. Apa yang dijanjikan Rasulullah s.a.w. selama ini sudah menjadi kenyataan hari ini. Di mana manusia sudah menjadi begitu rakus dan haloba. Mereka sudah jatuh ke peringkat haiwan. Tabiatnya suka menyundul apa saja membujur lalu melintang patah.

Akhir sekali,sahabat sekalian..ingatlah, jangan lah kita bersubahat dengan perkara haram..ingatlah..apa yag kita makan akan menjadi darah daging kita..jika sumbernya haram maka ia akan jadi bahan bakar api neraka..(wallahualam..).semoga artikel kali n dapat memberi kesedaran pada kita betapa pentingnya kita mencari rezki yang halal lagi baik..komen-komen dan kritikan dari pihak sahabat-sahabat amat saya hargai..yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari sendiri ini..




Gambar menunjukkan akak chassier ini sedang bekerja berseorangan di kedai serbaguna tersebut..
Akak chassier sedng melayan pelanggan yang hendak membayar barang.

Arak yang dijual di kedai serbaguna tersebut.



'JOLLY SHANDY'-air tin ini sekali pandan nampak macam air tin biasa..tetapi apabila dilihat kandungannya terkejut saya..1% alkohol!!..jika orang dewasa mungkin akan menelitinya( itu pun kalau di lihatnya), boleh la perasan tetapi jika kanak-kanak yang membelinya, bagaimana??di harap ibu bapa dan juruwang tersebut prihatin..
Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”. (riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .

Berjuang kerna Allah..
Takbir!!!

hambaallah86
12.00pm,
2 Mei 2008,25 Rabiul Akhir 1429 H

Peribadi Muslim...


Sesegar




Segarnya titisan embun pagi
Biaskan indahnya sinar mentari
Angin yang semilir sejukan hari
Gambarkan kuasa ilahi
Kuikuti jalannya hari
Kini ku cuba fahami dunia
Betapa mempersonakan alam
Terkuak misteri kehidupan


Andai semuanya seindah bintang
Menepis kegelapan
Menabur kasih antara kita
Terbingkai kasih
Warnai persaudaraan Islam


Bila malam telah menjelang
Kupandang bintang kian benderang
Kurangkai sebait doa pada-Mu
Tunjukilah kami, luruskanlah kami
Dalam mengharung kehidupan
hambaallah86
4.00pm, 1 Mei 2008,
24 Rabiul Akhir 1429 H

Wednesday, April 30, 2008

Saya..Dia..dan Family...

Asslamulaikum..

Alhamdulillah..akhirnya,saya telah menghabiskan paper exam saya u semesta ini..setelah berhempas pulas dan mengalami keletihan otak u berfikir, saya akan menyambung tugas saya di rumah, kampung halaman sebagai anak sulung..

Cuti n akan di hiasi dengan kemeriahan keluarga kami..Adik2 ku ada yang balik dari asrama, ad sorang 2 kt maahad Johor, dan di Usim pun ada..semua ad 8 orang adik beradik ku..memang meriah umah 2..Dan saya di taklifkan oleh mak saya untuk membuka kelas tuisyen untuk adik2 yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti PMR dan SPM..Buat yang terbaik kepada adik adikku..tidak lupa kepda adik yang paling bungsu,selalu bermanja bila blk...menantikn kepulangan abang-abang dan akaknya dari asrama...


Tidak lupa juga kepada rancangan orientasi sekolah kali kedua ku di sek Men Keb ***.. Sekolah ini meyimpan banyak kenangan saya semasa menuntut di situ selama 5 tahun..Guru-guru tidak pernah putus asa dalam mendidik kami supaya berguna untuk agama dan negara..



hambaAllah86
7.00pm, 30 April 2008,

23 Rabiul Akhir 1429 H

Tuesday, April 29, 2008

Kejahatan ZIONIS!!!!!


