I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 9, 2008

kejadian tanah runtuh:1 bentuk ujian dari Allah..

Assalamualaikum..

pada hari sabtu pukul 4 pagi minggu lepas, satu tragedi telah melanda negara kita iaitu kejadian tanah runtuh di ulu yam dan bukit antarabangsa..tidak lupa juga kejadian banjir yang melanda bbrapa negeri..tragedi ini banyak meragut nyawa dan harta benda..semua ini menjadikan kita berfikir bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..tidak memilih kaya @ miskin..kecil ataupun besar..

Di sini saya mengajak diri saya dan rakan-rakan untuk muhasabah diri semula..apa yang kita lakukan untuk menghadap Allah kelak..betapa kerdilnya diri ini apabila menghadapnya..pastinya hanya dengan rahmatnya kita akan diterima masuk ke syurga..dan amalan-amalan kita menjadi wasilah untuk mendapatkan rahmatnya..

sahabat-sahabat sekalian,

bagi yang mendapat musibah dari Allah bersabar lah..
Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti - yakni sesuatu yang tidak dikehendaki kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu." (Muttafaq 'alaih)

semoga kejadian ini menjadikan kita kita insaf dan menjadi pengajaran kepad kita semua..kepada kerajaan, apa yang saya harap adalah siasat perkara ini..bagaimana pembangunan blh dijln di kawasan tanah tinggi..

hambaAllah86

Monday, December 8, 2008

Salam Aidil Adha 1429 H

Assalamualaikum..

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepada Allah kerna ku sekali lagi bertemu hari raya korban1429 H..hari raya korban sering dikaitkan dengan kisah nabi ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail atas perintah Allah.

di sini kita lihat sejauhmana tarbiah yang diberikan daripada Allah kepada nabi Ibrahim dan nabi Ismail.. kita lihat anaknya nabi Ismail sanggup mengorbankan dirinya demi perintah dari Allah kepada bapanya..

Sahabat2 sekalian,

bila kita lihat manifestasi kisah ini, marilah kita muhasabah diri kita semula, sejauh mana pengorbanan kita terhadap perjuangan ini..kita mengakui, kita cintakan perjuangan ini tapi sejauh mana apa yang kita lakukan ke arah perjuangan ini..Itulah pentingnya tarbiah dalam diri kita.. Adakah diri kita sanggup berkorban untuk perjuangan ini..Sesungguhnya perjuangan ini tidak menjanjikan bentangan permaidani merah, malah ianya di penuhi ranjau dan duri..

Memang perjuangan ini pahit tetapi yakinlah dengan janji Allah bahawa syurga itu manis..


hambaAllah86

Saturday, November 8, 2008

Perjuangan ku bukan terhenti di sini..

aku..
di sem 7 sekarang..
sudah 3 tahun lebih ku sini..
banyak pengalaman manis waima pahit ku disini..
suka duka ku..
senyum tawa ku..
sedih tangis ku..
banyak memberi aku kekuatan
dalam terus berjuangan di sini..
dan..
aku akan teruskan apabila ku luar kelak..
yang pastinya..
cabaran di luar akan lebih besar..
mehna yang ku hadapi akan lebih mencabar..
harapan ku..
doa dari para sahabat
mengiringi perjuangan hidup ku ini..

Perjuangan ku bukan terhenti di sini..
itu yang ku paterikan dalam diari hidup ku..
bukan untuk berbangga..
tetapi untuk mencari keredhaanMu..
andai ku di takdirkan
mati dalam perjuangan ini..
mati kan aku bersama-sama para syahid..

Perjuangan ku bukan terhenti di sini..
sahabat ku..
sesungguhnya persahabatan kita
berakarkan aqidah..
yang pastinya kukuh
lebih kukuh dari tembok besar cina..
aku harapkan..
apabila kita di luar..
kita dapat bersama-sama
berjuangan dalam menegakkan agama Allah..
kalian lah sahabat ku dunia akhirat..
terima kasih sahabat ku..

perjuangan ku bukan terhenti di sini..
Ya Allah, Ya tuhan ku..
jauhkan aku dari gejala futur
dalam memperjuangkan agamaMu..
tetapkan hati ini
dalam perjuangan membela agamaMu..
hanya keredhaanMu ku harapkan..
Ya Allah. Tuhan yang membolak balik hati manusia,
pada mu ku berharap..
matikan lah diri ku ini..
dalam syahid di jalanMu..
Takbir!!!
Allahuakbar!!!

hambaallah86..

Tuesday, October 28, 2008

KEPUTUSAN PRK UPSI 2008

sila click 2x kali di gambar u lebih jelas

Monday, October 20, 2008

21hb: Tarikh yang di tunggu-tunggu
Assalamualaikum..

sahabat-sahabat yang di rahmati Allah..ari n adalah ari mengundi bagi pilihanraya kampus bagi upsi.banyak dugaan yang kami lalui semasa tempoh berkempen. sekarang tempoh berkempen pun sudah tamat tepat pada pukul 11pm tadi. maklumat terkini seramai 3 orang mahasiswa proaspirasi di tangkap kerana mengedarkan flies yang tidak di sah kan..

pada malam tadi, rapat umum di khar amat mengamatkan keadaan sekalipun hujan. proaspirasi banyak membuat kecoh dan provokasi..malah saya telah memarahi mereka kerana membuat bising semasa calon bebas nor aqilah hanis menyampaikan manifestonya. ini menunjukkan betapa kurang ajarnya pro aspirasi..Oleh itu, jgn undi pro aspirasi yang mengatakan mereka mahasiswa berkualiti.

berbagai fitnah ditaburkan kepada calon bebas oleh aspirasi yang mengatakan ada calon-calon bebas yang menyalah gum]nakan kuasa dan mengelapakan duit. ini adalah fitnah!!!kerana semua fitnah itu telah di sahkan oleh pihak universiti adalah rekaan semata-mata.. tidak lupa juga, saya di katakan dalam blog bereka bahawa saya di bayar u mengambil gambar2 u akhbar.

akhir sekali, saya dengan tegas kita harus menolak calon pro aspirasi(kualiti hampeh!!!) seperti rashid,Azmi, Ain, Nabila Soraya, Hazwan dan Munirah dan lain2..tidak lupa juga, kawan saya yang hampir di tarik oleh aspirasi untuk di belasah. tapi dengan izin Allah, kawan saya itu terselamat. penyokong2 mereka telah di upah untuk menyokong proaspirasi..ini amat menyedihkan..keselamatan calon-calon bebas juga amat membimbangkan..insyaAllah, doa saya mengiringi pejuang2 islam..

ini tahun terakhir saya di sini.. saya mahukan adik2 saya mendapat kepimpinan yang amar ma'ruf nahi munkar..Undilah calon bebas kawasan umum saya nazira binti Jiat..

