I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 26, 2008

Filem Akhirat layak untuk anugerah Abu Jahal!


Oleh Faisal Tehranihttp://tehranifaisal.blogspot.com/

Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak. Mungkin ada satu badan dapat memberi anugerah Abu Jahal ini. Pun kita baru melepasi suku pertama tahun 2008. Justeru eloklah kita senarai pendekkan dulu Akhirat untuk anugerah Abu Jahal ini. Siapa tahu akan ada filem Abu Jahal lain yang lebih jahil dan jahanam dari filem ini. Nampak sangat pengamal filem kita sedang berlumba-lumba untuk membikin filem 'anak haram' yang paling jahil sesama mereka.
Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama; paling tidak pada lima perkara besar:i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah 'nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah' (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.Elok kita renung jalur sebab dan akibat yang amat lemah dalam filem ini. Sesuai dengan anugerah Abu Jahal yang diterimanya, filem ini adalah gabungan plot paling lemah pelajar-pelajar Minggu Penulis Remaja paling tidak berkualiti dari tahun 2002-2007.Lebih lucu ada adegan Amran berpuisi untuk Mira; di sisi tasik buatan Putrajaya kunun-kunun romantis. Puisi bertaraf 'reject' untuk majalah E-Baca ini diucapkan demi membangkitkan dialog-dialog puitis tidak bertempat. Memang hodoh. Filem Akhirat mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu (sebab dia lembab dan bodoh) dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".Thats it! Itu jadi defining moment. Patutlah! Itu menjelaskan segala-galanya bukan? Sebuah filem Islam Hadhari, patutlah ada pegang-pegang mesra sambil genyeh-genyeh manja. Patutlah ada zina-zina kasual sambil dialog derhaka Tuhan.Lebih menyedihkan filem Abu Jahal ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Alahai, buatlah penyelidikan sedikit. Mak cik jual cencaluk macam mak cik Musalmah Lebar pun tahu gunakan internet.Sedikit kuliah falsafah Islam untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal filem dan tidak mahu tergelincir menjadi pengamal filem Abu Jahal:Duduknya seni Islam haruslah begini. Ia satu gerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang aktual iaitu kita namakan wilayah. Ini kerana ahlul bait bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini.KEMUDIAN barulah sampai kepada ayan sabitah atau idea umum di mana dalam gestalt pemikiran Melayu; ia adalah manfaat dan faedah untuk masyarakat. Dalam erti kata lain kalau buat filem tidak ada faedah dan manfaat itu dengan sendirinya sudah menjadi Abu Jahal. Ayan sabitah atau idea umum itu tadi disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan karyawan. Dari situ ia turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih karyawan atau kategori seni yang digulati pengamal seni. Tidak kiralah genre itu drama, action, animation atau apa pun. Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan akal kerana ada dorongan intelektual dalam karya, akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya. Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini sila baca Perempuan, di Wajah Langit Pagi dalam Milenia Muslim edisi Februari, Mac, April dan Mei 2008.Kembali kepada filem Abu Jahal kita untuk suku pertama tahun 2008. Sungguh kasihan melihat Vanida Imran, pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 berlakon filem seperti ini. Lakonan Tony Eusoffe, Adi Putra, dan Tan Sri Jins Shamsuddin tidak langsung menambah apa-apa. Lakonan Nabila Huda pula sangat-sangat menjengkelkan. Penampilan cameo beberapa nama besar memualkan. Filem Akhirat juga disulami lagu-lagu 'jiwang melankolia tengah malam' yang dicipta oleh Azmi Hassan dan dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi bersuara sengau. Antara lagu yang bakal mewarnai filem ini ialah Akhirat (lagu tema), Akhirat II, Kasih Selendang Biru dan I Love You Senorita. Pada adegan yang menampilkan lagu I Love You Senorita anda boleh menatap ketiak bercukur pelakon pembantu wanitanya, sambil melihat bakat yang dikembangkan oleh AF1 menari tergedik-edik seolah-olah ada cacing kerawit berpusu-pusu mahu keluar dari hujung usus besarnya. Sungguh 'abu jahal' gedik itu.Dan alasan lain untuk memberi anugerah Abu Jahal ini kepada Akhirat meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai, ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem. Dan kerana itu kita tidak dapat menerimanya. Dan kerana itu layaklah Akhirat mendapat pencalonan akhir Anugerah Filem Abu Jahal 2008.

