I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 15, 2008

Ulasan Khutbah Jumaat memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin


Assalamulaikum...

Sahabat sahabat sekalian..semoga Allah memberkati kalian semua..dalam diam tak diam sudah 60 tahun pendudukan israel di Palestin..dan selama itu lah saudara kita di palestin menderita..Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang telah mati syahid di Palestin kerna memperjuangkan Islam di palestin..
Sepertimana yang kita tahu..baitul maqdis adalah kiblat pertama kita dan tempat ketiga yang suci bagi umat islam..perjuangan Hamas di Palestin sememangnya untuk membebaskan menghalau Israel di Tanah Palestin..tetapi dihalang oleh pihak Fatah..Saya teringat forum yang di adakan di tempat saya belajar..Forum ini adalah bertujuan membantah kekejaman Israel di Palestin..menurut penceramah tersebut, ketika pihak Hamas menawan semenanjung gaza dari pihak Fatah,mereka menjumpai dokumen penjanjian antara presiden Mahmod Abbas dari Fatah dengan pihak CIA(perisik US) dan menerima peruntukan dari amerika untuk menghapuskan pihak Hamas..BUKAN UNTUK RAKYAT PALESTIN..

Kita lihat di sini,betapa mereka di peralatkan oleh pihak israel..Sahabat-sahabat sekalian, di parlimen Australia..mereka meluluskan usul untuk meraikan pendudukan israel di Tanah penduduk Palestin..tetapi di parlimen kita!!! Usul Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) bagi membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestine ditolak oleh Dewan Rakyat.

Saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Akhir sekali..sahabat-sahabatku..Mari lah kita bersatu di bawah panji Islam..Jika kita lihat banyak sekali ideologi-ideologi musuh islam yang telah mempengaruhi masyarakat kita sekarang..kembalilah kepada Islam..Laksanakan hukum-hukum Islam..jgn lah kita memperlekehkannya…Untuk melihat betapa kejamnya zionis ini..layari lah link ini..

http://hidupmatikernaallah.blogspot.com/2008/04/kejahatan-zionis.html

hambaallah86
12.00 am,
16 Mei 2008,10 Jamadil Awal 1429 H

Khutbah Jumaat memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Isra': 1) -->-->
Sidang Jumaat rahimahullah, Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.
Sidang Jumaat rahimahullah, Enam puluh tahun Nakbah. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah enam dekad kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai 'bumi yang dijanjikan' untuk kaum mereka. Manakala orang Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah enam dekad bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan Al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam 'bumi perjuangan' ini.
Istilah 'Nakbah' mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. 'Nakbah' bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala 'Nakbah Palestin' merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad lalu.
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 peratus bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
Sidang Jumaat rahimahullah, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
Sidang Jumaat rahimahullah, Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.
Maksudnya: "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:
Paksi Pengetahuan
1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.
2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.
3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.
4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.
6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.
7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.
Paksi maknawi (jiwa)
1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.
2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.
3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah? sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.
Paksi Amali/Praktikal
1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.
2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.
3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.
4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
Sidang Jumaat rahimahullah, Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78)

Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

Wednesday, May 14, 2008

Isu murtad: apa tindakan kita??

Siti Fatimah Tan Abdullah, 39 telah dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau pinang

Pada 10 Mei yang lepas, negara kita dikejutkan lagi dengan isu murtad. Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, yang dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dua hari lalu beliau menegaskan, Maipp tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau sendiri (Siti Fatimah) tidak menunjukkan minat untuk mengikuti aktiviti yang disusun oleh unit
berkenaan bahkan pernah dikaunseling kerana sibuk keluar negara bersama
suaminya warga Iran, Ferdoun Ashanian. Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Dia bersama peguamnya selepas pemohonan untuk murtad dibenarkan

Sebenarnya jika dikaji dengan mendalam, kejadian murtad di kalangan saudara baru bukan perkara baru dan bilangannya di seluruh negara adalah ramai. Namun, mungkin ia tidak boleh dikesan menerusi rekod di Jabatan Agama Islam kerana mereka yang murtad itu tidak melaporkan kepada jabatan tersebut. Ada yang menghilang diri begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Bagi mereka, menukar agama sama seperti menukar parti politik, menukar pertubuhan sukarela dan sebagainya. Itu saja.

Setelah membaca laporan akhbar mengenai isu ini, apa yang saya fahami adalah yang pertama, Siti Fatimah memeluk ISLAM adalah kerana kahwin dengan orang Islam, yang ke dua, Siti Fatimah murtad adalah kerana orang Islam iaitu suaminya pergi meninggalkannya dan yang terakhir adalah Siti Fatimah dibenar murtad oleh mahkamah syariah pulau pinang..

Begitu mudah untuk masuk ISLAM dan begitu mudah untuk keluar ISLAM. Apa yang hendak dipersoalkan adalah:

1) Sejauh mana pihak yang berwajib menyediakan program untuk mualaf?

2) Sejauh mana mahkamah syariah berkuasa membenarkan murtad?

3) Apakah pandangan orang kafir terhadap situasi ini?

4) Sejauh mana mualaf terjaga aqidahnya setelah memeluk ISLAM?


timbul berbagai reaksi di kalangan masyarakat Islam dan mereka menuding jari kepada sesiapa sahaja untuk mencari kesalahan. Reaksi tersebut menunjukkan kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku. Inilah antara sensitiviti agama yang wujud di kalangan umat Islam.

Mungkin sesetengah orang mengeluarkan hujah. konsep kebebasan agama dalam Islam disebut dalam al-Quran yang bermaksud : ‘Tidak ada paksaan dalam agama Islam kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan kufur. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’

Jika dilihat asbabun nuzul, ayat di atas diturunkan setelah berlaku peristiwa seorang ayah yang tinggal di Madinah pada masa itu belum memeluk Islam menyerahkan anaknya kepada orang Yahudi Bani Nadhir untuk dipelihara. Kemudiannya orang Madinah menjadi Islam, menyambut kedatangan Rasulullah saw dan menjadi kaum Anshar. Apabila berlaku pengusiran ke atas Bani Nadhir keluar daripada Madinah kerana mengengkari perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, maka si ayah tadi memohon kepada Rasulullah saw supaya anak itu ditarik kepada Islam, kalau perlu dengan paksa. Beliau mengatakan ‘Belahan diriku sendiri akan masuk neraka, ya Rasulullah!’. Maka turunlah ayat di atas ‘tidak ada paksaan dalam agama’. Kalau anak itu sudah terang menjadi Yahudi, tidaklah boleh dipaksa memeluk Islam. Menurut riwayat Ibnu Abbas, Nabi saw hanya memanggil anak-anak itu dan disuruh memilih, apakah mereka sudi memeluk agama ayah mereka, iaitu Islam atau tetap dalam Yahudi dan turut diusir? Dan menurut riwayat, ada yang memeluk Islam dan ada yang terus menjadi Yahudi dan sama berangkat dengan Yahudi yang mengasuhnya itu meninggalkan Madinah. Keyakinan suatu agama tidaklah boleh dipaksakan, sebab : ‘Telah nyata kebenaran dan kesesatan’ . Agama Islam memberi orang kesempatan mempergunakan akalnya yang murni untuk mencari kebenaran.

Akhir sekali, hayatilah hadis ini… ‘Barangsiapa yang beriman kepada Allah kemudian murtad, beriman kembali, murtad lagi kemudian memperbesar-besar ketidakpercayaan mereka. Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar kepada mereka’

Harakahdaily.net
suriaterang.blogspot.com
tranungkite.net

hambaallah86
12.00 am,
15 Mei 2008,9 Jamadil Awal 1429 H
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template