Turunlah mengundi!!!

HambaAllah86

Ya Allah satu kan lah hati kami..

Saturday, October 18, 2008

Saya di blog Aspirasi



Assalamualaikum..

Sahabat-sahabat sekalian, Musim prk di upsi semakin hangat..banyak provokasi berlaku..sampaikan saya di katakan seorang wartawan yang di bayar oleh mane2 akhbar..kelakar juga..tapi tak kesahlah..yang penting hati kita jangan lari dari perjuangan islam..insyaAllah..perjuangan ini memang banyak mehnah dan tribulasi.
moga, niat kita ttp kukuh kerana Allah..Takbir!!!

Tidak lupa juga, janagn lupe untuk trn mengundi pada 21 hb ini..Undilah calon saya..Nazira binti Jiat..Calon kawasan umum anda..

hambaAllah86

Manifesto calon saya

Manifesto-”Kebajikan pelajar, pemacu kecemerlangan”
October 18th, 2008 by nazira
Antara isu yang akan di perjuangkan jika saya terpilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),insyaAllah:

1) Meningkatkan ciri keselamatan di taman bernam dengan menyediakan bas kitaran yang lebih sistematik.

2) Meningkatkan keselamatan di tempat letak kenderaan dengan CCTV.

3) Meningkatkan keselamatan di taman-taman kediaman luar kampus(UKLK).

4) Membentang laporan belanjawan MPP.

Nazira binti Jiat,
Calon Kawasan Umum anda,
“Kebajikan pelajar, pemacu kecemerlangan”

Thursday, October 16, 2008

Undi lah Calon Kawasan Umum (Nazira Binti Jiat)

“Kebajikan Mahasiswa, Pemacu Kecemerlangan”

Nama: Nazira Binti Jiat

Umur: 22

Negeri: Johor

Kursus: Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling

Tahun : 3

semester: 5

Penglibatan:

1) Urusetia Majlis Tilawah Al-Quran dan jemputan

2) Unit cerderhati Gema Hadhari Sempena Konvo 07

3) Rakan exco Kebajikan Kolej Aminuddin Baki

4) Rakan exco Kebajikan Persatuan Pendidikan Islam

Friday, October 10, 2008

MAKLUMAT MAKLUMAT MENGENAI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009





sila klik gambar di atas jika tidak jelas

Thursday, October 9, 2008

NOTIS PERISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NOTIS

PERISYTIHARAN PEMILIHAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

SESI 2008/2009

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, maka

saya mengisytiharkan bagi pengetahuan semua pihak yang berkenaan bahawa satu Pemilihan untuk memilih seramai 21

ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 akan diadakan pada 17 Oktober 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00

petang.


Pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar tersebut adalah untuk mewakili :


A.


Kawasan FAKULTI jumlah perwakilan

1. Fakulti Bahasa 2

2. Fakulti Seni & Muzik 2

3. Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia 2

4. Fakulti Sains & Teknologi 2

5. Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi 2

6. Fakulti Perniagaan & Ekonomi 2

7. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 2

8. Fakulti Sains Sukan 2


Kawasan UMUM 5

Jumlah kerusi yang dipertandingkan

Kerusi Lantikan Untuk ETNIK

Cina 1

India 1

Sabah 1

Sarawak 1


JUMLAH KESELURUHAN KERUSI UNTUK SESI 2008/2009 25 wakil


OLEH HAL YANG DEMIKIAN DENGAN PENGISYTIHARAN INI, MAKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAGI SESI 2007/2008 DIBUBARKAN MULAI TARIKH 10 OKTOBER 2008.

Pengerusi

Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

Sesi 2008/2009.


PRK...PRK..PRK...



Saturday, September 27, 2008

Salam lebaran 1429 H

salam..

Ramadhan,
akhirnya kita berpisah jua,
rindu ku pada mu,
bagai seorang kekasih berpisah dengan kekasihnya,
sanggup menanti,
walaupun penantian itu satu yang menyiksakan,
semoga ku di pertemukan,
ramadhan akan datang..

Syawal,
pertemuan kita pada kali ini,
untuk meraikan kejayaan aku,
dalam menundukan nafsu,
ku memohon maaf pada ibu bapa ku,
ku memohon maaf pada saudaraku,
ku memhon maaf pada semua,
atas kesalahan yang telah ku perbuat..

Salam lebaran 1429 H..

hambaAllah86,
http://hidupmatikernaallah.blogspot.com/

Monday, September 22, 2008

SUMPAH atau sesumpah??

Wednesday, September 10, 2008

MARHABAN YA MARHABAN..

Ketika Ramadhan-Mu khan menjelang
Tak kuasa hamba menahan tangis haru
Diri hamba yang kadang melalaikan perintah-Mu
Telah Kau izinkan tuk menjelang bulan suci milik-Mu

Hati berdebar, bak menanti kekasih hati
Kawatir hamba tak mampu menjalani perintah-Mu
Ya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Jadikanlah diri hamba di antara umat terpilih-Mu
Umat yang selalu bertakwa kepada ke-Esa-an Mu
Umat yang selalu memperoleh ridho dari-Mu
Jangan biarkan kami melalaikan-Mu
Berilah kami kesabaran dan ketabahan dalam cobaan-Mu
Semoga Ramadhan ini dapat kulalui dengan hati suci dan ikhlas kepada-Mu
Amien......

13 Langkah Meraih Ramadhan Terindah

Ada 13 langkah pahala yang harus kita peroleh secara maksimal diramadhan bln
ramadhan.keseluruhannya adalah harapan akan keselamatan kita dunia dan di
akhirat. Semoga kita dikuatkan Allah SWT untuk meraih Ramadhan terindah di tahun
ini.