Semua strategi CIA, Mossad, KGB, Gestapo sudah dilakukan SB Malaysia

Saari Sungib Fri Nov 03, 06

Setiap satu daripada 85 seksyen di bawah ISA cukup lengkap dan sempurna untuk mencabul hak asasi rakyat. Bahkan hanya dengan dua dari seksyen itu sahaja pun sudah cukup bagi Umno-BN mengekal dan mengukuhkan kuasa politiknya di negara ini Dua seksyen itu adalah Seksyen 73 dan Seksyen 8.
Seksyen 73 memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang sehingga 60 hari bagi menentukan sama ada ia boleh ditahan terus di bawah Seksyen 8!
Kuasa mutlak
Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselaman Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh selama 2 tahun.
Perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas. Ini bermakna menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun dan seterusnya!
Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN bagi SB (polis cawangan khas) untuk sewenang-wenang menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea Umno-BN.
Berselindung di sebalik Seksyen 73, SB juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik Umno-BN.
Soal-siasat SB
Apakah yang berlaku semasa soal-siasat 60 hari di bawah kuasa SB?
Bayangkan sahaja filem yang pernah anda tonton tentang orang yang ditawan dan disoal-siasat oleh musuhnya. Dipukul? Diseksa? Dibogel? Dikenakan kejutan elektrik?.
Semuanya ada dalam ISA!
Testimoni tahanan sehingga ini mencatatkan pelbagai jenis penyeksaan berlaku semasa dalam tahanan SB.
Ini termasuk diperintah berdiri sebelah kaki berjam-jam dalam keadaan berbogel di bawah kipas angin yang diputar laju serta dalam bilik berhawa dingin yang amat sejuk.
Berbogel sambil peluk ais
Ada juga tahanan yang dipaksa memeluk satu blok ais dalam keadaan bogel. Setiap kali blok ais itu terjatuh dia dipukul dan diarahkan oleh SB untuk mengangkatnya semula.
Bila blok ais itu cair seluruhnya, badan tahanan tadi menjadi biru birat kerana kesejukan.
Ada tahanan yang dipaksa duduk di atas ais. Ada pula yang dipaksa berbaring di atas ais.
Ada tahanan yang dipaksa meminum air kencing SB.
Ada pula tahanan yang dihalang berjam-jam daripada ke bilik air untuk kencing. Akibatnya dia mengalami penyakit tidak boleh kencing! Seorang tahanan dimasukkan paku ke dalam lubang zakarnya!
Seorang lagi dimasukkan jarum di bawah kukunya!
Kumpul najis, air kencing
Ada pula yang dipaksa mengumpulkan najis dan air kencingnya dalam dua buah plastik.
Semasa dalam bilik soal-siasat dia dipaksa memegang plastik najisnya di tangan kanan dan plastik air kencingnya di tangan kiri!
Terdapat juga tahanan yang dijolok juburnya dengan kabel telekom. Seorang lagi dipaksa menonggeng dan mengaku pernah diliwat oleh seorang tokoh politik terkemuka.
Kerana tidak mahu membuat pengakuan palsu, maka juburnya dijolok dengan sebatang paip getah!
Seorang tahanan dipaksa berbogel dan didudukkan di atas botol-botol kosong. Tujuannya agar muncung botol yang tidak bertutup itu masuk ke dalam juburnya!
Saya turut diancam hendak dijolok jubur saya oleh SB dengan menggunakan sebatang kayu kaki meja yang telah tertanggal!
Ada juga tahanan yang diacukan pistol oleh SB semasa soal-siasat.
Ditempeleng, diludah, disepak, ditendang, diterajang dan dipukul kepala dan hidung, itu semua perkara biasa!
Lebih parah biasanya tahanan yang diseksa begini digari kedua-dua belah tangannya ke belakang!
SB ludah ke dalam mulut tahanan
Ada tahanan yang dipaksa membuka mulutnya dan SB meludah ke dalam mulutnya. Sesudah itu ia dipaksa menelan air ludah SB itu!
Tahanan yang sama dicucuhkan dengan pemetik api bagi membakar janggutnya. Rakannya dicucuh bahagian-bahagian tertentu anggota badannya dengan api daripada rokok yang dihisap oleh SB penyoal-siasat!
Seorang tahanan dalam keadaan bogel telah dipukul bertalu-talu oleh SB dengan menggunakan surat khabar yang telah digulung-gulung padu.
Kemudian gulungan surat khabar itu dibakar dan api cuba dicucuh-cucuhkan ke kemaluan tahanan tadi.
Disimbah ke muka dengan air yang bercampur habuk rokok oleh SB juga adalah perkara biasa.
Ada tahanan yang dipaksa merangkak, berjalan itik dan lompat katak berjam-jam semasa dalam soal-siasat SB. Ada pula yang diperintahkan berenang di atas lantai bilik soal-siasat.
Dimaki dan ditengking sekuat-kuat hati bagai nak pecah telinga juga satu cara penyeksaan yang menyakitkan.
Apatah lagi jika yang ditengkingkan itu merupakan perkataan mencarut. Perkataan-perkataan kegemaran SB adalah F*c*, F*c*er dan Mother F*c*er!.
Belum dilaporkan perkataan Father digunakan ....
Tahanan wanita diancam rogol SB
Ada juga tahanan wanita yang diancam hendak dirogol oleh SB yang menyoal-siasat beliau.
Wanita yang sama diberi pilihan sama ada mahu dipukul dengan menggunakan batang besi atau batang kayu.
Bila batang kayu yang digunakan patah, satu lagi batang kayu digunakan untuk memukul sebelah kakinya.
Paling menyedihkan wanita ini dipukul dalam keadaan dia dipaksa berdiri sebelah kaki.
Seorang tahanan dimasukkan sebuah tong besi ke kepalanya. Tong itu kemudian dipukul bertalu-talu. Akibatnya mukanya bengkak, kening, hidung dan bibirnya luka berdarah dan gendang telinganya bagai nak pecah akibat hentaman yang berlaku kepada tong tadi!
Aksi anjing kencing
Sesudah itu ia diarahkan melakonkan aksi mengangkat sebelah kaki seperti seekor anjing yang memancutkan air kencing ke tiang! Kemudian kepalanya dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan SB mengepam tandas tersebut berkali-kali!
Seorang tahanan dipaksa minum sebotol penuh sos tomato semasa di soal-siasat!
Seorang lagi diarahkan menangkap seekor cicak yang terdapat dalam bilik soal-siasat.
SB mengerat-ngerat cicak tersebut dan memaksa tahanan tadi memakannya!
Ada pula tahanan yang dibogelkan dan disimbah air ke seluruh tubuhnya. Selepas itu ia diarahkan untuk meniarap dan menghirup serta menjilat air yang melimpah di atas lantai.
Aksi hubungan seks dengan isteri
Tidak kurang pula tahanan yang diarahkan menunjukkan bagaimana aksinya melakukan hubungan seks dengan isterinya.
Ada pula beberapa orang tahanan yang diarahkan berbogel dan mel*nc*p sehingga terpancar air m*ninya. Jika enggan melakukannya, mereka diancam untuk dicabut kuku!
Seorang tahanan dibogelkan di hadapan beberapa orang SB dan diberikan sebuku sabun dan sebaldi air. Arahannya: mel*nc*p!.
Seorang tahanan lain dipegang oleh beberapa orang SB bagi memaksanya menonggeng dan SB menanggalkan seluarnya. Dalam keadaan ini seorang SB membuka seluarnya dalam aksi untuk meliwat tahanan tersebut!.
Dicabut misai, bulu kening
Pada tahun 1980-an sekumpulan tahanan ISA telah diseksa dengan dicabut janggut, bulu misai, bulu kening dan bulu lubang hidung!
Tahanan wanita daripada kumpulan tersebut juga telah tidak dibenarkan membuang air kecil atau air besar dalam tandas yang bertutup pintunya. Pintu tandas mesti dibiarkan terbuka!
Seorang tahanan wanita lain yang datang bulan semasa dalam tahanan perlu menunjukkan di hadapan SB lampin wanitanya yang sudah kotor bagi mendapatkan bekalan lampin wanita yang baru!
SB syok hina ulama
SB juga cukup syok menghina golongan ulama dan ustaz semasa disoal-siasat. Ustaz-ustaz yang berserban dan berjubah semasa di luarlah yang amat suka mereka bogelkan ketika ditahan di bawah ISA.
Seorang pemimpin agama telah dicukur rambut, janggut, misai dan bulu keningnya!
Tidak cukup lagi, dikhabarkan bahawa segala jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuhnya juga turut dilincinkan dengan pisau cukur!
Perihal kezaliman ISA di bawah Seksyen 73 tiada taranya.
Apa saja yang dilakukan oleh CIA, Mossad, KGB, Gestapo dan Savak semuanya sudah pun dilakukan oleh SB Malaysia! -

Friday, April 25, 2008

Dr. Danial dan NGO Menemui KM P. Pinang

Lim Guan Eng berbincang dgn Dr. Danial mengenai kedudukan Islam di Pulau Pinang
(Dr Danial Zainal Abidin mengetuai 21 NGO Islam menemui Ketua Menteri P Pinang, YAB Lim Guan Eng. Pertemuan ini, pada Jumaat 14 Mac 2008 jam 9.00 pagi, bukan untuk memuji dan memuja. Sebaliknya ia bertujuan untuk mendengar dan memberi pandangan kepada Ketua Menteri berhubung polisi berkaitan agama Islam dan Melayu-Islam di P. Pinang. Pendekatan sebegini rupa diyakini adalah selari dengan roh ajaran Islam. Di bawah ini dipaparkan laporan pelbagai akhbar berhubung perkara ini.)
Dari Bernama, Jumaat, 14 Mac 2008
21 NGO Islam Puas Hati Penjelasan KM P.Pinang Mengenai Kedudukan Melayu Dan Islam
Pulau Pinang: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.
Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.
"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.
Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.
"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.
"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar," katanya.
Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.
"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya.
Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri.
............................................................................................................
Dari Berita Harian, 14 Mac 2008
Guan Eng Jamin Islam Dilindungi

