I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 17, 2010

Program kebajikan Taman Cendana

‎5 Ramadhan: tangisan yang menceritakan seribu macam kisah kehidupan yang menyentuh perasaan.Episod sebuah perjuangan yang xpernah berakhir. Kisah ku semalam di taman cendana, menambah sebuah episod dalam kisah sebuah kehidupan yang mengajar aku lebih bersyukur.



The Untold Story About Rosli Dhobi

Menjejaki Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu


Menjejak Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu
2010-08-14T13:13:00+08:00
Izzul Islam
Tokoh dan Sejarah|



Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah.Tapi beliau
hanya dikenali sebagai seorang pemberontak yang mati di tali
gantung kerana terlibat membunuh Gabenor Sarawak.Kisah sebenar
beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.


Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Sibu bersama rombongan
Lujnah Tanah PAS Pusat selama seminggu dapat menambah maklumat
kami berkaitan tokoh pejuang kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.


Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di
Raja Brooke,tanpa pondok atau pasantren tiba tiba muncul anak
muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British
di atas wadah Islam.Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika
itu di bumi Sarawak seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas
yang popular sebagai Tok Janggut di Kelantan ,atau sehebat Haji
Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh
Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang
kurangnya seperti Mat Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato
Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang sempat berguru
dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu itu.




Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang
diperintah penjajah itu munculnya seorang anak muda dalam usia
16 tahun yang kalau hari ini nya,masih dibangku sekolah dan tidak
pernah faham akan perjuangan.Itulah pemuda Rosli Dhobi yang
menggerakan pergerakan pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah
solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.


Berkunjung ke rumah nenek Halimah Dhobi yang berusia 81 tahun
kakak kepada Rosli yang masih hidup telah mengimbau kembali
nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan pengorbanan
seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup
mengorbankan nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi
Islam dan tanahair tercinta.


Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah
Sarawak menyerahkan kuasa kepada British,berlaku kebangkitan
rakyat menentang kemasukan Brirish ke Sarawak.


Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada
Awang Rambli Hamit seorang peguam bertindak berani menulis surat
amaran kepada Gabenor baru yang kedua Sir Duncan Stewart supaya
tidak datang ke Sarawak.Surat dari remaja kampong itu tentu
sekali dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’.Penjajah Inggeris
tidak pedulikan amaran budak kampong itu.


Disember 1949,belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah
hasil bumi Sarawak,perutnya terburai di kawasan berhampiran anak
sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya bangunan
Lembaga Pelabuhan.Barangkali Sir Duncan Stewart ketika itu baru
saja samapai ke Sibu melalui jalan air.Pemuda Rosli Dhobi bukan
pemuda bacul,amaran telah diberi,dia merasa bertanggungjawab
untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum
mereka meratah hasil bumi rakyat Sarawak.


Dengan laungan Allahu Akbar,anak muda yang berusia 16 tahun itu
meluru ke arah Gabenor British itu,tanpa membuang masa senjata
‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas puasnya ke perut
Gabenor itu hingga rebah ke bumi.Orang ramai bertempiaran lari.
Tentera tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk
dengan kejadian yang tidak diduga.Rosli ditangkap,dan anda
bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu.
Gabenor yang parah dibawa ke Singapura untuk dirawat.Tiga hari
kemudian norang putih itu menemui ajalnya.


Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching.Kesempatan
dalam tahanan beliau mengutus surat kepada ibu bapanya
menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk keselamatan
dirinya dan rakan di dalam tahanan.Dia juga berpesan agar diadakan
solat hajat moga diberi bantuan dari Allah.


Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu
keputusan pengadilan,tentera gurkha datang ke rumah kakaknya
Halimah yang sedang mengandung,memintakan sijil beranaknya,
katanya untuk proses pembebasan Rosli.Kakak Halimah tentu gembira
sekali dengan perkhabaran tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya
sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang dirinduio akan
dibebaskan segera.


Jangkaan Halimah jauh meleset.Surat beranak yang membuktikan
adiknya itu baru berusia 16 tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana
masih juvana telah dikhianati British.Tarikh lahirnya telah diubah
supaya melebihi 18 tahun.Maka layaklah Rosli dijatuhkan
hukuman mati.Begitulah qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak
dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup hinggalah ke saat ini.


Sebelum dijatuhkan hukuman mati, Rosli sempat mewasiatkan
kepada keluarganya dalam surat terakhirnya supaya sentiasa bersabar,
berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa
perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan
di hari baqa’.


Empat puluh tahun berlalu,selepas dijatuh hukuman mati,mayatnya
tak dibenarkan dilihat ahli keluarga.Jasadnya terus berada di penjara
Kuching walau negara sudah merdeka. Dia masih tak dihargai
sebagai pejuang.Hinggalah pada tahun 1996, selepas berbagai
desakan, kerajaan membenarkan pusaranya bersama tiga rakan
yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di Masjid Sibu.


Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama l
ebih 40 tahun. Pusara Rosli kosong, tiada tulang rangka, gigi,
maupun rambut. Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui tulang
rangka, gigi dan rambut.


Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati
dibunuh sangat berhajat untuk menatap wajah pemuda yang
berani membunuh suaminya itu. Rosli dikatakan tidak digantung,
tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor.
Di sana kemungkinan dia disiksa, dibunuh, dicincang atau dicampak
ke laut, wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.


Menurut catatan pada batu nesan di makam pahlawan tarikh kematian
mereka adalah berbeza. Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman
mati pada 2 Mac 1950, manakala peguam dan juga mentor beliau
Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.


Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Rosli
Dhobi, Allahyarham Awang Rambli Amit, Allahyarham Bujang Suntong
dan Morshidi Sidek. Nudah mudahan mereka termasuk di kalangan
para syuhada yang mati kerana memperjuangkan agamaNya.


Kisah di atas diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya khususnya kakak
beliau Halimah,anak saudara beliau Mohammad Asfia Haris aktivis
pemuda PAS Sibu yang terlibat menggali pusara beliau pada 2 Mac 1996.




Sumber: Tranungkite.Net

PESANAN TERAKHIR ROSLI DHOBI


Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis
surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya
dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau
Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;


Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan
sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan
Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi
akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai,
dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua,
dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun
10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi
selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat
yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2
kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima
hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.


Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak
balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah
sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi
saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh
Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2
sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan


Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah.
Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah
sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan,
nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.


Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan
baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.


Ditulis pada 1‑3‑1950


Saya yang akan meninggalkan endah ini,


R.D.

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban ya ramadhan

selamat datang ramadhan,bulan pnh keampunan dan ganjaran,
mari kita menyambut dengan hati gembira dan bahagia,
Allah jadikan ramadhan bulan penuh berkah dan rahmat,
perbanyakan ibadah, jgn lupa sedekah,
perbanyakkn tadarus,jgn lupa selawat,

Selamat datang bulan yang tiap malam dan siang mulia,
nafas dan tidur kita pun mendapat pahala,
dosa diampuni dan doa diterima,

Sunday, August 1, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Kenangan...

ukhwah yg terbina persis sekuntum bunga
meskipun kini kita perpisah demi kasihNya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain dibayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama
saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi

kita bersama mengijak onak duri
ditanah gersang menguji semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuanNya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

Monday, July 12, 2010

buat anak-anak murid ku..

Asslamualaikum..

Tulisan ini aku buat untuk anak-anak murid ku yang ku kasihi..

anak-anak murid ku, aku tahu cabaran kita di sini terlalu besar.di bandar metropolitan yang senantiasa mengganggu gugat ketenangan sebuah keluarga. ibu dan ayah yang terlalu sibuk dengan kerjanya sampai tidak pernah bertanya kabar anaknya. sosial yang teruk di sini mengugat keimanan kita. pub dan night bersepah di sana-sini. minum arak menjadi perkara biasa. seks bebas menjadi wabak dalam kehidupan kita.

Anak-anak ku,jika kau kusut denan masalah,jangalah kau berfikir pendek dengan melakukan perkara-perkara yang mendatang kemurkaanNya. Kembalilah pada Islam.
carilah ketenangan didalamnya.insyaAllah kita akan jumpa.

Anak-anak ku, jika kau pernah melakukan kesilapan, bertaubatlah..bertaubat lah kerna sesungguhnya Allah maha penerima taubat bagi hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh dalam taubatnya. pohonlah pada Allah..rayulah padaNya dengan nama-namaNya yang agung.kau akan jumpa ketenangan mu di situ..

anak-anak ku, hidup ini akan senantiasa di uji dengan pelbagai-bagai dugaan..bersabarlah..bertawakallah..insyaAllah, Allah akan letak diri kita bersama-sama orang yang sabar di syurga kelak..jgn putus asa..

Saturday, March 27, 2010

Alhamdulillah..Akhirnya..

Alhamdulillah,kerna aku dikurniakan kekuatan untuk menulis lagi setelah agak lama juga aku menulis sesuatu diblog. Mgkn disebabkan aku bz dgn khdpn ku di sini atau banyak cabaran yg membuat aku xsempat untuk menulis dib log ku.

Alhamdulillah juga kepada shbt-shbtku yg telah melangsungkan perkahwinan ,antaranya rijal dan nazirah yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 2 minggu lepas. Aku mntk maaf kerna tak dapat menghadiri majlis kalian di sebabkan sebab-sebab tertentu yg agak berat. Aku mendoakan kalian agar bahagia dan menjadikan rumahtangga yang didirikan n menjadi pemangkin kepada perjuangan kita.

Persoalan mengenai jodoh..

Ramai yang bertanya kepada aku, bila aku nak kawen?mgkn sesetengah orang ianya mungkin perkara gurauan tapi tidak bagi aku.terus terang aku katakana aku xbersedia lagi untuk bergelar seorang suami walaupun dalam hati kecil ini aku memang hendak mendirikan rumahtangga.

Kenapa???

Ramai yang tanya kenapa aku mengata begitu. Mungkin selepas banyak peristiwa yang aku lalui,membuat aku lebih matang dan berhati-hati. Hanya Allah tahu apa yang aku lalui dan orang lain tidak akan faham sebab mereka tidak melaluinya. Sampai ada yang mendesak ku.

Tolonglah!!!

Kepada yang berkenaan aku minta maaf byk2x sangat, tolonglah jangan mendesakku. Aku perlukan masa yang lama untuk menerima seseorang dalam hidupku. Aku hanya lah insan yang dhaif, hina dan lemah.

Hayatilah ayat ini:

sejauh mane kita membenci n berjauhan, kalau Allah sudah tkdrkan jdh kita, pasti akan bersama jua.sejauh mana pn kita berkasih syg dan berdekatan,kalu tiada takdir drpdNya, kita kan berpisah jua.maka bersabarlah menunggu jwpn dari tuhan.

Akhir kalam, apa pun yang kita buat, ikhlaskan kita.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template