1. Perbanyak Shalat
Shalat di bulan Ramadhan menyimpan pahala sangat besar. Dibulan ini,sholat
sunnah bernilai shalat wajib, dan sholat wajib bernilai sama dengan minimal 70
kali sholat wajib bulan yang lain. "Rasulallah saw bersabda: " barangsiapa yang
sabar melakukan shalat 12 rakaat dalam satu hari satu malam, maka ia akan masuk
surga." (HR An.Nasai). "Rasulallah bersabda; " Barangsaiapa yang shalat dalam
satu hari satu malam dua belas rakaat, selain shalat wajib, dibangunkan untuknya
sebuah rumah di surga."(HR Muslim)

2. Tingkatkan Kualitas Puasa
Imam Ghazali dalam Ihya membagi bobot puasa menjadi 3.
1.puasa awam => yakni menahan makan, minum, syahwat kepada lawan jenis di siang
hari dibulan puasa.
2.puasa Khawash, yaitu puasa anggota badan dari yang haram, menahan mata, dari
yang haram, menahan tangan dari yang haram,menahan tangan dari yang tidak hak,
menahan langkah kaki dari jalan menuju yang haram, manahan telinga dari
mendengarkan yang haram termasuk ghibah.
3.ketiga adalah puasa Khawashul Khawash yaitu mengikat hati dengan kecintaan
pada Allah SWT, tidak memperhitungkan selain Allah, membenci prilaku maksiat
kepada-Nya.

3. Jangan Sia-siakan waktu malam, Lakukan Qiyamul Lail.
Sebaik-baik nikmat setelah islam adalah nikmat menyendiri bersama Allah SWT.
Berdiri dan berzikir di hadapan Allah jelas lebih baik dari tidur terlentang
diatas kasur. Qiyamul lail adalah madrasah yang agung dari madrasah pembinaan
diri. Tidak ada yang mampu melakukannya kecuali orang-orang yang ikhlas.

4. Basahi lidahmu dengan Dzikrullah.
Dzikrullah adalah indikator hidupnya mati. Dzikrullah adalah peristirahatan bagi
jiwa. Seorang Tabi'in mengatakan, "Sesungguhnya di dunia ini ada surga. Orang
yang belum memasuki surga dunia, tidak masuk ke dalam surga akhirat. Surga dunia
itu adalah dzikrullah."

5. Jangan ragu keluarkan Shadaqah.
Berinfaqlah. Dan jangan pernah takut miskin karena infaq, karena Allah pemilik
Arsy tidak pernah kehabisan memberi kepada orang yang berinfaq. Diantara cahaya
Shadqah: Allah SWT berfirman:"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada
Allah,pinjaman yang baik (Menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan
melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah
menyempitkan dan melapangkan (rizki) dan kepada-Nyalah kamu
dikembalikan."(QS.Albaqarah:245) Rasulallah saw bersabda:"Saya dan orang yang
memelihara anak yatim di surga seperti ini."Rasul menunjukan dua jari, jari
tengah dan telunjuk.(HR Ahmad)
Dalam sebuat atsar disebutkan perkataan: Obatilah orang-orang sakit di antara
kalian dengan bersedekah"
Malaikat berdoa setiap hari kepada Allah: "Ya Allah berilah ganti kepada orang
yang berinfaq. Ya Allah sempitkan (rizki) orang yang kikir."

Keuntungan:
- Simpanan yang dipenuhi dengan kebaikan disis Allah SWT.
- Bertambahnya rizki di dunia. Dalam sebuah hadist Qudtsi, Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, akan Aku tulis untuknya
700 kali lipatan pahala."(HR Turmudzi)
- Dalam sebuah atsar disebutkan: "Berinfaqlah, maka Allah akan memberi infaq
kepadamu."

6. Jangan sia-siakan waktu, Bacalah Al Qur'an
Membaca Al Qur'an adalah ibadah paling utama di bulan
Ramadhan.Bersungguh-sungguhlah mengkhatamkan AlQur'an lebih dari satu kali di
bulan Ramadhan. Rasulallah bersabda: "Kalian tidak akan sampai pada puncak
keimanan sampai tidak ada sesuatu yang lebih kamu cintai daripada Allah SWT. Dan
barangsiapa yang mencintai Alqur'an maka Allah akan mencintainya."

7. Taubat, sekarang juga
Taubat adalah penyesalan atas perilaku kemaksiatan, dan jauh dari mengulangi
dosa serta tekad untuk tidak mengulangi dosa serta tekad untuk tidak
mengulanginya lagi. Semua kita memerlukan taubat setiap hari dari banyaknya
dosa-dosa yang kita lakukan. Dalam Haditsnya Rasul SAW juga mengatakan,
"Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu satu jengkal maka aku akan
mendekatinya Satu Hasta. dan barangsiapa yang mendekatiKu satu hasta, maka Aku
akan mendekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang mendekatiKu dengan berjalan,
Aku akan mendekatinya dengan berlari."(HR Muslim)

8. Bertahanlah untuk i'tikaf di dalam Masjid
I'tikaf adalah sunnah yang selalu dilakukan Rasulallah SAW pada sepuluh hari
terakhir di bulan Ramadhan. Bahkan pada tahun terakhir ketika beliau wafat,
Rasulallah melakukan i'tikaf selama 20 hari. I'tikaf adalah tinggal di masjid
untuk beribadah, meninggalkan urusan dunia dan kesibukannya. Seorang yang
i'tikaf tidak keluar dari masjid kecuali karena darurat.

9. Ridhalah atas segala Ketetapan-Nya
Orang yang yang paling gembira di dunia adalah orang yang paling ridha dengan
ketetapan Allah SWT. Keridhaan adalah tingkatan paling tinggi dari sifat sabar.

10. Lapang Dada dan mudahlah memaafkan orang lain.
Termasuk indikator paling jelas dari sikap lapang dada dan mudah memaafkan
adalah kemampuan menahan marah, terutama saat kita mampu melampiaskan kemarahan
itu, sikap menahan marah merupakan sikap Nabi. Rasulallah saw bersabda:
"Barangsiapa yang mampu menahan marah padahal ia bisa melampiaskan kemarahannya.
Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan kepala para mahluk dan
memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia ingini.