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam memberi jaminan kedudukan Islam di negeri ini tidak terjejas walaupun berlaku peralihan kuasa. Beliau juga meminta masyarakat Islam supaya tidak mempercayai khabar angin, sebaliknya menegaskan kerajaan negeri sedia mendengar pandangan daripada pertubuhan Islam. Sambil menolak khabar angin mengenai azan tidak akan dikumandangkan berikutan peralihan kuasa itu, beliau berjanji akan mewakili semua kaum di negeri ini tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama dalam setiap perkara.
"Kerajaan negeri muhibah. Jadi, jangan dengar khabar angin. Saya akan dengar suara semua rakyat dan masyarakat Islam akan terus mendengar azan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan 21 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang di sini, semalam.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berjanji akan terus menolong masyarakat Islam di negeri itu.
"Saya akan tolong orang Islam. Malah, penduduk Kampung Tanjung Tokong yang dihuni masyarakat Melayu Islam adalah kawasan pertama saya lawat sebaik saja menang pilihan raya," katanya.............................
Sementara itu, Penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) negeri, Dr Danial Zainal Abidin, berkata pihaknya mahu mendengar perancangan kerajaan negeri berkaitan Islam.
Beliau berkata, pada pertemuan itu, NGO Islam menyuarakan pandangan berkaitan institusi masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR) serta pembelaan terhadap umat Islam.
"Umumnya, Lim terima pandangan ini. Kita mahu memastikan syiar Islam di negeri ini berkembang maju dan tidak terjejas berikutan peralihan kuasa ," katanya.
................................................................................................................................................
From The Star, Friday March 14, 2008
Muslim NGOs Meet Penang CM (Updated)
PENANG: Twenty-two Muslim non-governmental organisations have expressed support for the state government's call for transparency in implementing the New Economic Policy (NEP).
Jamaah Islah Malaysia (JIM) Penang adviser Dr Danial Zainal Abidin said representatives from the organisations met Chief Minister Lim Guan Eng Friday morning and realised that the state government was not against the NEP.
"Lim told us that he had no intentions of throwing away the NEP. He, however, mentioned that it has been tainted with cronyism and corruption, and that is what he wants to throw away, not the entire NEP.
"So, if that is the concept, then we agree with him," he said after a dialogue session with Lim at Komtar.
Lim had on his first day as Chief Minister said he would practise an open tender policy for the awarding of contracts and projects to prevent cronyism and corruption. Dr Danial said Islam stressed on transparency and justice not only for Muslims but also for all religions and races.
He said the NGOs stressed on the need for transparency, anti-corruption and cleanliness in the government.
"I think YAB has listened and agreed to what we said. If he can fulfil these, then it is in line with Islamic regulations and rules," he said.
Dr Danial said the NGOs were concerned about the fate of Penang Malays and Islamic institutions after hearing talk that the new state government might curb their activities.
He said the NGOs had asked Lim on the state's policy concerning mosques, suraus, Sekolah Agama Rakyat (SAR) as well as on the problems faced by the Malays in Tanjung Tokong.
"Lim has answered them well and we hope that he can fulfil the state's promises," he said.
When met by reporters later, Lim told the people to stop listening to rumours that the Penang Malays would be marginalised under the DAP-PKR coalition rule.
"Before being sworn-in as Chief Minister, I went to Tanjung Tokong to find out about the problems faced by the Malays there.
"So, I wish to reiterate that we are a government for all Malaysians, irrespective of race, religion and background," he said.
................................................................................................................................................
From NST, 14 March 2008, by Sharanjit Singh and Audrey Dermawan
Lim Lambasts Umno's Call To Scrap Penang Mega Projects
GEORGE TOWN, Fri: The DAP-PKR coalition Penang Government has lambasted Umno's call for the federal government to stop all mega projects in the state.
Chief minister Lim Guan Eng said Umno's stand smacked of resentment and ill-intent. "Their stand also reflects how the party is grappling to come to terms with the decision that the people have made. Instead of respecting the outcome of a democratic process they are now sulking and venting their frustration at the people," he said.
However, Lim expressed confidence that prime minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would not give in to the "ridiculous" demands.
Abdullah, he said, had always said he was a prime minister of all Malaysians and would not discriminate against anyone. "This is more so as it involves his own home state. I am sure he would do what is right for Penang," he said after meeting a group of 21 Muslim NGOs here today.
Lim was reacting to Penang Umno's stand that they would press the prime minister to stop the implementation of all mega projects, including those planned under the Northern Corridor Economic Region (NCER), the Penang Sentral project, Second Penang Bridge, Penang Outer Ring Road and Light Monorail Transit System.
State Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim had said that since the people have rejected the BN government and opted for change, the federal government should just cancel all projects in Penang.
On the meeting with the NGOs, Lim said he had given the assurance that his administration would not alienate any community, acknowledging the rumours that the State Government was "going to do this and that."
The NGO's which attended the hour-long meeting at Lim's office in Komtar included Abim, Jemaah Islah Malaysia (JIM) and Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Teras president Azmi Abdul Hamid said the NGO's were happy with the outcome of the meeting. "We are glad to have received the assurance that the interests of the Malays in Penang will not be neglected. The Malays in Penang have been overlooked for far too long, including during the previous state government and we hope all this will change," he said.
JIM adviser Dr Danial Zainal Abidin said the meeting also touched on the New Economic Policy (NEP) and the state government's stand on it.
"We agree with the explanation given by the chief minister that the state government is only going to end abuses under the NEP and not abolish it as reported," he said.



Edited for mindasuper.com by
Dr. Danial Zainal Abidin

Thursday, April 24, 2008

Maly Robbun Siwah@SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA(versi bahasa Melayu)


Video Maly Robbun Siwah @ SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA(versi bahasa Melayu) ini memuatkan juga profile-profile penyanyi Dai Nada..selamat menikmati nasyid ini...semoga apabila kta mendengar nasyid ini,hati kita bertambah ikhlas dalam perjuangan ini..Amin..

Takbir!!!

Syariat mengenai cinta..


Ya Allah, ya Tuhanku


Andai aku telah jatuh hati kepada kaum lawanku


Tarbiahkanlah hatiku dengan iman dan takwa


kuatkanlah hatiku bimbinglah jiwaku...


