I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 11, 2009

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH







http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2009/02/wajah-syuhada-ghazzah-bangga-mendapat.html#links

Tuesday, February 10, 2009

Forum Sempena SIDANA ’09

Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tunku Canselor UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam

Moderator:
Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1:
Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2:
Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3:
Prof. Madya Dr.. Azmi Shaharom
Pensyarah Kanan,
Fakulti Undang-Undang UM

Sunday, February 1, 2009

Kisah seorang Ayah...

Assalamualaikum...

kisah seorang ayah...kisah ini adalah kisah realiti yang saya telah berjumpa dengan ayah seorang pelajar semasa mesyuarat agong PIBG di sekolah yang saya ajar...

Kisah ini bermula dari seorang ayah yang kemalangan jalan raya. akibatnya ayah ini, tempang dan mengalami beberapa kecacatan. tidak lama ketika selepas kemalangan tersebut, isterinya meninggalkan si ayah ini bersama anak-anaknya dan mengikut lelaki lain..

Tetapi si ayah tidak putus asa untuk melihat anak-anaknya berjaya walaupun dia dalam keadaan kurang upaya..ia tetap semangat dengan tekadnya..Ya Allah, cekalnya hati ayah ini..walaupun dalam keaadaan yang tidak sempurna dan keluarga yang susah tetapi masih berusaha untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya,

Pada suatu hari, si ayah ini dengan penuh semangat datang sekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah saya. Dengan penuh semangat ia mendengar setiap usul-usul yang di berikan.walaupun ia agak susah untuk mendapatkan duit untuk membayar yuran tetapi ia tetap setuju dengan usul tersebut.

setelah berakhir mesyuarat tersebut, si ayah bertemu denga kami, para guru..ia berkata dengan penuh ikhlas walaupun keadaan mulutnya yang herot itu akibat kemalangan. " cikgu, tolong jaga anak saya di sekolah ya, anak-anak itu sahaja lah harta yang saya ada..saya cacat selepas kemalangan..isteri saya tinggalkan saya..walaupun yuran agak mahal tetapi saya akan berusaha untuk melihat anak saya berjaya..terima kasih ya cikgu.." masih ter'iang-iang lagi kata-kata itu di minda ku ini..selepas itu, si ayah meninggalkan sekolah itu dengan kakinya yang tempang dengan terincut-incut..

Itulah pengorbanan seorang ayah kepada anak-anaknya..peristiwa itu membuat saya lebih bersemangat untuk mendidik anak murid saya.

Wednesday, January 28, 2009

Wajah-wajah Palestin..

badan kanak-kanak ini ditembusi oleh peluru...



Sunday, January 25, 2009

Bila manusia hilang pertimbangan


Kepala babi yang dijumpai di surau APIUM.

Sunday, January 18, 2009

zionis laknatullah mengganas di palestin..

Assalammualaikum..

Salam takziah kepada saudara islam ku di palestin..

Pada minggu lepas, saya telah menghadiri demostrasi anjuran mahasiswa di kedutaan mesir..perarakan yang disertai hampir 5000 orang mahasiswa dari seluruh negara mengambil bahagian sebagai tanda marah mahasiswa atas kekejaman Israel di Pelestin.

kami memilih kedutaan ini kerana kerajaan mesir masih tidak membuka sempadan Rafahnya untuk pelarian penduduk Palestin dan bantuan yang hendak disalurkan kepada rakyat palestin. ini menunjukkan negara mesir ini bersengkongkol dengan israel jahanam bagi membunuh rakyat palestin..

Saya menyeru kepada sekalian sahabat-sahabat agar membantu rakyat palestin di sana.ingatlah sahabat-sahabat sekalian, jika di akhirat kelak kita di tanya oleh Allah, apa yang kita buat semasa palestin di serang..saudara seislam kita dibunuh sewenang-wenangnya..ramai yang mati syahid kerna memperjuangkan aqidah dan mempertahankan baitul maqdis...di manakah kita semasa itu.. sedang menonton AJL???bersuka-suka ria di disco??melakukan maksiat??membeli barangan yang menyokong israel?? baiklah diri kita ini bermuhasabah sejauh manakah kita prihatin dengan sahabat kita di Palestin. sejauhmanakah kita memboikot barangan israel dan US???

wahai sahabatku sekalian..

sudah 60 tahun peristiwa nakbah di pelestin tanpa pembelaan umat islam dari negara-negara islam yang lain..berbagai peristiwa telah berlaku antaranya pembunuhan beramai-ramai di sabla dan shatila.. kita di sogok dengan pelbagai hiburan yang melalaikan umat islam..kita perlu mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini..Ayuhla!!!kita bangkit bagi menegakkan islam di bumi Allah ini..

Takbir!!!

Wednesday, January 14, 2009

Kisah ku 1429 H/ 2008 M

Assalamualaikum...

Akhirnya kita meninggalkan tahun 1429H/ 2008 M. Banyak yang saya lalui sepanjang tahun lepas. ini bermakna saya meninggalkan UPSI untuk meneruskan perjuangan di luar. Kenangan lalu amat mengamit memori saya.

Sahabat-sahabatku sekalian, ukhwah yang terjalin ini memberi seribu makna dalam kehidupan saya. Masih ku teringat lagi ketika saya berada di rumah luqman, kami makan bersama, naik motor ke kuliah bersama, dan tidur bersama di ruang tamu. Semua itu memberi kekuatanku agar ku terus berjuang di luar kelak.

Sahabat-sahabatku, saya mendoakan semoga kalian dapat meneruskan perjuangan di UPSI dan doakanlah saya semoga berada dijalan yang diredhai Allah..
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template