11. Sambunglah Hubungan Baik dengan Siapapun.
Seperti wasiat Rasul saw, " Keutamaan yang paling utama adalah engkau menyambung
hubungan yang baik dengan orang yang memutuskan hubungannya denganmu. Dan
menyalami orang yang mencacimu." (HR Ahmad)

12. Bahagiakan Orang Tua
Kita sangat memerlukan orang yang mau belajar kembali bagaimana caranya berbakti
kepada orang tua. Bagaimana caranya menyalami dan mencium tangan mereka?
Bagaimana caranya membantu mereka? kita telah banyak menyia-nyiakan hak kedua
orangtua. Dalam hadits riwayat muslim,Rasulallah saw bersabda,"Rugi dan
bangkrutlah orang bertemu dengan kedua-orangtuanya saat mereka sudah tua-salah
satu atau keduanya- tapi keadaan itu tidak bisa menyebabkannya masuk Surga."(HR
Muslim)

13. Serius meraih Lailatul Qadar
Malam yang paling mulia dalam satu tahun. Tidak ada keutamaan yang
menyerupainya, ibadah pada malam ini lebih baik dari 1000 bulan.Kapankah malam
Lailatul qadar? sejumlah hadits menyebutkan nalam tersebut jatuh pada salah satu
malam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, terutama malam-malam ganjil.
Rasulallah saw bersabda:"Barangsiapa yang bangun di waktu malam lailatul qadar
dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya
yang terdahulu."(HR Bukhari)

Keuntungan:
- Ampunan semua dosa yang telah lalu
- Kita bisa memperoleh apa yang kita inginkan berupa rizki dan keluarga yang
shalih.
- kita bisa terbebas dari neraka karena malam ini.

Tuesday, September 9, 2008

politik nilai bukan kerna politik partisan

Assalamualaikum..

kepada sekalian sahabat dan sahabiah yang di rahmati Allah..ana di taklifkan untuk mngujudkan sebuah blog bagi rakan surau khar..langkah ini adalah menyahut seruan saudara faizi iaitu ketua pemuda PAS Johor dalam slogannya "seorang pemuda satu blog".

sahabat-sahabiah sekalian,

Blog adalah salah satu medium dalam kita berdakwah..impaknya begitu cukup brkesan dalam penyampaian mesj dakwah kita..contohnya apabila kita lihat pada pru 12, blog2 telah memainkan peranan yang amat besar pada pemikiran masyarakat..Pemikiram masyarakat semakin bercambah..ini antara salah satu cara kita untuk menwujudkan "minda kelas pertama" dalam masyarakat kita..sekaligus memacu pembangunan modal insan yang brteraskan islam..

sahabat yang di rahmati Allah skalian,

Ana melihat kewujudan blog2 dikalangan mahasiswa amatlah begitu mengalakan..mesej-mesej yang mengandungi dakwah..penjualan buku haraki..ukhwah..dan banyak lagi..ana melihat perkembangan ini secara positif..Antara blog2 yang ana lawati yang juga mengamit hati ana adalah blog musliminsejati, mujahiddeen kekasih Allah..muallim..pmudaagama..teachershop..dan banyak lagi..penulisan di blog berkenaan juga begitu mantap..Walaupun setiap orang mempunyai stail penulisan trsendiri tetapi matlamatnya ttp sama..DAKWAH..Ini yang kita mahu pada setiap ahli kita..

Akhir sakali, ana ingin mengambil kata2 ustaz zulfaqar iaitu calon parti mahasiswa negara," kita mahasiswa berjuang kerna politik nilai bukan kerna politik partisan seperti UMNO dan PAS." Kata2 beliau saya ambil semasa mnghadiri satu forum anjuran TAMPAK di ipoh...dan layarilah blog rakan surau khar: http://suraukhar.blogspot.com/

Berjuang kerna Islam, Bukan kerna Parti..
TAKBIR!!!

salam dari
hambaAllah86,
4.00am,
10 sptember 2008 bersamaan 10 Ramadhan 1429 H..

Thursday, July 31, 2008

syukurku hanya milikMu..

Assalamulaikum..
sahabat-sahabat ku yang dirahmati Allah sekalian..pada ptg ini,sedang diri ini membaca sebuah blog dari sahabat saya, terlintas dalam benak fikiran ini sebuah sajak..Akhirnya..senuah sajak pendek telah saya karang..bertajuk ' syukurku hanya milikMu'

syukurku hanya milikMu..
begitulah pengharapanku..
dari hamba yang sangat kerdil
dan hina disisiMu..

syukurku hanya milikMu..
Namun terkadang hambaMu ini lalai..
Lalai daripada mengingatiMu..

Ya Allah...
sesungguhnya diri ini terlalu banyak
terhutang budi kepadaMu...
Apalah sangat yang hendak dibandingkan
dengan amalanku ini...
berbanding dengan dengan
nikmat yang kau berikan..
kepadaku..

hambaAllah86,
6.00pm,
28 Rejab 1429, 31 Julai 2008..

Thursday, July 17, 2008

Rahsia Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…

"Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

"Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah"air mata kehidupan."

*Betapa besar pengorbananmu, wahai wanita..

Wednesday, July 16, 2008

Fakta tambahan dalam Rancangan Debat

Antara hujah-hujah menarik daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak adalah :
1. Minyak dapat diturunkan jika lebihan tenaga yang dijana oleh Independent Power Producer (IPP) dapat dikurangkan.
2. Minyak dapat diturunkan jika masalah kebocoran/ketirisan dapat dibendung.
3. Minyak dapat diturunkan jika ekonomi diuruskan dengan cekap.
4. Minyak dapat diturunkan jika salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat dapat dibendung.
5. Negara seharusnya lebih mementingkan rakyat miskin sebelum menaikkan harga minyak mendadak.
6. Minyak dunia naik maka keuntungan Petronas akan naik. Lebihan keuntungan perlu digunakan untuk menyerap kenaikkan harga minyak dunia.