Cinta manusia yang penuh pendustaan


Kau jadikanlah aku menjadi pencintaMu


Sebelum aku menyintai manusia


Sebelum aku terjerumus dalam perangkap rindu


Yang bakal menyeretku ke neraka





Ya Allah ya tuhanku


Kau tabahkanlah jiwaku dalam pancaroba dunia


Kau kuatkan hatiku jika aku benar jatuh hati


Biarlah aku jatuh hati dengan pembawa syariatMu


Biarlah aku jatuh cinta hanya pendukung agamaMu


namun, jangan kau lalaikan jiwaku


Dengan kealpaan yang membawaku ke penjara kedukaan


Dengan dosa noda yang mengheretku ke lembah kemaksiatan





Ya Allah ya Tuhanku


PadaMu aku memohon


Teguhkanlah jiwa pemuda-pemudi seislamku


Jangan biarkan mereka hanyut dalam nafsu membelenggu


Jangan biarkan mereka bersatu dengan kelalaian perasaan


selamatkanlah mereka dari dosa


Yang bakal membawa mereka sentiasa alpa dan leka





Ya Allah,


Tunjukkan kepada kami keindahan syariatMu


Syariat yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah


Adab dan pergaulan lelaki dan perempuan


Yang digariskan dengan etika dan kesopanan





teman


'Syariat itu membataskan adab dan pergaulan'


'Syariat indah yang maha menetapkan kesusilaan'


'Cinta harus dibatasi dengan keindahan Islam yang digariskan'


Moga cinta yang telah Allah kurniakan


Menjadi satu keindahan dan rahmat kepada insan


Bukan menjadi satu bala kepada umat Islam


lantaran menurut hawa nafsu mainan syaitan


Pimpinlah cinta menuju arah pimpinan cinta tuhan


Moga hidup ini penuh keberkatan

Syahidnya anak pemimpin tertinggi Hamas

Dr Syed Azman Syed Ahmad Thu Jan 31, 08

Ketika kesibukan menghadapi pilihan raya umum ke-12, kami dikejutkan dengan berita syahidnya Houssam Al-Zahar putera kedua Dr Mahmoud Al-Zahar, pimpinan tertinggi Hamas di tangan tentera Zionis Israel. Houssam, 22, adalah komandan tentera Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di Tebing Gaza.
Takziah buat Dr Zahar! Sedih dan pilu apabila kami mendapat pesanan SMS daripada teman-teman di Gaza memaklumkan syahidnya Hossam Al-Zahar. Semoga diberikan kekuatan kepada beliau serta keluarga di dalam menghadapi cabaran besar ini.
Dr Zahar berjaya menghantar anak kedua ke kedudukan mulia selepas anak sulungnya Muaz Al-Zahar syahid di tangan rejim Zionis Israel beberapa tahun lalu. Semoga titisan darah syuhada di bumi suci Palestin akan menjadi kekuatan untuk menyatukan penduduk Palestin menentang kekejaman Zionis Israel.
Siri serangan serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush menamatkan lawatannya ke Israel serta negara-negara Teluk - Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain serta UAE. Amat jelas, keganasan rejim Zionis di Gaza adalah 'terjemahan praktikal' disepakati Washington-Tel Aviv.
Namun perkembangan di bumi Gaza amat membimbangkan. Tentera Zionis Israel dengan sokongan Amerika terus mengepung bumi dengan 1.4 juta penduduk itu tanpa perikemanusiaan. Mereka telah memutuskan bekalan elektrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk di Gaza.
Rintihan serta tangisan penduduk Gaza ini amat memilukan bagi kita semua. Pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah melanggar batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.
Apa yang lebih menyedihkan lagi sebahagian besar daripada masyarakat kita yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah di bumi Palestin. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang tentera Zionis ini.
Dr Mahmoud yang juga mantan Menteri Luar kerajaan Hamas pernah mengadakan lawatan ke Malaysia awal tahun lalu. Walaupun lawatan beliau amat singkat, ia amat bermakna kepada kami semua pimpinan PAS yang sempat bertemu serta bertukar fikiran dengan beliau semasa singgah di Kuala Lumpur. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama.
�Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain.
�Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.
�Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi. Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak daripada memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.
�Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan daripada penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dukungan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.
�Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel�Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel�Palestin semata-mata. Tetapi ini adalah konflik perancangan Barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit.
�Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel dengan dukungan Amerika dan sekutunya.
�Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa �kesatuan nasional� adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.
�Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin. Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan Hamas berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.
�Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah SWT terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa. �Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah SWT, insya-Allah.

* Penulis artikel ini adalah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS.
* Walaupun kejadian ini sudah berlalu,tetapi Syahidnya anak pemimpin tertinggi Hamas membuat kita lebih berani untuk berjuang..
*Takbir!!!!

