I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 11, 2008

WANITA ACUAN AL-QURAN..

(Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

Kenaikan harga minyak membebankan rakyat

Assalamualaikum..
Kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga Allah memberkati kalian semua..sudah hampir beberapa minggu saya sibuk dengan menyelesaikan masalah saya..Alhamdilillah, akhirnya dapat juga saya menyambung tulisan saya dalam blog ini..
Tanggal 5/6/2008, Pak Lah sekali lagi memberi 'hadiah istimewa' untuk rakyat setelah memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya iaitu kenaikan harga minyak petrol sebanyak 40%..'TERIMA KASIH' Pak Lah kerana menambah lagi beban rakyat setelah negara kita mengalami kanaikan harga beras di pasaran..Saya masih ingat antara janji-janji najib semasa pilihan raya menafikan kenaikan harga minyak selepas pilihan raya..di mana janji-janji tersebut!!!

Berikut adalah perbandingan gaji menteri yang saya ambil dari harakahdaily.net dengan persoalan 'ubah gaya hidup' yang disarankan kepada rakyat::-
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

  1. Gaji Pokok RM18,000
  2. Elaun Keraian RM10,500.00
  3. Elaun Perumahan RM10,800.00
  4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
  5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

  1. Gaji Pokok RM15,000
  2. Elaun Keraian RM9,500.00
  3. Elaun Perumahan RM9,800.00
  4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
  5. Elaun parking RM 5,700.00


Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-

  1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
  2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
  3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
  4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
  5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
  6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
  7. Lain-lain sumber

Apabila melihat gaji-gaji yang para pemimpoin ini dapat, saya teringat (http://www.zaharuddin.net/) kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam ; petikan dari www.drmaza.com).

Wahai pemimpin negara, ingat lah Allah sentiasa memerhati anda..dan di akhirat kelak Allah akan mempersoalkan tanggungjawab dan amanah yang di berikan kepada kamu..Ingatlah azab Allah amat pedih pada mereka yang menghianati amanah yang diberikan...

hambaallah86
11.00 pm,11 Jun 2008,
7 Jamadil Akhir 1429 H
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template