Antara hujah Dato Sabri Cik mempertahankan kenaikkan haga minyak adalah :

1. Jika keuntungan pertonas hanya untuk menampung kenaikkan harga minyak dunia maka banyak subsidi akan diterima oleh orang yang tidak memerlukan. Pendekatan memberi terus kepada golongan sasaran adalah lebih berkesan dibandingkan dengan keadah menurunkan harga minyak.
2. Pengeluaran minyak negara tidak boleh disamakan dengan negara-negara luar seperti Saudi dan Iran kerana rizeb minyak negara terlalu kecil dibandingkan dengan negara luar. Oleh itu negara perlu lebih berhati-hati untuk menurunkan harga minyak.
3. Venezula dan Iran mempunyai harga minyak yang rendah tetapi implasi pula tinggi. Jika negara meniru cara Venezula dan Iran maka negara akan mengalami nasib yang sama dengan negara tersebut.

Antara hujah-hujah dijawab dengan menarik bagi kedua-dua pihak adalah

1. Sabri menuduh IPP ditubuhkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwarlah yang menjadi punca kemelut IPP. Anwar menjawab Dato’ Ani Arof, Pengerusi TNB dibawah Anwar sebagai Menteri Kewangan tersingkir dpd TNB kerana tidak bersetuju dengan harga yang dikehendakki oleh Tun Dr Mahathir.

2. Anwar membetulkan fakta yang ditentang bukan Petronas tetapi Kerajaan BN.

3. Sabri menyatakan minyak akan habis 2015. Anwar menjawab minyak habis 2015 adalah jangkaan masakini Petronas sahaja. Itupun jika tiada penemuan baru. Jika ada penemuan baru maka rizeb minyak akan bertambah. 30 tahun lalu kerajaan telah menyatakan minyak akan habis tahun 2005. Tapi Alhamdulillah perolehan minyak berkembang sehingga 2015. Maknanya fakta rizeb minyak akan habis 2015 tidak tetap.

4. Sabri menyatakan jika minyak turun negara akan mengalami implasi. Anwar menjawab minyak naik mendadaklah yang menyebabkan implasi sehingga 8%.

5. Dr Nordin Kardi menyatakan Anwar telah tersalah permis apabila melibatkan IPP dalam kenaikkan harga minyak. Anwar menjawab IPP ada kaitan dengan minyak kerana IPP menggunakan gas. Bagaimana IPP boleh untung tetapi Petronas dan TNB boleh rugi.

6. Sabri menyatakan budaya subsidi tidak baik. Anwar menjawab subsidi kepada kroni, kepada orang kaya ditukar nama sebagai bailout dan insentif. Kepada rakyat miskin dianggap subsidi. Pada hal kedua-duanya sama. Jika orang kaya berhak untuk mendapat subsidi mengapa rakyat terbanyak tidak boleh menerima subsidi.

7. Sabri menyatakan Swedan negara kayapun mengalami kenaikkan harga minyak. Inikan pula Malaysia. Anwar berhujah pendapatan rakyat di Swedan lebih 10 kali lebih banyak daripada rakyat Malaysia. Oleh itu perbandingan ini tidak setara.

Antara hujah-hujah yang tidak dijawab secara berkesan adalah :

1. Tuduhan Sabri Cik kepada persetujuan Anwar terhadap pendekatan Bank Dunia bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara tahun 1997. Bank Dunia mencadangkan kenaikkan cukai, pengurangan subsidi dan pinjaman daripada Bank Dunia. Ini boleh menjerut negara dalam ekonomi yang lebih parah sepertimana Indonesia. Anwar hanya menjawab tuduhan itu hanyalah fitnah tanpa mengemukakan hujah menolak persetujuan Anwar terhadap bank dunia pada masa tersebut.

2. Soalan daripada Zulkifli Sulong kepada Sabri Cik mengenai kegagalan kerajaan untuk memanfaat lebihan RM4 Bilion semasa kenaikkan minyak 30 sen pada 28 Fenruari 2006. Perdana Menteri dan Timbalannya telah berjanji untuk menggunakan wang tersebut bagi membangunkan kemudahan pengangkutan negara. Hujah ini tidak dijawab secara berkesan oleh Sabri. Kebimbangan Zulkifli Sulong terhadap lebihan setelah kenaikkan terbaharu juga tidak dijawab oleh Sabri Cik.

3. Pendekatan menghapuskan kebocoran dan ketirisan dalam pemberian kontrak kerajaan telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Dengan itu kerajaan tidak mampu menampung kenaikkan harga minyak dunia. Hujah ini tidak djawab oleh Sabri malah Sabri memberi contoh negara Swedan yang mempunyai indek rasuah yang rendah juga mengalami kenaikkan harga minyak yang tinggi.

4. Dr. Nordin Kardi bertanya mengapa Anwar tidak berjanji menurunkan implasi hanya menurunkan minyak sahaja. Sabri pula bertanya oleh kerana Anwar berjanji sebelum kenaikkan harga minyak terbaharu atau berjanji sebelum pilihanraya maka sepatutnya Anwar berjanji menurunkan ke nilai lebih rendah daripada 0.50 iaitu RM1.28 sen bagi petrol. Anwar hanya menjawab penurunan 0.50 adalah angka yang cukup bertanggungjawab sahaja.

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Tuesday, July 15, 2008

Debat..satu lagi kejayaan buat rakyat..

Assalamualaikum..
Kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..semoga Allah memberkati kalian semua..Tepat pukul 9 malam pada 15 Julai 2008,telah mencatat sejarah dalam politik malaysia, satu debat telah disiarkan secara langsung di TV9..Debat ini disertai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek..Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur..
Antara fakta-fakta(malaysiakini.com) yang boleh kita kongsi di sini adalah:
1) Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat. Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

2)Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya. Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

3) Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.
4) Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan. Dan anwar menjawab, dia mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.
5) Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.
Sahabat-sahabat sekalian,kita dapat lihat disini bahawa secara terang-terangan kenaikan harga minyak di negara kita bukan lah isu global tetapi disebabkan isu nasional..ini kerana berlaku kronisme dan rasuah yang menyebabkan banyak wang rakyat di salahgunakan..dan ini mengalakkan lagi pembaziran berlaku..Pada pendapat saya, Debat ini adalah kejayaan milik rakyat kerana disini rakyat akan menilai kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat..menurut kawan saya yang mahir berdebat margin deba td adalah 4:0 yang mana Anwar-4 dan shabery-0..Pada saya, Menteri tersebut hanya mementingkan serangan peribadi berbanding fakta..Tetapi anwar banyak mengeluarkan fakta..
Akhir sekali,wahai pemimpin negara,ingatlah amanah itu adalah pemberian daripada Allah.Jadi apa yang kamu buat akan dipertanggungjawab di akhirat kelak..Hayati la hadith ini:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
hambaAllah86,
2.00am,
13 Rejab 1429 H, 16 Julai 2008..