Beberapa tahap dalam perjuangan pelajar

Ali Bukhari Amir Tue Feb 05, 08

1 Februari lalu, saya sempat ke TGV, KLCC untuk menonton filem In The Name of King yang mengisahkan perjalanan hidup seorang putera raja yang terpisah daripada kehidupan istana sejak kecilnya. Sejak itu beliau hidup merantau daripada sebuah keluarga petani ke sebuah keluarga petani yang lain di sebuah kampung.
Akhirnya putera itu digelar Farmer dan gelaran itu menjadi namanya kerana beliau sering bekerja di ladang. Oleh kerana sejak kecil beliau telah banyak bergaul dengan masyarakat bawahan sejak kecil, beliau tidak pernah mengetahui identiti dirinya sebagai putera raja. -->-->
Sepertinya, dia memang dididik Tuhan untuk bergaul dengan rakyatnya sendiri sebelum menerima pemerintahan. Pendek kata, Farmer benar-benar kembali ke pangkuan masyarakatnya. Di pertengahan cerita, Farmer menyedari bahawa raja negeri itu adalah ayahandanya.
Beliau menolak untuk bergabung menjadi tentera istana kerana ayahandanya tidak pernah mempertahankan desanya daripada serangan masyarakat Krug yang dikuasai secara ghaib oleh seorang ahli sihir. Ketika menolak arahan menjadi tentera, Farmer berkata:
"Tentera diminta mempertahankan castle (kubu) ketika negeri diserang musuh sedangkan ketika itu desa-desa sedang bermatian berjuang mempertahankan diri tanpa bantuan raja."
Ucapan itu menyebabkan para petani bergabung bersama beliau untuk berjuang sendirian menentang masyarakat Krug dan ahli sihir itu. Farmer ada karisma. Ekoran itulah wujud dua puak yang memilih corak perjuangan berlainan untuk melawan musuh yang sama.
Setelah mengetahui niat beliau dipisahkan daripada istana, perlahan-lahan barulah Farmer menerima sang raja itu sebagai ayahnya dan Farmer bersetuju menjadi raja menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia dalam satu peperangan bersama masyarakat Krug.
Rasional kenapa beliau dipisahkan daripada istana ialah agar beliau tak dibunuh ahli sihir yang bersembunyi di istana itu. Akhirnya beliau pun berjaya membunuh ahli sihir dengan gabungan kekuatan rakan-rakannya.
Bani Israel tiada pemimpin yang kuat
Saya tidak pasti adakah ia sebuah kisah dongeng atau kisah raja-raja Eropah zaman dulu. Namun, suatu hal yang pasti, jalan cerita ini seakan-akan dan hampir sama dengan kisah Bani Israel yang lemah tertindas kerana tidak mempunyai pemimpin yang kuat.
Sejak beratus tahun Bani Israel dijadikan hamba oleh Fir'aun, maka telah muncul suatu fahaman yang menyatakan mereka lemah dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk melawan Fir'aun. Suatu masa dahulu, sifat-sifat ini memang menjelma dalam pimpinan mahasiswa.
Saya pernah mendengar mereka berkata: "Jika kami mengirim bantahan, apakah ada pelajar yang akan mendokong tuntutan kami itu?"
Hal ini berlaku kerana kita tidak mendekati masyarakat siswa dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, hal pertama yang perlu dilakukan untuk meraih sokongan siswa adalah dengan cara menyelami, memahami dan membantu siswa keluar daripada permasalahan mereka.
Bani Israel adalah bangsa penukang yang membina piramid Firaun di zaman penjajahan. Farmer adalah petani yang bergaul dan memahami masalah hal-ehwal pertanian. Bermula dari situ, siswa perlu mempolitikkan masalah kehidupan pelajar di peringkat nasional.
Ketika ini, Musa masih menjadi 'insider' atau orang penting dalam istana Firaun. Beliau belum diangkat menjadi nabi dan belum menjadi 'fugitive' pelarian yang kemudiannya kembali menyatu dengan kuasa rakyat Bani Israel yang tertindas dalam perhambaan.
Kekuasaan yang sebenar, sejati dan tulen adalah kekuasaan rakyat yang berawal daripada suara dan jeritan rakyat. Untuk itu adalah suatu keperluan yang mendesak bagi pelajar ini mula melakukan penyelidikan dan kajian berhubung masalah kaum pelajar dan rakyat.
Kajilah berapa ramai yang sukar menukar kursus di universiti dan lain-lain masalah para pensyarah. Angkat permasalahan mereka ke tengah pentas politik nasional. Merakyatkan segala ketakutan mereka dan lantiklah seseorang yang boleh mengatasi masalah itu.
Ringkasnya, semua ini adalah usaha membebaskan diri daripada ketakutan warisan yang telah dibina semenjak 30 tahun lalu saat Auku bernyawa sebagai raksasa yang telah pun memperhambakan pelajar melalui ketakutan yang sememangnya wujud dalam diri anda.
Hamba yang mahu melawan layak memimpin perubahan
Ada dua jenis hamba dalam segi ini; iaitu hamba yang masih mahu melawan serta hamba yang melihat dirinya telah dimiliki dan tak mampu berbuat apa satu tindakan pun. Adalah malang jika pemimpin siswa berada dalam hamba kedua. Tapi kategori inilah yang paling ramai wujud dalam kebanyakan pemimpin pelajar universiti.
Hamba (pelajar) dalam kategori ini adalah mereka yang bersedia berdepan risiko dibuang universiti, dipenjarakan termasuk dibunuh. Di zaman saya, ramai pemimpin pelajar yang mahu terkenal seperti Anwar, tapi mereka mahu raih kemasyhuran dengan cara selamat.
Hal inilah yang menyebabkan wujudnya rantaian 'ketakutan yang diwarisi' lalu akhirnya mereka kalah dan kekosongan kepimpinan itu akhirnya diisi oleh Aspirasi. MPP hari ini telah berjaya melahirkan puluhan presiden tetapi bukanlah pemimpin.
Hal ini sama dengan Malaysia dan OIC yang melahirkan Perdana Menteri dan Pengerusi, tetapi orang yang sama itu bukanlah pemimpin umat Islam seluruhnya. Beliau tak mampu mendamaikan antara konflik Hamas dan Fatah. Malah tak pernah menyatakan pendirian ke atas larangan pemakaian tudung yang ditarik balik yang diancam oleh tentera Turki.
Syahadan, apabila pemimpin pelajar menjadi hamba yang mahu melawan, maka itu awal daripada permulaan yang baik. Pada tahap ini, insan seperti Farmer akan muncul sebagai 'mujaddid' dan melancarkan serangan demi serangan untuk memperjuangkan kebebasan.
Filem ini mengingatkan saya kepada tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh Bani Israel selepas bebas daripada perhambaan Firaun. Setidak-tidaknya, ada tiga kategori raja yang bertanggungjawab memikul amanah sehingga Israel mencapai puncak kegemilangannya.
Demokrasi � Plutokrasi ancaman kepada kepimpinan tulen
Pertamanya Talut, keduanya Daud dan ketiga adalah Sulaiman. Nabi Musa telah berjaya membawa Bani Israel ke sebuah negara baru untuk membina pemerintahan. Tetapi, saki baki ketakutan kesan daripada perhambaan ini masih wujud.
Golongan berada, kaum pemodal, kelas kapitalis yang kaya-raya dalam Bani Israel ini mahu menjadi pemimpin, tetapi takut dan enggan berjuang untuk merebut negara. Dan, ketika nama Talut dicadangkan untuk menjadi ketua Bani Israel, puak ini membantah.
Disebutkan dalam al-Qur'an bahawa bantahan ini datang daripada orang kaya. Mereka ini menolak Talut hanya kerana sosok ini miskin. Secara tersiratnya, kepimpinan itu mestilah berada di tangan orang kaya. Hari ini, kepimpinan tertolak kerana tersilap mengisi borang pencalonan yang disediakan SPR dan juga kita tertolak kerana tiada wang pertaruhan.
Kita memang mengamalkan demokrasi. Tetapi, demokrasi ini ditentukan oleh insan kaya-raya atau demokrasi � plutokrasi. Tembok Besar China dan Tembok Berlin yang bernama demokrasi � plutokrasi ini akhirnya rebah dan roboh jika kita dijajah sebagai Bani Israel.
Di era Talut itu golongan pemodal akhirnya mengalah setelah mereka sedar bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang mampu berdepan dengan Jalut. Jadi mereka ini pun terpaksa menerima Talut sebagai ketua pada akhirnya.
Dalam peperangan, Daud dengan izin Tuhan telah berjaya membunuh Jalut. Bermula dari situ nama Daud harum dan baginda mula diangkat menjadi raja bagi menggantikan Talut. Selepas Daud, Sulaiman mempamerkan kecerdasan pemikiran lalu baginda menjadi raja.
Pada tahap Sulaiman inilah kuasa Bani Israel dilihat telah berada di tahap tertinggi. Tapi, ketiga-tiga raja ini telah pun berusaha keras di zaman mudanya atau di zaman mahasiswa mereka untuk membantu kaumnya yang tertindas akibat penjajahan.
Apakah pelajar boleh bangun sebagai pemimpin hanya berbekalkan sistem organisasi dan struktur? Semua sistem dan struktur yang dinamakan amir jemaah, naib amir bukan kayu ukur. Pemimpin bukan dinilai dari sudut itu. Ia berkaitan dengan kesungguhan dan usaha.
Kesimpulannya, kejatuhan sesebuah kaum itu bukanlah kerana rakyatnya pemalas, bodoh dan penakut. Sesuatu kaum menjadi lemah kerana memiliki pimpinan yang malas berfikir lantaran sibuk mengkayakan dirinya sendiri, bebal bertindak dan takut dengan musuh dari luar. Ringkasnya, demokrasi � plutokrasi inilah antara salah satu penyebabnya.
Seperti mana titik mula perubahan kebangkitan Bani Israel bermula pada era Musa, yang kemudiannya disambung oleh warisan Talut, Daud, Sulaiman, seperti itulah kita perlukan gerakan pelajar yang merakyat di universiti seperti Farmer dan lain-lain sosok tegar, sifar gentar dan kental spiritual untuk memimpin pergerakan ini.
Merekalah benih kekuatan yang akan mencambahkan bentuk pemerintahan baru.
Nota: Catatan ini terilham daripada satu perbualan ketika resah gelisah ini diutarakan oleh saudara Lutfi pada satu malam di mana beliau menyebutkan wujudnya 'rantaian ketakutan' dalam kalangan pimpinan mahasiswa pembangkang yang akhirnya diwariskan ke alam kerjaya selepas berijazah.
Insya Allah, dalam keluaran berikutnya, kita cuba perincikan situasi ini. Dalam respon awal, tiba-tiba terloncat dari lidah saya tanpa dikawal akan istilah 'mujaddid pelajar' yang diharapkan boleh memutuskan rantaian dan putaran, kitaran ketakutan selama ini.

