I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 20, 2009

Tema Hari Raya ku tahun ini...

Assalamulaikum..

Alhamdulillah,kita telah melalui bulan yang penuh berkah, yang mana di dalamnya terdapat rahmat, maghfirah dan perlepasan api neraka.. harap-harap ramadhan kita pada tahun ini memberi kesan yang mendalam pada diri kita.. saya mengambil firman Allah:
wahai orang-orang beriman, telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu menjadi orang bertaqwa.
Dalam firman ini, Allah memberi peringatan kepada kita bahawa puasa adalah cara untuk mendidik kita agar menjadi orang yang bertaqwa tetapi ia bukannya jalan yang mudah.. Ramai daripada kita hanya mendapat lapar dan dahaga saja..
Justeru,orang yang berjaya ramadhannya adalah orang yang dapat membawa amalannya, peribadinya semasa melalui madrasah tarbiyah(Ramadhan) kepada bulan selain bulan ramadhan..
Oleh itu,pada Syawal tahun ini, saya melancarkan satu tema sempena hari raya pada kali ini..
Selamat hari Raya, kembali ke fitrah
jauhi jahiliah..
Tema ini di ilhamkan oleh mudir madrasah arab kluang, ustaz kamal.. Dalam tema ini, mengandungi erti sebenar masksud eidulfitri..marilah kita sama-sama hayati, agar ramadhan pada kali ini benar-benar mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang bertaqwa, insyaAllah..
hambaAllah86.
Selamat hari Raya, kembali ke fitrah
jauhi jahiliah..

Thursday, September 3, 2009

Sahabatku..

Sahabatku..
Pagi ini aku merenungku sendirian..
Terkenang aku..
pada kenangan kita..
semasa kita bersama..
menjalani kehidupan bersama..

sahabatku..
jika dulu..
bila ku buat salah..
kalian kan menegur ku..
Alhamdulillah..
Berkat dorongan kalian..
Aku akhirnya..
Menjadi seorang manusia..
Manusia yang berada dalam perjuangMu..

Sahabatku..
Sekarang segala-gala berubah..
Aku menempuh jalan yang begitu sukar..
Dalam hidup ku..
Di hadapan ku..
Terlalu banyak onak duri..
Yang menghalang perjuangkan ku..

Sahabatku..
Aku berharap..
Kalian sentiasa mendoakan aku..
Sentiasa istiqamah..
Dalam perjuangan ini..
Dan aku tak kan..
Pernah lupa mendoakan kalian..
Dalam setiap sujudku..

Sahabatku..
Aku menulis sajak ini..
Bukan untuk suka-suka..
Bukan untuk beromong kosong..
Aku menulis..
Kerana UKHWAHFILLAH kita..
Yang kita pegang selama ini..

Sahabatku..
Jika aku tersilap..
Dan terkasar bahasa..
Tidak membalas “sms”
Maafkan aku..

Sahabatku..
Terima kasih atas segalanya..

hambaAllah86
3:46 am
14 Ramadhan 1430H
4 september 2009

Sunday, August 30, 2009

merdeka kah kita???

merdeka kah kita???
jika anak2 muda kita jauh dari islam
padahal mereka bakal pelapis pemimpin negara
mereka lah yang akan mencorak
rupa generasi akan datang
rosak mereka
rosaklah generasi akan datang

merdeka kah kita???
jika kita menolak islam kita...
memisahkan islam dan iman
menolak apa yang ada di dalam al-quran
di manakah kita letak keyakinan kita terhadap al quran
padahal ia adalah kalamullah

merdeka kah kita???
Jika kita mengagungkan hedonisme
artis di agung2kan melebihi para ulama.
remaja bebas membuat apa saja
hawa nafsu menjadi tuan

sedarlah!!!
merdeka yang hakiki
adalah apabila kita
bebeas dari api neraka

p/s:baru2 n kwn ana mengadu yang anak muridnya, 3 orang adalah pelacur.di PPD tempat ana, sorang ustaz bgtau ana, dia pening kepala sbb ada pelajarnya sedang mengandung luar nikah. mengikut kajian kwn ana di kawsan ana, pada malam 31 Ogos, kondom di 7eleven habis!!! bukan saja untuk display, tapi dalam stor pun habis.mengkut servey yang di lakukan..yang membelinya adalah dari kalangan anak2 muda.

sahabat2ku,kerja kita masih banyak menanti.kerja yang ada,lbh banyak dari masa yang kita ada.

Monday, June 22, 2009

konsert antara dunia



Poster Konsert Antara Dunia Tiket sudah mula dijual
Beli atau tempah sekarang sebelum terlambat...!!!

Harga TiketKanak - Kanak : RM 5Dewasa : RM 10* VIP : RM 50*
Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas.
Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan.
Lelaki dan perempuan diasingkan.* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.

Maklumat Konsert Antara Dunia Wakil - wakil Pengedar Tiket

Sila dapatkan tiket melalui wakil-wakil berdekatan anda.

USIM NilaiAinul Faridah binti Abdullah : 013-2497420
UKM BangiShukri : 019-3672554
UPM SerdangNur Shalihati Mohd Yusof : 019-4358727
POLISAS KuantanMohd Fakhrullah bin Mohd Ghazali : 013-9953341
ZaimUTHM JohorFardhullah bin aminuddin : 013-7598624
RCMP IpohHusni Zain bin Ab Latiff : 019-4082994
USM Pulau PinangMohd Hanif Bin Alias : 013-4422839
UPM BintuluNor Hafizah Binti Abu Koshin : 013-5695562

Thursday, April 2, 2009

sabar

Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan aku serahkan tetapkan iman

Lagu petikan dari filem Sabarudin Tukang Kasut (1966), lakonan & arahan P. Ramlee

Wednesday, April 1, 2009

Kempen monogami: antara iman dan nafsu

Sila click pada gambar untuk melihat lebih jelas

Assalamuaalaikum..
Artikel ini saya ambil dari buku A BOUQUET OF JASMINES. kempen ini di lancarkan pada 2033 oleh sister in islam(sis) iaitu sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi wanita islam.Program ini telah di sokong oleh Alahyarhamah isteri Pak Lah yg pertama.
Apa pendapat sahabat-sahabat sekalian mengenai kempen ini? Bagi saya ia nya mencabar apa yang terkandung dalam Al quran.. jika ingin menghukum orang tidak berlaku adil, jangan lah sampai hukum Allah hendak di tentang..

Tuesday, March 10, 2009

SEMINAR HALATUJU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2009


SEMINAR HALATUJU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2009

Tarikh : 14 Mac 2009
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Para Pembentang Kertas Kerja;

Datuk Dr Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris

Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia


Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com

Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30)
Pelajar (RM15)
(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template