Thursday, July 10, 2008

IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI...

Assalamualaikum..
Kepada sahabat-sahabat, semoga Allah memberkati perjuangan kalian semua..melihat ayat di atas saya teringat sebuah lagu Raihan...
Iman Tak dapat Di warisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa,
Ia tak dapat di jual beli,
Ia tidak dari tepian pantai..

Para sahabat yang di rahmati Allah,
Mohon maaf jika terdapat kesalahan pada lirik di atas..Sebenarnya dua hari lepas, selepas sahaja saya menghabiskan meeting saya pada pukul 10 malam, saya berjalan-jalan di sekitar kawasan tempat tinggal saya..Di situ terdapat ramai remaja berpeleseran..Kebanyakan dari mereka bercouple..Jauh dari sudut hati saya berkata,"MasyaAllah, pergaulan terlalu bebas antara lelaki dan perempuan, bagaimana suatu hari anak ku survive dalam pesekitaran yang mana orang mula meninggalkan islam sebagai cara hidup".Lantas saya berazam untuk mewujudkan suasana Islam apabila berkahwin kelak,InsyaAllah..

Selepas itu, saya mneruskan perjalan untukpulang ke rumah..Dalam pejalanan ke rumah, saya terserempak dengan rakan sekelas saya..Jika tidak silap saya, hanya seorang sahaja lelaki dan yang lain perempuan..Dan yang membuatkan saya terkejut, apabila lelaki tersebut duduk rapat dengan seorang perempuan..Perempuan tersebut saya mengenalinya kerna kami sekelas..Apa yang saya terkejut, perempuan tersebut adalah seorang anak ustaz..bila saya fikir-fikirkan semula memang betul apa dikatakan dalam lirik di atas. IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI..

Lantas diri ini bermuhasabah..Betapa pentingnya kita hidup dalam kumpulan yang mengamalkan Islam, menghayati Islam, memperjuangkan Islam dan indahnya di tarbiyahkan..Apabila kita berada dalam kumpulan yang menghayati Islam, insyaAllah diri ini akan terlindung daripada serigala-serigala yang sedia membaham kita dalam Era Globalisasi..saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerna melindungi saya dari ancaman-ancaman luar..Betapa pentingnya kita bergabung dalan suasana jemaah yang mengambil islam sebagai cara hidup dan menentang kebatilan.

Ya Allah, YaTuhan ku..tetapkan hati ku ini dalam agamaMu..Jangan Kau bolak-balikan hati ini setelah menerima hidayah dariMu..Jangan ada sifat putus asa pada aku dalam perjuangan menegakan Islam..

Sekian, Salam perjuangan mahasiswa..

hambaAllah86,
12.00pm,
8 Rejab 1429 H, 11 Julai 2008.

Tuesday, July 8, 2008

Himpunan Protes:Protes kepada kerajaan atau PROTES??

Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..semoga kalian di tetapkan hati dalam agama Allah..Pada minggu lepas telah di adakan perhimpunan memprotes harga minyak yang di anjurkan oleh PROTES..Perhimpunan ini bertujuan untuk mengumpulkan rakyat bagi membuat bantahan kenaikan harga minyak dinegara kita sekarang..Antara penceramah yang berucap kebanyakannya dikalangan YB.. Antaranya Mat Sabu, Azmin ali, Anwar Ibrahim dan lain-lain..

Walaupun, himpunan Protes Sejuta Rakyat sudah berlalu, namun lukanya masih terasa. Ramai yang kecewa, tak kurang yang melatah. Kerana ingin menjaga kepentingan tertentu, akhirnya himpunan ini bertukar arah ke Stadium Kelana Jaya. 6 Julai 2008, pasti menjadi satu sejarah hitam bagi dunia Demontrasi. Protes rakyat terhadap minyak bertukar menjadi Protes kepada PROTES itu sendiri.

Kejadian menunjukan punggung dalam konsert tersebut adalah mencemarkan imej PROTES tersebut..Mereka seolah-olah menjadikan program ini sebagai tempat berhibur, lari daripada objektif sebenar penganjurannya. Mereka perlu sedar, perhimpunan ini merupakan satu ‘signal’ dalam usaha menyampaikan mesej betapa susahnya rakyat menghadapi bebanan akibat kenaikan harga minyak kepada kerajaan..

Jika dikenang peristiwa Himpunan Bersih dahulu ramai pimpinan yang sampai awal dan berarak bersama rakyat. Duduk dihadapan bersama kami dan mencabar keangkuhan Kerajaan dengan beraninya. Walaupun ditembak dengan gas pemedih mata atau air water cannon yang penuh dengan bahan kimia, kami tak kisah kerana pimpinan sentiasa bersama..Tetapi kali ini suasananya agak berbeza, ramai kalangan pimpinan tidak serius untuk hadir. Ramai yang datang tapi duduk dibelakang jadi pemerhati. Tak kurang juga kalangan pimpinan yang datang hanya pada sesi-sesi tertentu..Malah ada yang bernasib malang kerana datang selepas waktu tengahari dimana ketika itu petugas pemuda dan Unit Awal telah tiada. Walaupun dilarang hadir kerana program sudah bercampuk aduk dengan adegan-adegan Syubahat, mereka tetap berkeras untuk hadir. Mungkin mereka rasa mereka boleh kawal suasana.

Apa yang di harapkan agar peristiwa ini tidak akan berulang kembali..Penganjur hendak lah mengambil iktibar dari peristiwa ini..Peristiwa ini juga membuktikan bahawa ahli pas tidak pernah lari dari perjuangan Islam..Takbir!!!