Nazri dedahkan sikap sebenar Umno terhadap Islam

Mohamed Hanipa Bin Maidin Wed Mar 01, 06

Di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya, UMNO terhadap Islam.
Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri tersebut dikatakan berkata bahawa persaingan bagi mendapatkan undi telah mendorong parti-parti politik seperti UMNO dan PAS menggunakan Islam sebagai pengkalan atau platform dan seterusnya mendorong pihak seperti beliau dan UMNO untuk melakukan perkara-perkara yang �we do not believe in� (kami tidak percaya kepada perrkara-perkara tersebut).
Dengan lain perkataan UMNO terpaksa juga menggunakan slogan dan platform Islam meskipun UMNO sendiri tidak percaya kepada apa yang terkandung di dalam Islam itu sendiri sama ada aqidahnya, hukum hakam, halal haram dan sebagainya.
Nazri seterusnya dilaporkan berkata bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana PAS menurutnya menggunakan Islam bagi mendapatkan undi. Nazri berkata �we are doing a disservice to our nation. we are led into doing something that we don�t believe.� (Terjemahan : Kami melakukan perkara yang tidak memberi khidmat kepada Negara , kami telah didorong bagi membuat sesuatu perkara yang kami tidak percaya.�)
Seterusnya di majlis yang sama apabila ditanya oleh seorang peguam Haris Ibrahim ( peguam yang terkenal dengan kelantangannya menyerang Islam ), berkata orang Islam yang berfikiran sekular mesti terus bercakap dalam perkara-perkara yang berkaitan Islam meskipunakan menghadapi risiko dituduh murtad.
Haris di dalam soalannya kepada Nazri bertanya adakah pihak Kerajaan telah � diculik dan diminta wang tebusan� oleh golongan pelampau agama (Islamic hardliners) dan beliau seterusnya menyatakan kepada Nazri bahawa pihak seperti beliau tidak mahu menyerahkan negara ini kepada beberapa orang atau golongan pelampau yang berpura-pura kononnya bercakapbagi pihak majoriti.
Nazri berkata � the problem among Muslims is that we rely on people who are knowledgeable ( Islamic scholars ) but people like you ( Haris Ibrahim ) and me are secular. So speak up, even if you may not be the majority.� (Terjemahan : masalah di kalangan orang Islam adalah mereka bergantung kepada orang yang berpengetahuan ( sarjana Islam ) dan mereka sepertikamu ( Haris Ibrahim ) dan saya adalah secular. Ayuh terus bercakap meskipun kamu bukan dari golongan yang majoriti)
Komentar saya terhadap pendedahan berani Nazri di atas adalah seperti berikut :-
� Kalau dahulu rakyat Malaysia khususnya orang Islam masih ragu-ragu bahawa adakah UMNO benar-benar ikhlas ingin melaksanakan Islam dengan pendedahan Nazri ini sudah cukup terang dan bersuluh menunjukkan sikap sebenar UMNO terhadap Islam. Kalau dahulu umat Islam mungkin agak sukar atau teragak-agak untuk menerima dakwaan bahawa UMNO tidak ikhlas ingin melaksanakan Islam kerana bersandarkan hujah bahawa soal ikhlas adalah soal hati maka dengan pendedahan Nazri ini tidak ada lagi sepatutnya ruang untuk rakyat negara ini mempecayai bahawa UMNO masih ikhlas ingin melaksanakan Islam.
� Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa UMNO tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam. Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan UMNO rasakan apabila bersikap berpura-pura ini. Ibaratnya kalau UMNO dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajar sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh !!! � Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekular Islam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi. Bagi UMNO dan juga mana-mana parti sekular di negara-negara umat Islam keyakinan bahawa Islam adalah satu kepercayaan yang perlu dipegang, dokong, sokong dan laksanakan di dalam seluruh kehidupan manusia adalah suatu yang tidak penting dalam perjuangan mereka. Apa yang penting bagi UMNO adalah untuk terus berkuasa di dalam negara ini mereka mesti juga bercakap dan bertindak seolah-olah mereka juga mahukan Islam meskipun mereka sendiri tidak mempercayai ajaran Islam itu sendiri.
� Islam adalah wahyu dari langit bukan ciptaan atau teori oleh mana-mana orang di dunia ini. Allah s.w.t tidak akan membiarkan agamaNya dipermainkan begitu rupa tanpa pengawasan dan penjagaaan daripada Nya. Jika ada mana-mana pihak yang ingin cuba mempermainkan atau menyelewengkan Islam dan ajaran-ajarannya sama ada secara langsung atau tidak langsung ,Allah s.w.t akan pasti membongkar permainan dan penyelewengan tersebut dan pendedahan Nazri menjadi bukti kepada perkara itu.
� Adalah suatu yang pelik dan ajaib orang yang tidak mempercayai sesuatu perkara akan melaksanakan perkara yang beliau tidak percaya tersebut melainkan kerana muslihat tertentu. Yang demikian adalah juga satu perkara yang ajaib dalam keadaan UMNO tidak meyakini dan mempecayai Islam sepertimana pendedahan Nazri tersebut UMNO masih diharap oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan ajenda Islam.
� Pendedahan Nazri sekaligus membuktikan bahawa Islam hadhari adalah hanya retorik kosong dan permainan licik UMNO bagi mendapatkan undi dan sokongan rakyat semata-mata meskipun Islam hadhari tersebut disolekkan dengan solekan-solekan indah seperti kononnya ingin melahirkan insan bertaqwa. Adalah disyorkan UMNO untuk UMNO mempopularkan slogan baru Islam ala Nazri
� Rakyat kini tiada pilihan selain menyokong PAS kerana sehingga kini secara jelas Insya�Allah PAS tidak berpura-pura sama ada dari segi dasar mahupun mesejnya kepada rakyat negara ini bahawa ia memang ingin melaksanakan Islam dan meskipun undi rakyat itu penting ia hanya berperanan sebagai alat pemberi kuasa bagi PAS melaksanakan cita-cita Islamnya . Undi bukan matlamat. Bagi PAS tidak seperti UMNO matlamat tidak menghalalkan cara yang tidak halal.

Anak Halal filem yang sia-sia, filem batil!

