I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 14, 2009

Kisah ku 1429 H/ 2008 M

Assalamualaikum...

Akhirnya kita meninggalkan tahun 1429H/ 2008 M. Banyak yang saya lalui sepanjang tahun lepas. ini bermakna saya meninggalkan UPSI untuk meneruskan perjuangan di luar. Kenangan lalu amat mengamit memori saya.

Sahabat-sahabatku sekalian, ukhwah yang terjalin ini memberi seribu makna dalam kehidupan saya. Masih ku teringat lagi ketika saya berada di rumah luqman, kami makan bersama, naik motor ke kuliah bersama, dan tidur bersama di ruang tamu. Semua itu memberi kekuatanku agar ku terus berjuang di luar kelak.

Sahabat-sahabatku, saya mendoakan semoga kalian dapat meneruskan perjuangan di UPSI dan doakanlah saya semoga berada dijalan yang diredhai Allah..

Program pemantapan jati diri dan Kem remaja solat

Alhamdulillah, pada bulan lepas saya bersama sahabat-sahabat saya dari kampus-kampus lain telah berjaya membuat program untuk adik-adik di sekolah sekitar negeri Johor. terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian kerna sudi membantu saya dalam menjayakan program ini. Jasa kalian amat dikenang dalam lipatan memori saya. ini lah pertama kalinya saya menjadi pengarah program kepada adik-adik yang menyertai program pemantapan jati diri, abg harap adik-adik dapat mengunakan sepenuhnya apa yang adik-adik dapat di dalam program ini di sekolah.

Cabaran di sekolah memanglah getir tetapi percaya adik-adik dalam kita menyebarkan islam tiada yang membentangkan kita permaidani merah malah onak duri juga yang lontarkan kepada kita. Apa yang penting niat kita mestilah selari dengan matlamat kita iaitu mencapai keredhaan Allah. ingat pada janji Allah, apabila kita berjuang di jalan Allah,nescaya syurga adalah tempat akhiran kita, insyaAllah..

Selepas beberapa hari program tersebut, saya menyertai program kem remaja solat bestari sebagai facilitator. program tersebut diadakan di penyabung, mersing. Program tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam. program tersebut bertujuan untuk menyematkan rasa kecintaan islam dalam diri remaja muslim. selain itu, kami ada membetulkan beberapa perkara-perkara dalam solat dan bacaan untuk peserta. Terima kasih kepada ustaz nazri dan ustazah shuhada kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk sekali lagi menjadi facilatator dalam kem ini setelaha kem remaja islam di smk tenggaroh A dahulu..

Banyak yang saya pelajari selama program-program tersebut, anataranya kepimpinan, pengurusan kewangan, disiplin, tarbiyah dan lain. Di harap program-program yang membentuk kecintaan kepada Allah diteruskan kerana generasi ini yang menjadi barisan pelapis kepimpinan islam suatu kelak,insyaAllah.

Jika waktu sekarang mereka sudah rosak dan terlibat dengan gejala yang tidak elok, bagaimana mereka hendak memimpin negara kelak..
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template