Dari Allah kami datang, padaNya juga la kami kembali..

hambaAllah86,
3.00 am,
6 Rejab 1429 bersamaan 9 Julai 2008..

Makan RFC(Restoran Radix Fried Chicken), Lupakan Yang Lain

Boleh lihat Metro ruangan Bisnes Isnin 25 hb Feb 2008

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.


Cawangan RFC di Sungai Petani Kedah



Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009. Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. "RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya. "Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

Kaunter layan diri RFC yang mengancam

"Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain," katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim. RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.



Merah menjadi tema RFC sesuai untuk restoren yang santai-santai


Tahniah buat HPA yang telah melangkah dengan maju dan berani untuk menerokai peluang baru dalam perniagaan. Rasa bangga sebab Aku juga ahli HPA cuma tak aktif sangat. Sekadar beli barang untuk keperluan sendiri. Tak sabar rasanya nak menikmati hidangan lazat dan berkhasiat di RFC ni.



Beratur ye jangan potong-potong

Kelihatan orang ramai beratur untuk memesan makanan. Diharap dengan adanya RFC ini, dapat memberi pilihan baru bagi semua umat Islam khususnya dalam usaha memboikot KFC dan McDonalds yang nyata membantu Amerika-Israel dalam melancarkan perang kepada umat Islam seluruh dunia.

Menu RFC ni pun boleh tahan gak...tergoda nafsu makan

*Alhamdulillah, yang dinanti telah kunjung tiba. Lepas ni tak ada alasan dah umat Islam terutama ahli Pas untuk berkunjung ke KFC atau McD. Cuma lepas ni, mungkin HPA kena buat inisiatif baru untuk kita menggantikan Pizza Hut.

*Bila la nak buka cawangan kt sni....
*Takbir!!!

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

Monday, July 7, 2008

Kewajipan Hijrah di dalam Konteks Perjuangan Hari Ini

Marikah kita merenung maksud firman Allah SWT di dalam al-Qur’anul karim

Maksudnya: “Dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam iaitu muhajirin), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” Al-Anfal:74

Alangkah beruntungnya golongan awalan Islam yang terdiri dari golongan muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan golongan ansar (suku Auz dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan menyambut kedatangan muhajirin serta memberikan segala bentuk pertolongan) apabila merek a diiktiraf dan diakui sebagai orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Kedua-dua golongan tersebut telah dijamin mendapat keampunan dan keredhaan Ilahi.

Alangkah baiknya sekiranya kita mendapat pengiktirafan dan pengakuan yang sama. Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita mencapai pengiktirafan setinggiitu? Maka tidak lain tidak bukan denganmecontohi pengorbanan mereka yan sanat besar d dalam menegakkan Islam.Oleh itu kitajuga mestiah mencrakan penorbanan semaksimum mungkin sama ada dari segi masa, tenaga,harta benda dan apa sahaja bentuk yang dapat memenangkan Islam. Setiap pengorbanan itu akan dinilai oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya pengorbanan generasi awalan Islam amatlah besar dan tiada tolok bandingnya. Mereka mempertaruhkan harta benda dan jiwa raga semata-mata untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan disebarkan di atas muka bumi ini.



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Janganlah kamu mencerca sahabat-sahabatku, maka sekiranya salah seorang dari kamu mendermakan harta berupa emas sebesar Gunung Uhud sekalipun belum menyamai secupak emas yang didermakan oleh sahabat-sahabatku bahkan setengah cupak pun (tidak menyamai).

Walaubagaimanapun di dalam melaksanakan pengorbanan sebagai memenuhi semangat Hijratur Rasul SAW dan para sahabat RA, maka kita hendaklah memahami dengan sebaik-baiknya apa yang dituntut daripada kita dalam waqi’atau reality perjuangan pada masa kini.

Para ulamak menghuraikan perkara ini dengan mengambil kira keadaan semasa. Apabila diteliti dan dikaji, maka didapati bahawa tujuan utama hijrah ialah untuk menegakkan agama Islam yang sebenar yang dilaksanakan di dalamnya hokum-hukum Allah dan segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran dan diberikan contohnya oleh Rasulullah SAW melalui sunnahnya. Sekiranya Islam itu hanya setakat menunaikan sembahyang maka tidak perlulah berhijrah kerana di Mekah pun orang-orang Islam sudah boleh menunaikan solat. Bahkan sembahyang di Masjidil Haram berlipat kali ganda pahalanya.

Sekiranya islam itu sekadar menunaikan haji, bukankah manasik haji itu juga di laksanakan di Mekah? Maka mengapakah perlu berhijrah? Begitu juga sekiranya Islam itu hanya sekadar berziir kepada Allah SWT , maka tidak perlu berhijrah, bersusah payah meningalkan harta benda dan kampung halaman. Ini kerana zikir boleh dilakukan di mana sahaja sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “ Orang-orang yang berzikir meningati Allah dalam keadaan berdiri, duduk serta baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya ia berkata “wahai tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini sia-sia, maha suci Engkau maka selamatkanlah kami dari azab api neraka”.

Oleh kerana Islam itu merupakan satu peraturan atau cara hidup yang disebut sebagai nizamul hayah atau the way of life yang lengkap dan sempurna yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Dalam hal ini apabila suasana di Mekah pada ketika itu tidak mengizinkan untuk menegakkan Negara Islam yang dapat melaksanakan segala hukum dan peraturan yang datang dari Allah SWT, maka diperlukan berhijrah ke Madinah al-Munawwarah (Yathrib). Maka kesimpulannya tujuan utama hijrah itu adalah untuk menegakkan Daulah Islamiah yang sebenar-benarnya.

