I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 1, 2008

Teguran terbuka kepada Dato Mashitah Ibrahim

Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat. Seorang penceramah Agama yang menonjol kepimpinannya di dalam Umno serta terkenal, Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah secara sengaja atau tidak, bersalaman dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Mohd Zahid Hamidi yang juga merupakan exco Majlis Tertinggi Umno. (Rujuk Buletin 1.30 TV3, 19 Mac 2008). Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam. Namun sebagai seorang yang dikenali umum dan selalu berhadapan dengan situasi sebegini, beliau sewajarnya perlu dan boleh lebih bijak untuk menanganinya.Beliau merupakan seorang doktor falsafah dalam bidang Syariah Universiti Al-Azhar, yang sebelum ini sentiasa memperingatkan umat Islam dalam ceramah-ceramah supaya mengikuti syariat Islam perlu lebih berhati-hati dalam perbuatan dosa-dosa kecil ini. Sebagai pemimpin, tingkah laku yang dilakukan bakal menjadi contoh kepada rakyatnya.Saya ingin mencadangkan pada Ustazah Mashitah supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik. Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan. Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam. Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia. Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita. Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya. Akhir sekali, teguran terbuka ialah biarlah beliau mengubati UMNO dengan akhlak yang murni dan bukan beliau diubati oleh penyakit-penyakit UMNO yang sentiasa mementingkan bangsa mengatasi agamanya.

Pengerusi JITM
Thursday, 20 March 2008
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template