Faisal Tehrani Fri Dec 21, 07

"Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini.
Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak. -->-->
Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia.
Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah.
Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.
Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.
Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan dan rasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang mencipta' kita melakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagi bermanfaat.
Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton Impak Maksima 20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini.
Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.
Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!
Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budak Minggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macam budak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mesti tak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaan ala 'Bersama-Mu' untuk menagih simpati dan tangsian penonton), serta melankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk).
Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan dengan Saharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal erti ethos.
Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (ingat dari segi naratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah bukti kelemahan sesebuah filem): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam kemelaratan.
Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna bersahabat rapat. Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunya berniaga di Pasar Chow Kit.
Huraian Pertama: Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebab itulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora (dengan air mata bertakung). Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihat watak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan tak pernah mahu keluar darinya.
Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?
Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula.
Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.
Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkan supaya sekolah filem mengajar subjek agama dan subjek sastera tradisional. Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengan sundal macam Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkan khayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam Jelatang yang di akhir setiap episod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita tak senonoh kita pula disuruh bertaubat!).
Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Malah diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi tukang filem buat apa belajar agama'. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum. Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.
Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi.
Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman.
Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?
Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam putaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkat sesama sendiri. Syok sendiri.
Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboi, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.
Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!
Huraian Ketiga: Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dengan along dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak dan tergedik-gedik di kelab malam, mereka ditangkap dan ditahan di lokap (maka ada alasanlah untuk hero-hero filem ini ditampilkan dalam adegan tak pakai baju dan hanya pakai boxer) .
Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan (memang macam cerpen yang biasa editor Dewan Siswa reject!), di samping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka.
Keesokannya Putra yang terjumpa mereka berdua telah naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu.
Jeng-jeng orang yang merosakkan kawan-kawannya ialah bapanya sendiri, yang sudah keluar dari jel. Tak ke klise! Macam filem Tamil, malah filem Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.
Kemudian untuk menambah rasa jengkel kita, Amiera yang sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal telah mengejar bunga api dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di situ juga dalam hujan yang lebat. Inilah kemuncak tiadanya moral dalam filem Melayu, sangat hadhari sifatnya.
Putra yang bertambah marah dengan kesan dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah membawa geng untuk bergaduh dengan kumpulan along, maka jadilah adegan ala-ala The Departed atau Young and Dangerous yang merepek merapu.
Kemudian plot menjadi seperti filem Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut.
Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra. Oh Putra membunuh atau terbunuhkan bapanya sendiri. Oh sedih-sedih, penonton dipaksa bersedih. Saya kira inilah naratif filem yang paling memperbodohkan penonton pernah saya tonton.
Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun tertanya, polis Malaysia yang cekap itu di mana, di hujung barulah muncul polis dengan kereta peronda. Saya kira filem ini juga menghina slogan cepat mesra betul polis. Kasihan polis. Padahal polis di Malaysiakan cekap dan baik? Sampai hati kutuk polis diam-diam begini.
Kerja seni bukan kerja setakat menyusun bentuk, mengisi kandungan dan menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin basuh juga mesti memainkan peranannya. Setakat mahal, nampak bergaya dan penuh estetika tetapi tiada fungsi itu namanya tak berguna, dan benda tak berguna adalah sia-sia.
Kembali kepada 'voice over' Putra di akhir filem yang menyalahkan takdir tadi, inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil daripada ketidakfahaman terhadap konsep keadilan Ilahi. Ini kesan kerana ustaz-ustaz kita dari dulu asyik mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana ustaz balik dari Madinah dan Jordan kebanyakannnya bertengkar tahlil itu bid'ah ke tidak, ada filem macam gampang; tak siapa pun peduli. Agamawan kita seronok nak bid'ahkan orang, mungkar tertonggok depan bijik mata buat tolol.
Wahai pengarah filem, kalau ya pun mahu berjaya di peringkat internasional dan menang di pesta filem antarabangsa janganlah hina diri sendiri.
Filem kita tak akan mampu menandingi filem Barat dari segi teknologi. Dari segi kandungan dan bentuk serta rasa, kita punya tafsiran sendiri-sendiri (untuk mereka yang tiada Tuhan tentu berbeza dengan yang ada Tuhan), tetapi dari segi faedah dan manfaat, kitakan Melayu-Islam, faedah dan manfaat itu kembali kepada tauhid, kepada Nabi, kepada keluarga baginda.
Sebab itu sekolah filem kita mesti mengajar epistemologi. Kenal kamera sahaja tak memadai. Kamera tanpa Tuhan adalah kerja sia-sia.
Harap Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen dan Dr Abu Hasan dapat pertimbangkan. Kamera harus bersekali dengan Tuhan. Itulah yang menjadikan kesenian kita berbeza dengan kesenian Barat dan bukan Islam, iaitu kita tidak habis setakat bentuk, kandungan dan rasa sahaja, ada lain di sebalik itu semua. Itulah kelainannya.
Godless dan Hopeless tema yang sesuai untuk Anak Halal (tema ini berturutan sejak Bukak Api, Puaka Tebing Biru dan terbaru filem ini). Mesej besarnya, kalau hisap dadah tak apa, ini kerja takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap dadah jadi nak buat macam mana. Atau kalau nak melacur pun melacurlah, dah takdir. Nak buat macam manakan?
Memang kerja sia-sia.
* Nota: Kalau yang membikin filem ini namanya Lee Ang, atau Gus Van Sant saya tak akan berleter begini. Tetapi yang terlibat hampir kesemuanya muslim, dan sebagai muslim kita diminta bertanggungjawab dengan syahadah kita.

tehranifaisal.blogspot.com

Labeling: Budaya murahan politikus Umno di kampus

Umno terus menjalankan konspirasi mereka untuk menawan kampus secara optimum dengan membudayakan amalan melabel. -->-->
Hal ini ternyata bukan sahaja berlaku dalam parti politik, malah ia semakin menular ke kampus. Di Universiti Malaya (UM) mula terdengar desas-desus memalitkan Naib Canselor (NC) nya Dato' Rafiah Salim sebagai pro-pembangkang tanpa sebarang asas.
Bagaimana tuduhan yang tidak bertanggungjawab sedemikian boleh dilemparkan kepada beliau, sedangkan sepanjang berkhidmat di kampus tertua tersebut, Rafiah dilihat melaksanakan tugasnya dengan amanah dan dedikasi tanpa pilih kasih atau berat sebelah kepada mana-mana pihak demi memastikan hasratnya untuk menobatkan semula UM sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia berjaya tercapai.
Bahkan dengan budaya kerja yang objektif dan positif terhadap kegiatan-kegiatan mahasiswa yang dirasakannya sesuai dan tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan universiti akan diluluskannya.
Hasilnya, mahasiswa Universiti Malaya dapat menyertai program-program anjuran pelbagai persatuan yang ada di UM, seperti Perkampungan Hadhari oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Merdeka �07 oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), tarian singa oleh Persatuan Tionghua dan pelbagai lagi kegiatan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan mahasiswa yang lainnya.
Jika benar tuduhan yang dilemparkan oleh Umno cawangan UM bahawa NC pro-pembangkang, sudah tentu kita akan dapat melihat tindak-tanduk beliau yang berat sebelah sepanjang tempoh pentadbirannya.
Malah, PMIUM juga telah diheret bersama politik murahan �labeling� puak Umno dengan anggapan bahawa NC telah bertindak melebihkan PMIUM yang turut dilabelkan pro-pembangkang apabila memberi kelulusan kepada program persatuan itu pada sesi ini.
Isu seperti ini tidak wajar timbul kerana atas inisiatif PMIUM merancang dan mengemukakan kertas kerja, lantas program diluluskan mengikut lunas-lunas prosedur yang betul.
Persoalannya, apakah perlabelan itu sebenarnya merupakan tanda tidak puas hati pihak-pihak tertentu khususnya politikus Umno di UM ini terhadap NC?
Mungkinkah ia sengaja dibuat dengan tujuan jahat untuk mencapai sesuatu kepentingan politik? Jelas di sini bahawa budaya �labeling� oleh golongan politikus Umno telah menjadi virus sehingga ke alam kampus.
Pastinya warga kampus turut berasa kecewa dan kesal dengan budaya label-melabel terhadap sesuatu golongan atau individu, institusi akademik yang boleh menjatuhkan reputasi UM sebagai IPT terkemuka negara.
Persoalan yang perlu dijawab ialah, adakah amalan politiking Umno yang telah berakar umbi menjadi faktor kejatuhan UM daripada kedudukannya sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia?