Dalam kontek perjuangan Islam pada hari ini, untuk menegakkan Daulah Islamiah atau Negara Islam yang sebenar-benarnya berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah tidaklah diperlukan berhijrah dalam bentuk perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi yang di perlkan ialah mengukuhkan dan memantapkan Jemaah Islam atau parti Islam dari segala segi dan berusaha serta berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Jemaah Islam tersebut Berjaya mengambil alih tampok pemerintahan negara dan seterusnya melaksanakan Islam yang syumul (lengkap dan menyeluruh – bukan Islam Hadhari )

Profesor Dr. Yusof al-Qaradhawi menegaskan di dalam kitabnya Min Fiqhiddaulati Fil Islam bahawa ganti daripada kewajipan hijrah dalam konteks perjuangan pada hari ini ialah menggabungkan diri di dalam Jamaah Islam (Parti Islam) yang bertujuan untuk menegakkan Negara Islam. Yang demikan itu adalah fardu (wajib ) bagi setiap muslimin dan muslimat dan menjadi kewajipan pula memberikan sumbangan dan pengorbanan semaksimum mungkin bagi memenangkan Islam di atas muka bumi ini.


Ustaz Abdullah Husin
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor.

Sunday, July 6, 2008

Awas!!!!!Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....

Ikhwah dan akhawat sekalian...Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....

FAKTA* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.Senarai Barangan BoikotAdakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.Makanan-Syarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.-Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.-Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.-Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.-Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.-Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, ---Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.-Syarikat Hadaiq California-Syarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.-Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya-Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, -Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, -Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, -Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.-Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.-Minyak Sayuran Rawabi, Fern-Makaroni Columbus, Hayo ,Chipsy,Delta,Super Market,Sainsburry,Heiz,Edge,TescoKedai Makan/Restoran-McDonalds,Tikka,Kentucky Fried Chicken (KFC),Kantis,Arby's,Pizza Hut,Chicken Tikka Paradise,McBurger.Alat Pencuci dan KecantikanSyarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan DiriSyarikat JohnsonProduk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.Syraikat Revlon Make-up,Syarikat East In Sambel,Syarikat Beverly Hills,Syarikat SitreenBahan TenagaBateri Kenderaan Milestone,Bateri Kenderaan Powder,Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.Alatan SukanNike,Universal,Power,Paramount,Youngers.PakaianJean's Basic,Kelvin Klein,Levi's,Basic LaurenAlatan Pejabat-Syarikat Delta Egypt,Parker Schiffer,Pen Schiffer,Higher.Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat-Max-IBM-Intel-Uracel-Nokia-Motorola-Digital

* Fakta ini diambil dari http://www.manhalpmram.blogspot.com/

Perhimpunan Profesional Islam Anak-Anak Johor

Assalamualaikum..
semoga Allah menberkati sahabat-sahabat sekalian..sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini kerna tidak mempuyai kesempatan untuk menulis..Pada minggu lepas saya telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Perhimpunan Profesional Islam Anak-Anak Johor..Seminar ini di hadiri oleh para profesional islam yang Bekerja di Johor ataupun berasal dari Johor seperti para guru, doktor dan lain-lain..Para mahasiswa juga tidak ketinggalan dalam menyertai perhimpunan ini..

Tujuan seminar ini di adakan adalah untuk bertujuan untuk menegakkan Islam di bumi Johor..rasional seminar ini diadakan adalah melihat anak-anak muda Johor sekarang semakin jauh dengan Islam..Mereka asyik saja dengan hiburan yang melalaikan..tidak kurang juga gejala sosial yang melanda di negeri Johor..Jika di Utusan Malaysia beberapa minggu lepas lihat statistik jenayah, Johor merupakan negeri yang ke dua yang paling tinggi..

Pelbagai strategi untuk menegakkan islam di Johor yang dibincangkan melalui seminar ini..Antaranya adalah mengubah pendekatan untuk mendekati anak-anak muda..Ini penting kerna mereka lah bakal pewaris kepimpinan negeri Johor kelak..Anak-anak muda ini mesti lah diterapkan dengan islam supaya apabila mereka menjadi pemimpin samada pemimpin keluarga ataupun pemimpim rakyat, mereka tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah seperti rasuah kerna Islam telah bertahta dihati ..

Akhir kata, apa yang diharapkan dalam seminar ini, para profesional islam dapat membantu untuk menegakan islam di Johor..Malah menjadi pemangkin dalam pembangunan Sahsiah Ummah di negeri Johor...

Firman Allah swt yang bermaksud: "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). " Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana " - Surah Al Baqarah; Ayat:129
Islam ad-Din...

hambaAllah86,
9.00 am,
4 Rejab 1429,7 Julai 2008

Tuesday, July 1, 2008

Teguran terbuka kepada Dato Mashitah Ibrahim

Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat. Seorang penceramah Agama yang menonjol kepimpinannya di dalam Umno serta terkenal, Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah secara sengaja atau tidak, bersalaman dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Mohd Zahid Hamidi yang juga merupakan exco Majlis Tertinggi Umno. (Rujuk Buletin 1.30 TV3, 19 Mac 2008). Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam. Namun sebagai seorang yang dikenali umum dan selalu berhadapan dengan situasi sebegini, beliau sewajarnya perlu dan boleh lebih bijak untuk menanganinya.Beliau merupakan seorang doktor falsafah dalam bidang Syariah Universiti Al-Azhar, yang sebelum ini sentiasa memperingatkan umat Islam dalam ceramah-ceramah supaya mengikuti syariat Islam perlu lebih berhati-hati dalam perbuatan dosa-dosa kecil ini. Sebagai pemimpin, tingkah laku yang dilakukan bakal menjadi contoh kepada rakyatnya.Saya ingin mencadangkan pada Ustazah Mashitah supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik. Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan. Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam. Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia. Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita. Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya. Akhir sekali, teguran terbuka ialah biarlah beliau mengubati UMNO dengan akhlak yang murni dan bukan beliau diubati oleh penyakit-penyakit UMNO yang sentiasa mementingkan bangsa mengatasi agamanya.

Pengerusi JITM
Thursday, 20 March 2008

Thursday, June 26, 2008

PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu menguraikannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.
Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalah yang tidak diketahui. Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.
Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.
Apa itu Qard
‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari. Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari. Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim) Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " bersabda Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812) Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217). Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba. Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya. Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336) Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337) Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.
Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.
Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.
Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan. Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.
Yang Sudah Berlalu & Alternatif
Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.
Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya" Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.
Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.
Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT. Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.
Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.
Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.
Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.
Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.
Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......
Sekian

UZAR
http://www.zaharuddin.net/
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template