Monday, July 7, 2008
Kewajipan Hijrah di dalam Konteks Perjuangan Hari Ini
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam iaitu muhajirin), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” Al-Anfal:74
Alangkah beruntungnya golongan awalan Islam yang terdiri dari golongan muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan golongan ansar (suku Auz dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan menyambut kedatangan muhajirin serta memberikan segala bentuk pertolongan) apabila merek a diiktiraf dan diakui sebagai orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Kedua-dua golongan tersebut telah dijamin mendapat keampunan dan keredhaan Ilahi.
Alangkah baiknya sekiranya kita mendapat pengiktirafan dan pengakuan yang sama. Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita mencapai pengiktirafan setinggiitu? Maka tidak lain tidak bukan denganmecontohi pengorbanan mereka yan sanat besar d dalam menegakkan Islam.Oleh itu kitajuga mestiah mencrakan penorbanan semaksimum mungkin sama ada dari segi masa, tenaga,harta benda dan apa sahaja bentuk yang dapat memenangkan Islam. Setiap pengorbanan itu akan dinilai oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya pengorbanan generasi awalan Islam amatlah besar dan tiada tolok bandingnya. Mereka mempertaruhkan harta benda dan jiwa raga semata-mata untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan disebarkan di atas muka bumi ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Janganlah kamu mencerca sahabat-sahabatku, maka sekiranya salah seorang dari kamu mendermakan harta berupa emas sebesar Gunung Uhud sekalipun belum menyamai secupak emas yang didermakan oleh sahabat-sahabatku bahkan setengah cupak pun (tidak menyamai).
Walaubagaimanapun di dalam melaksanakan pengorbanan sebagai memenuhi semangat Hijratur Rasul SAW dan para sahabat RA, maka kita hendaklah memahami dengan sebaik-baiknya apa yang dituntut daripada kita dalam waqi’atau reality perjuangan pada masa kini.
Para ulamak menghuraikan perkara ini dengan mengambil kira keadaan semasa. Apabila diteliti dan dikaji, maka didapati bahawa tujuan utama hijrah ialah untuk menegakkan agama Islam yang sebenar yang dilaksanakan di dalamnya hokum-hukum Allah dan segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran dan diberikan contohnya oleh Rasulullah SAW melalui sunnahnya. Sekiranya Islam itu hanya setakat menunaikan sembahyang maka tidak perlulah berhijrah kerana di Mekah pun orang-orang Islam sudah boleh menunaikan solat. Bahkan sembahyang di Masjidil Haram berlipat kali ganda pahalanya.
Sekiranya islam itu sekadar menunaikan haji, bukankah manasik haji itu juga di laksanakan di Mekah? Maka mengapakah perlu berhijrah? Begitu juga sekiranya Islam itu hanya sekadar berziir kepada Allah SWT , maka tidak perlu berhijrah, bersusah payah meningalkan harta benda dan kampung halaman. Ini kerana zikir boleh dilakukan di mana sahaja sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “ Orang-orang yang berzikir meningati Allah dalam keadaan berdiri, duduk serta baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya ia berkata “wahai tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini sia-sia, maha suci Engkau maka selamatkanlah kami dari azab api neraka”.
Oleh kerana Islam itu merupakan satu peraturan atau cara hidup yang disebut sebagai nizamul hayah atau the way of life yang lengkap dan sempurna yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Dalam hal ini apabila suasana di Mekah pada ketika itu tidak mengizinkan untuk menegakkan Negara Islam yang dapat melaksanakan segala hukum dan peraturan yang datang dari Allah SWT, maka diperlukan berhijrah ke Madinah al-Munawwarah (Yathrib). Maka kesimpulannya tujuan utama hijrah itu adalah untuk menegakkan Daulah Islamiah yang sebenar-benarnya.
Dalam kontek perjuangan Islam pada hari ini, untuk menegakkan Daulah Islamiah atau Negara Islam yang sebenar-benarnya berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah tidaklah diperlukan berhijrah dalam bentuk perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi yang di perlkan ialah mengukuhkan dan memantapkan Jemaah Islam atau parti Islam dari segala segi dan berusaha serta berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Jemaah Islam tersebut Berjaya mengambil alih tampok pemerintahan negara dan seterusnya melaksanakan Islam yang syumul (lengkap dan menyeluruh – bukan Islam Hadhari )
Profesor Dr. Yusof al-Qaradhawi menegaskan di dalam kitabnya Min Fiqhiddaulati Fil Islam bahawa ganti daripada kewajipan hijrah dalam konteks perjuangan pada hari ini ialah menggabungkan diri di dalam Jamaah Islam (Parti Islam) yang bertujuan untuk menegakkan Negara Islam. Yang demikan itu adalah fardu (wajib ) bagi setiap muslimin dan muslimat dan menjadi kewajipan pula memberikan sumbangan dan pengorbanan semaksimum mungkin bagi memenangkan Islam di atas muka bumi ini.