Sekarang Anda Akan Menyaksikan Apa yang tidak diingini oleh Israel untuk dunia mengetahuinya. Tragedi Penyembelihan beramai-ramai Pertama Kurun ke 21.. Penyembelihan paling dahsyat dalam sejarah manusia.. Penyembelihan di Nablus dan Jenin di Palestine..
























Di Jenin serangan dan kemusnahan berlaku, yang berbeza ialah penduduknya tidak dibawa ke kem tahanan, tetapi dibakar hidup-hidup di dalam rumah mereka oleh ‘burning missiles’















Di Nablus ,penyembelihan tidak dapat di bayangkan






Semoga Allah merahmati para syudaha, semoga mendapat tempat yang mulia di syurga
Ketika serangan terakhir Isreael di Jenin dan Nablus, lebih 500 warga Palestine dilaporkan terbunuh …
Apakah peranan anda sekarang ? Hanya menjadi penonton? Menangis? Sekali-kali tidak

Carilah kebenaran….
Anda kini telah melihat perkara yang sebenarnya, tetapi ramai lagi yang belum tahu

Bertindaklah…

Jangan tertipu dengan sogokan media barat

Carilah kebenaran….

GAMIS:Mari Bekerja Untuk Keizzahan Islam

Oleh:
Setiausaha Politik Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia


Abad ke 21 menyaksikan pelbagai cabaran yang kental pada Islam.Tidak sudah dengan penghinaan terhadap Rasulullah oleh para musuh Islam, dunia dikejutkan pula dengan keberanian para musuh Islam memijak kemuliaan Al-Quran. Tertanggalnya dua pedoman utama dari majoriti umat Islam di dunia ini, makin memburukkan keadaan.

Rentetan ini, dapat kita simpulkan bahawa perlunya ada satu generasi kembali bersungguh mendaulatkan Islam sebagai cita-cita utama.Umat Islam diharapkan agar tidak lagi hanya banyak berbicara dan mengkritik semata, tapi perlulah mula bangkit merancang dan terus bekerja dan bekerja sehingga sampai kemenangan pada Islam itu sendiri.

Jika direnungi kejayaan umat terdahulu, dapat kita insafi bersama, betapa kejiddiyahan mereka dalam mempertahankan agama suci ini tiada tolok bandingannya.Apakah resepi kejayaan mereka adalah mengutamakan mencari kelemahan gerakan sendiri semata berbanding bergerak terus ke hadapan menghadapi musuh?

Bersama meneliti dan menghayati sirah betapa pejuang-pejuang terdahulu tidak punya masa untuk berbalah sesama mereka kerana matlamat menegakkan nur Islam di muka bumi sentiasa menjadi topik meniti di bibir.Singkaplah pujian yang diberikan oleh Ibn Shaddad pada peribadi mujahid ulung, Salahuddin Al-Ayyubi – Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Tariq bin Ziyad sanggup membakar kapal-kapal perang untuk membakar semangat juang para ansorullah. Panglima Islam Jaafar bin Abi Talib sanggup mengorbankan diri sehingga ditetak dua badannya, dicincang lumat mayatnya semata-mata mempertahankan panji Islam yang menjadi inspirasi tentera Islam dalam perang Muktah.

Kini, timbul persoalan, apakah ruh-ruh perjuangan itu sudah semakin pudar rasanya di kalangan umat Islam sekarang? Di manakah semangat Sultan Al-Fateh dalam jiwa-jiwa belia Islam sekarang?

Umat terdahulu, bukan berperang berbekalkan semangat kosong.Ilmu dikutip, thaqofah dimantapkan, segala strategi dan perancangan sesudah perang turut diperhalusi sebagai persediaan masa depan. Paling utama, mereka mengasah senjata ketaqwaan dan keimanan yang terpasak satu pada yang Maha Esa berpandukan ajaran Al-Quran dan sunnah.Bagi mereka, umat Islam harus dipandang paling mulia antara semua.Matlamat perjuangan sama ada syahid atau menang.