Ustaz Abdullah Husin
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor.
Sunday, July 6, 2008
Awas!!!!!Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....
Ikhwah dan akhawat sekalian...Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....
FAKTA* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.Senarai Barangan BoikotAdakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.Makanan-Syarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.-Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.-Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.-Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.-Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.-Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, ---Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.-Syarikat Hadaiq California-Syarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.-Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya-Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, -Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, -Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, -Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.-Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.-Minyak Sayuran Rawabi, Fern-Makaroni Columbus, Hayo ,Chipsy,Delta,Super Market,Sainsburry,Heiz,Edge,TescoKedai Makan/Restoran-McDonalds,Tikka,Kentucky Fried Chicken (KFC),Kantis,Arby's,Pizza Hut,Chicken Tikka Paradise,McBurger.Alat Pencuci dan KecantikanSyarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan DiriSyarikat JohnsonProduk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.Syraikat Revlon Make-up,Syarikat East In Sambel,Syarikat Beverly Hills,Syarikat SitreenBahan TenagaBateri Kenderaan Milestone,Bateri Kenderaan Powder,Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.Alatan SukanNike,Universal,Power,Paramount,Youngers.PakaianJean's Basic,Kelvin Klein,Levi's,Basic LaurenAlatan Pejabat-Syarikat Delta Egypt,Parker Schiffer,Pen Schiffer,Higher.Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat-Max-IBM-Intel-Uracel-Nokia-Motorola-Digital
* Fakta ini diambil dari http://www.manhalpmram.blogspot.com/Perhimpunan Profesional Islam Anak-Anak Johor
semoga Allah menberkati sahabat-sahabat sekalian..sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ini kerna tidak mempuyai kesempatan untuk menulis..Pada minggu lepas saya telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Perhimpunan Profesional Islam Anak-Anak Johor..Seminar ini di hadiri oleh para profesional islam yang Bekerja di Johor ataupun berasal dari Johor seperti para guru, doktor dan lain-lain..Para mahasiswa juga tidak ketinggalan dalam menyertai perhimpunan ini..
Tujuan seminar ini di adakan adalah untuk bertujuan untuk menegakkan Islam di bumi Johor..rasional seminar ini diadakan adalah melihat anak-anak muda Johor sekarang semakin jauh dengan Islam..Mereka asyik saja dengan hiburan yang melalaikan..tidak kurang juga gejala sosial yang melanda di negeri Johor..Jika di Utusan Malaysia beberapa minggu lepas lihat statistik jenayah, Johor merupakan negeri yang ke dua yang paling tinggi..
Pelbagai strategi untuk menegakkan islam di Johor yang dibincangkan melalui seminar ini..Antaranya adalah mengubah pendekatan untuk mendekati anak-anak muda..Ini penting kerna mereka lah bakal pewaris kepimpinan negeri Johor kelak..Anak-anak muda ini mesti lah diterapkan dengan islam supaya apabila mereka menjadi pemimpin samada pemimpin keluarga ataupun pemimpim rakyat, mereka tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah seperti rasuah kerna Islam telah bertahta dihati ..
Akhir kata, apa yang diharapkan dalam seminar ini, para profesional islam dapat membantu untuk menegakan islam di Johor..Malah menjadi pemangkin dalam pembangunan Sahsiah Ummah di negeri Johor...
hambaAllah86,
9.00 am,
4 Rejab 1429,7 Julai 2008
Tuesday, July 1, 2008
Teguran terbuka kepada Dato Mashitah Ibrahim
Pengerusi JITM
Thursday, 20 March 2008
Thursday, June 26, 2008
PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan
Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalah yang tidak diketahui. Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.
Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.
Apa itu Qard
‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari. Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari. Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim) Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " bersabda Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812) Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217). Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba. Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya. Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336) Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337) Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.
Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.
Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.
Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan. Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.
Yang Sudah Berlalu & Alternatif
Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.
Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya" Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.
Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.
Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT. Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.
Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.
Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.
Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.
Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.
Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......
Sekian
UZAR
http://www.zaharuddin.net/
Monday, June 16, 2008
Kem Remaja Islam ’08 (kris)
Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat sekalian..pada 13 Jun 2008, saya diminta untuk menolong menjadi sebuah facilitator disebuah sekolah menengah di daerah mersing..Sekolah tersebut terletak dikawasan felda dan mempunyai sebuah asrama harian yang mana ada pelajar yang duduk asrama dan ada pelajar yang tinggal di sekolah..Terdapat sahabat-sahabat dan guru-guru membantu dalam kem ini..
Objektif kem ini diadakan adalah untuk membentuk keperibadian seorang pelajar atau remaja seorang islam..Kepentingan kem ini adalah kebimbangan kita terhadap gejala-gejala sosial yang berlaku kepada remaja-remaja hari ini..Jika kita lihat di media-media sekarang banyak gejala sosial berlaku akibat daripada globalisasi dan ada remaja yang hanya islam pada nama sahaja..Membuang anak, berzina, bercouple, mencuri, dan sealirannya sudah menjadi darah daging sesetengah remaja..Tidak kurang juga, ada yang murtad dan menjadi seorang Aties(tidak mempercayai Tuhan)..
Nauzuillah....Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.
Modul-modul yang disediakan juga menjurus kepada pembentukan seorang remaja islam yang mengaplikasikan islam dalam kehidupannya seperti ta’aruf, membina identiti, garis matlamat, perahuku karam, pokok dan pulau impianku. Di dalam modul ta’aruf, pelajar-pelajar didedahkan dengan kepentingan ta’aruf dalam islam…modul identiti kami pula, pelajar-pelajar dipupuk semangat kerjasama antara satu sama lain sekaligus dapat mengeratkan ukhwah dikalangan peserta..modul-modul lain juga membina matlamat sebagai seorang remaja islam yang berjaya di sisi Allah, memahami kepentingan aqidah, perancangan sebagai seorang muslim untuk berjaya dan lain-lain..selain itu, ada juga treasure hunt yang memupuk semangat kerjasama dan memahami dalam kehidupan ini ada banyak dugaan.firman Allah dalam surah al Ankabut ayat 1-3:
Akhir sekali, kami mengadakan slot muhasabah untuk pelajar-pelajar menginsafi atas kesilapan yang lalu..pekara yang dititkberatkan dalam slot ini adalah hubungan mereka dengan Allah, ibu bapa, guru-guru dan kecintaan mereka terhadap islam..Diharap pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dari modul-modul ini supaya untuk objektif kem ini untuk membina remaja islam yang sejati tercapai..

Sekian. Teima kasih..Remaja Islam Tunjang kekuatan Ummah
hambaAllah86,
11.00pm,
16 Jun 2008, 12 jamadil akhir 1429
Sunday, June 15, 2008
Perkahwinan yang diberkati Allah
Pada cuti persekolahan yang baru saja berlalu, banyak majlis-majlis perkahwinan yang diadakan..Saya pun ada juga pergi ke majlis perkahwinan..Apa yang hendak dibincang perkahwinan yang diberkati oleh Allah.. Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).
Islam telah menjadikan ikatan perkahwinan yang sah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkahwinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:
"Ertinya: Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
Walaupun, Islam mengharuskan perkahwinan, jangan lah ada unsur-unsur yang dilarang oleh Allah bagi menjamin keberkatan dalam sesebuah perkahwinan. Dalam sebuah perkahwinan, keberkatan itu adalah amat penting bagi menjamin kebahagian sesebuah perkahwinan. Antara unsur-unsur yang dilarang oleh Allah yang saya selalu nampak apabila saya melawati sesebuah kenduri perkahwinan adalah pakaian baju pengantin yang jarang dan ketat walaupun memakai tudung. Sebagaimana dalam hadis rasulullah:
“Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberi pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti”.(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i dan ibnu majah)
Wahai sahabat-sahabat sekalian, jauhi lah diri anda daripada perkara yang menyebabkan anda jauh dari keberkatan Allah. Malah ia akan membawa anda kelembah kehinaan. Betapa pentingnya pembentukan keluarga yang islami iaitu keluarga yang mengamalkan dan memperjuangkan islam(Baitul Muslim).
Tabir!!!
hambaAllah86,
3.00pm,
13 Jun 2008, 9 jamadil akhir 1429