Justifikasi, sebagai pewaris kemuliaan Islam, umat Islam terutama lagi generasi muda sekarang haruslah menggandakan lagi usaha dan persediaan selari dengan perkembangan semasa demi Islam.Kita tahu, ekonomi, bidang-bidang profesional dan media yang utama masih terlalu jauh kita ketinggalan, namun sebagai golongan muda, kita harus optimis.Kita masih punya tenaga yang banyak dan kudrat kita masih boleh dimanipulasi untuk membuat persediaan jangkamasa panjang.Semua perkara ini mampu kita realisasikan asalkan mita mahu membuat perubahan itu dan mula berubah.

Zaman sekarang adalah zaman merebut setiap peluang.Kita akan tewas seandainya kita masih bergerak seperti takuk lama.Setiap individu kita harus pantas bergerak selari masa dan bijak bermain peluang yang timbul untuk Islam.Tetapkan matlamat kita semuanya demi Islam.

Kita tidak boleh terlalu terikat seperti robot dalam bergerak.Pendakwah muda harus bijak dan bergerak seperti air di terusan yang sentiasa mengalir dan bukannya bertakung,membusuk di sesuatu tempat.Dunia kini perlukan jiwa muda yang terbakar dan bijak serta bersungguh dalam bergerak kerja.

Oleh itu, GAMIS menyeru, pada keseluruhan mahasiswa Islam amnya dan ahli GAMIS khasnya, bersamalah kita semua menanam ruh-ruh peerjuangan itu. Jadikan walau di mana kita berada, kita mampu menghidupkan cahaya Islam di situ.Kadang kala, seandainya tiada arahan dari mana-mana pihak untuk membuat kerja-kerja Islam, jadikan diri anda perintis dan pencetus pada permulaan gelombang tersebut.Jangan biarkan di mana-mana tempat kita berpijak, malap dengan sinar agama Allah ini.Tetapkan niat, bekerja untuk Islam semata.Bukanlah matlamat kerja hanya terfokus dan terikat pada mana-mana persatuan, atau pertubuhan mahupun parti semata.Malah ahli GAMIS juga, mesti bekerja untuk ISLAM dan bukan untuk GAMIS.

Kerja untuk Islam terlalu banyak dan tidak terhad pada program rasmi semata.Malah, menawan hati keluarga dan masyarakat melalui kenduri santai contohnya, juga adalah kerja ISLAM.Belajar malah bekerja sehingga menkagumkan orang lain terutama yang bukan Islam jug,a mampu mencerminkan bahawa kita sudah mengizzahkan Islam itu sendiri.Jadikanlah kita sebagai anak-anak panah muda yang sudah bersedia bermatian mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi mulai hari ini.Gunalah setiap ruang dan peluang yang tiba.Bekerjalah dan terus bekerja demi Islam.Jadilah penggerak, bukan penonton.Jadilah pencetus, bukan pengomen yang boleh membunuh.Jadilah pendokong aktif dan bukan pejuang yang pasif.Kata Allah, berbuatlah, Allah dan Rasulullah akan memerhati, dan orang-orang beriman menjadi saksi.

Monday, April 28, 2008

kampong derhaka

kampong derhaka
Cerita benar (sebelum pilihanraya).

Anak Kak Jerah kena tebuk. Bukan, bukan tebuk yang tu, tapi leher dia kena tebuk, pinggang dia kena tebuk. Dah dua tahun tinggal di hospital. Kesian budak tu.Saya tak pasti sakit apa, tetapi Kak Jerah memerlukan belanja yang banyak jika mahu membawa anaknya keluar dari hospital.Pernah cuba buat temujanji berjumpa dengan MB, tetapi setelah berbulan menunggu, bukan sahaja dia tidak dapat membuat temujanji untuk bertemu MB, untuk membuat temujanji untuk membuat temujanji bertemu MB pon dia gagal.Orang dekat-dekat rumah suruh Kak Jerah pergi ke baitulmal, mana tahu dapat bantuan zakat.Kak Jerah pon pergilah ke Baitulmail Selangor.Selepas di periksa kad pengenalan, Kak Jerah di dapati tidak layak menerima wang zakat. Bukan, bukan sebab Kak Jerah keluar agama Islam, tapi sebab Kak Jerah orang Islam Johor. Jadi terpaksalah Kak Jerah balik ke Johor.Sampai ke pejabat Baitulmal Johor, Kak Jerah pon menceritakan masaalahnya kepada pegawai bertugas. Malangnya Kak Jerah tidak layak menerima wang zakat orang Johor kerana Kak Jerah telah lama bermastautin di Selangor.Kak Jerah pon balik ke Selangor. Pilihanraya pon habis. Maka dilantiklah MB baru.

Cerita benar (selepas pilihanraya).

Anak Kak Jerah masih sakit. lehernya berlubang, pinggangnya berlubang. Dia susah hati.Dia ke pejabat MB sekali lagi, untuk buat temujanji. Jumpa setiausaha MB. Setiausaha MB bawa jumpa MB.Selepas mendengar cerita Kak Jerah, MB kata; ok, tunggu 2-3 hari lagi. kita akan cuba selesaikan.Selepas 2-3 hari, MB dan mak cik ketua pembangkang dewan parlimen yang baru datang ke hospital. Jumpa Kak Jerah. MB sedia memberi semua peralatan yang di perlukan oleh anak Kak Jerah tinggal di rumah dan elaun jagaan sebanyak rm500 sebulan dan Kak Jerah pon dapat juga elaun iaitu rm400 sebulan. Selesailah masalah Kak Jerah.Lepastu, MB pi pulak siasat kes mak janda yang dapat elaun mMB lama bagi. Pakai bimmer tapi tadak kerja, anak tak sakit pulak tu.. Habis lah cerita benar. Moralnya bukan kata MB baru baik, tapi kalau sebenarnya nak tolong, mudah. Yang payahnya kalau tak mahu tolong.

Si Masitah memperlekehkan hukum Allah


Assalamulaikum..

Apabila Gladstone menyatakan bahawa al-Quran sebagai sumber kekuatan umat Islam, bangkitlah seorang ahli parlimen mengoyak-ngoyak al-Quran. Perbuatannya ditegur Gladstone, “Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan ialah mengoyak-ngoyak al-Quran yang ada dalam jiwa umat Islam..

Artikel ini saya ambil dari blog ustaz dzulhairi..Apa yang penting dalam artikel tersebut adalah kita sebagai umat islam harus lah berwaspada apa jua bentuk serangan musuh Islam untuk melemahkan umat Islam...Kita sebagai umat islam haruslah mempertahankan Al quran kerana ia satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad S.W.T yang ada pada hari ini dan ianya menjadi rujukan utama kita..

Di dalam video di atas, si Masitah telah memperlekehkan hukum Allah yang termaktub di dalam Al Quran...Apa bezanya kenyataan si Masitah dengan geert wilder yang telah menghina Al Quran secara terang-terangan di dalam filemnya 'Fitna'. Walaupun kenyataan si Masitah ini telah lama tapi kesannya kepada masyarakat memandang buruk kepada hukum Allah disebabkan ia adalah seorang tokoh agama yang dikenali ramai..Jika seorang tokoh agama islam memperlekehkan Al quran, apa lagi bagi mereka yang hanya Islam pada nama sahaja..

Dulu ustaz saya pernah berkata, jika kita tidak melakukan hukum Allah, kita akan berdosa tetapi apabila kita mempertikaikan,ianya boleh jatuh hukum murtad..Wallahualam..(bukan niat untuk mengkafirkan orang tetapi ingin kita memikirkan keadaan umat islam)

Wahai rakan-rakan sekalian, bersamalah kita mempertahankan Islam walau jalan yang kita lalui ini banyak onak dan duri..Jalan yang tidak di janjikan karpet merah atau kesenangan dunia..InsyaAllah..balasannya di akhirat bila kita berhadapan dengan Allah..Terserah kepada kita untuk menilainya..Ingatlah..apa yang kita perkatakan akan dipertanggungjawabkan di depan Allah..Jika ada kesalahan dalam tulisan saya, mohon tegur..insyaAllah, saya akan menilainya semula..

Sekian,Terima Kasih...


hambaAllah86 9.00mlm,

28 April 2008,21 Rabiul Akhir 1429 H..


















Rintihan Jiwa Yang Sepi

Assalamulaikum...

sahabat-sahabat sekalian,dalam perjuangan untuk menegakkan Islam pasti kan ada mehna dan tribulasi..Dugaan itu bukan untuk menyeksa kita..tetapi untuk menguji kesabaran,keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah sebagaiman yang tersurat di dalam Al-quran, surah al ankabut ayat 1-3:
1. Alif Lam Mim
2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami telah beriman",dan mereka tidak di uji.
3. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelim mereka, maka Allah pasti mengetahuiorang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta
Dan yakin la sahabat-sahabat sekalian, bahawa dugaan yang menimpa kita adalah sesuai dengan diri kita,bukan untuk menyeksa kita sebagai dalam surah al Baqarah ayat 286:

286. Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
Ya Allah, Ya Tuhanku..berikan aku kekuatan dalam mejalani kehidupan yang penuh onak dan duri..Jadikan kami orang-orang yang sentiasa diberi petunjuk olehMu, Ya Allah..
Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui apa di dalam hati ku..diriku meronta-ronta dalam pencarianMu, Ya Allah..Semoga dengan dugaan yang ku lalui ini menjadikan lebih matang dalam menjalani kehiupan ini...
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim..sesungguhnya kau lah yang maha pemurah lagi maha penyanyang..Jadikan kau seorang yang sentiasa menegakkan agamaMu,Ya Allah..Tiada tempat aku berlindung melainkan Engkau, Ya Allah dan jangan ada terlintas di dalam hati ku ini untuk mengkufurkanMu..Sesungguhnya nerakaMu anat pedih seksaannya..
Ya Allah yany maha pengampun..ampuni dosaku..Dosa kedua ibu bapaku yang melahirkan dan membesarkan aku sejak dari kecil lagi..sesungguhnya, mereka telah banyak berjasa kepadaku..jika Kau ambil mereka daripadaku..aku redha..dan kau letakkan lah mereka di sisi para anbiya' dan orang-orang yang soleh..
Ya Allah..ampuni juga dosa guru-guruku..mereka telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku..meraka mengajarku dengan hati yang ikhlas..ilmu mereka akan ku gunakan untuk jalanMu,Ya Allah..
Ya Allah, Ya Tuhan ku..sesunguhnya aku amat mencintai sahabat-sahabat sepejuangan ku..ampuni dosa mereka..Rapatkan uhkwah antara kami..Jangan kau cerai-beraikan kami...Semoga syahid,cita -cita kami menjadi kenyataan..
Ya Allah, padaMu aku bersimpuh untuk aku memohon keampunan dariMu..berikan ku kekuatan dalam perjuangan ini...
Amin...Takbir!!!


Rintihan Jiwa Yang Sepi
Bangun berlari aku sendiri
Masih mencari sinar nan pasti
Bagaikan teraba-raba dalam kegelapan
Kebungkaman malam yang tiada kerlipan

Di kala itu aku merintih
Menggarap sedikit kekuatan
Untuk ku terus bertatih
Menghadapi nasib di depan

Dengan mengharap kekuatan diri
Terasa seperti tak berdaya menghadapi
Kerana dalam diri bukanlah kunci
Bantuan kekuatan hanya dari Ilahi

Bangun berlari aku bukan sendiri
Andai jiwa disandar pada Ilahi
Andai pulang menyuci diri
Andai disemai baja kasih nan suci
Pada Dia kekasih yang abadi...

Jiwa ini tak akan sepi lagi
Andai kasih bertaut rapi
Pada Dia penghibur agung
Yang Maha Memberi
Yang Maha menghibur hati...

hambaAllah86
8.00mlm,28 April 2008,
21 Rabiul Akhir 1429 H..

Sunday, April 27, 2008

Bantah 2 Pemain Chelsea Masuk Malaysia

Assalamualaikum...

Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2008,kerajaan Malaysia tidak akan menghalang kedatangan 2 pemain Chelsea iaitu Pengurusnya, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim,yang merupakan rakyat Israel untuk beraksi di Malaysia Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu di Asia.Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Luar,Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Hal ini bermakna Malaysia seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara Israel.Dari segi fakta,Malaysia sememangnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.Jadi jika dilihat pada logik akal,sememangnya rakyat Malaysia diharamkan masuk ke Israel begitu juga dengan rakyat Israel,diharamkan masuk ke Malaysia.Kenyataan ini seolah-olah kerajaan Malaysia mahu mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Adakah kerajaan Malaysia sudah lupa mengenai kekejaman rejim Laknatullah ini membunuh rakyat Palestin?Adakah Malaysia lupa peristiwa Sabra dan Shatila di Lubnan? Adakah Malaysia lupa pembunuhan beramai-ramai di Jenin dan adakah Malaysia lupa kekejaman Israel ke atas Gaza?Apabila Israel dibenarkan hadir ke Malaysia walau dengan apa jua tujuan namun ini seolah-olah melihatkan kita mengiktiraf penaklukan terhadap Masjidil Aqsa,kiblat pertama dan tempat suci ketiga umat Islam. Ya,memang alasan mudah kerajaan Malaysia seperti kata Dr. Rais Yatim, “Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,” katanya. Namun,adakah Dr. Rais pernah tengok kehadiran rakyat Malaysia ke Israel?Rakyat Malaysia enggan masuk ke Israel kerana mereka tidak mahu memijak bumi rejim yang membunuh saudara mereka di bumi Palestin. Dan mungkin ada sesetengah rakyat Malaysia yang cuba masuk ke Israel tetapi dihalang pihak imigresen atas alasan Malaysia tiada hubungan dengan Israel. Jadi mengapa pula kita mahu membenarkan orang Israel masuk Malaysia?Memang tidak salah menjemput atas dasar sukan namun sensitiviti umat Islam perlu dijaga.Jika isu ternakan khinzir di eksploitasi atas dasar sensitiviti umat Islam, isu ini juga harus diguna untuk membuktikan umat Islam memandang berat mengenai nasib rakyat Palestin.Adakah kerajaan mahu melihat suasana 1997 berulang apabila Israel dibenarkan memasuki Malaysia adalah ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), mendapat bantahan di Kuala Lumpur sehingga ada yang cedera? Diharapkan kerajaan Malaysia menilai kembali perkara ini.Jika tidak,mungkin kemarahan umat Islam akan kembali membakar.

Di ambil Dari
http://mygamis.blogspot.com/2008/04/bantah-2-pemain-chelsea-masuk-malaysia.html

Bacaan Syeikh Masyari Rashid Al Afasi Surah sajdah






Bacaan Syeikh Masyari Rashid Al Afasi Surah Sajdah sunguh merdu sekali..sesiapa yang ingin download video-video yang terdapat dalam blog in,di nasihatkan supaya click sekali di video tersebut dan click sekali lagi di butang 'play'. Selepas itu, anda boleh download mengunakan software-software seperti Internet download manager 5.12, realplayer 11,orbit downloader, dan Flashget..

Jika gambar-gambar yang berada diblog ini tidak jelas atau kecil, sila click sekali pada gambar tersebut..

Sekian, selamat mencuba..







Pamplet Penyair


Salah Aku Mencintainya


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template