Intan Abdullah ,Sep 05, 07
www.harakahdaily.net

Universiti menjadi dalang untuk memenangkan kumpulan Aspirasi

Nampaknya semacam terdapat cubaan untuk memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi secara mudah dalam pilihan raya kampus 2007 (PRK) dengan menggunakan kuasa pihak pentadbiran universiti.
Menurut satu sumber, beberapa persatuan aliran Islam didakwa telah diugut agar tidak menyertai PRK atau menghadapi tindakan persatuan mereka dibubarkan.
Dalam satu Bengkel Jabatan Dakwah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar satu kampus di selatan tanah air, seorang pegawai kanan universiti telah meminta kata putus daripada peserta bengkel tersebut yang terdiri daripada pimpinan tertinggi persatuan-persatuan aliran Islam mengenai pembabitan mereka semasa PRK nanti.
Jika kumpulan selain Aspirasi ini tidak meletakkan pencalonan,ada pihak yang beranggapan bahawa ia merupakan usaha yang didalangi oleh pihak tertentu yang sengaja untuk mencipta situasi seolah-olah wujud pertandingan dua kumpulan yang berbeza, walhal ia adalah daripada kalangan mereka sendiri.
Oleh sebab itu, sumber membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku di peringkat awal adalah usaha terancang bagi memastikan tidak ada pihak 'lain' yang menjadi peserta dalam PRK 2 Oktober ini.
Situasi di kampus-kampus telah mula hangat dengan serangan risalah haram, dengan pelbagai isu.
Manakala di sesetengah IPT, hampir semua bangunan serta tempat strategik dalam kampus dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau cctv bagi memantau pergerakan warga kampus, lebih-lebih lagi menjelang PRK tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, rata-rata mahasiswa yang bakal membuang undi masih lagi terkapai-kapai mengenai hak dan kewajipan mereka untuk memilih kepimpinan baru kerajaan mereka dalam PRK.
Maklumat daripada sebuah kampus di Malaysia Timur, mengesyaki kumpulan Aspirasi sedang menjalankan kegiatan mereka secara rahsia bagi menjayakan agenda PRK.
Menurut sumber, kursus calon Aspirasi anjuran Biro Tata Negara selesai dijalankan pada bulan lepas.

Intan Abdullah, Sep 23, 07
www.harakahdaily.net

Penjara sebagai pusat tarbiyah para da'ie


Bagi tapol(tahanan politik) yang da'ie, kehidupan dalam penjara selayaknya mampu mengukuhkan tarbiyyah ruhiyah bagi dirinya.

Pengukuhan tarbiyyah ruhiyah ini dicapai dengan melonjakkan amal ibadah khusus secara fardi ke tahap yang paling kemuncak! Tiada siapa yang boleh menghalang amalan ke martabat itu untuk dilaksanakan. Masa, ruang dan kesempatan, semuanya berpihak kepada diri da'ie TAPOL sendiri.

Tidak hairan kenapa ramai para du'at menganggap kehidupan di penjara sebagai satu kerehatan yang panjang daripada kesibukan duniawi untuk ditumpukan sepenuhnya ke arah ibadah-ibadah yang khusus.

Lonjakan tarbiyyah ruhiyah di penjara hendaklah ditumpukan kepada:

Qiyamullail, memperbanyak dan memanjangkan sujud

Seorang da'ie perlu sentiasa ingat bahawa tunjang tarbiyyah bagi tugas memikul qaulan thaqila adalah qiyamullail. Rasulullah s.a.w melaluinya dan inilah juga jalan yang telah ditempuh oleh para anbiya'.

Tidak ada nama besar dalam sejarah silam di kalangan mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan yang tidak menempuh jalan ini di penjara.
Perhatikan sahajalah apa yang dilalui oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim; semuanya melonjakkan maqam spiritual mereka melalui solat malam yang panjang dalam penjara.
Tidak ada suatu pun yang boleh menghalang seorang da'ie untuk bangun solat malam, memperbanyak dan memanjangkan sujudnya dalam penjara kecuali lemahnya azam serta lalainya hatinya terhadap Allah serta tugas-tugas qaulan thaqila yang diamanahkan ke atasnya.
Tiada ketenangan yang dapat melebihi ketenangan solat malam ketika mana pelbagai unggas, serangga dan segala makhluk yang menghuni Bukit Jana dan Bukit Larut di sekitar Kem Kamunting seiring senada bertasbih mengalu-alukan kebesaran Allah pada malam hening yang syahdu.

Banyakkan tilawah Al-Quran

Dalam manhaj tarbiyyah bagi seorang da'ie, tidak mengkhatamkan tilawah Al-Quran sekali setiap bulan adalah satu yang 'aib.
Mursyid Ikhwan Hasan Al-Hudhaibi ketika berada dalam penjara, pernah memuhasabah seorang ahlinya yang mengkhatamkan Al-Quran sekali setiap sepuluh hari. Katanya: "Apakah yang menghalang engkau daripada bertilawah dua juzu' setiap kali sesudah selesai solat fardhu, dengan itu engkau dapat khatam seluruh Al-Quran setiap tiga hari? Rebutlah peluang ini kerana sesungguhnya engkau mungkin tidak akan lagi diberikan oleh Allah peluang seperti ini"!!
Pada siri akhir Ibn Taymiyyah dipenjarakan, dalam tempoh kurang dua tahun beliau telah selesai mengkhatamkan 80 kali tilawah Al-Quran. Sebaik sahaja selesai tilawah kali ke-80, beliau menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu Rabbul Jalil yang amat dirinduinya.
Kehidupan di penjara pasti menjanjikan seseorang da'ie untuk menikmati kelazatan mengkhatamkan tilawah Al-Quran sebanyak dua atau tiga kali setiap bulan, insya' Allah.

Banyakkan zikrullah dan munajat

Tilawah Al-Quran adalah seunggul-unggul zikrullah. Pada masa yang sama tahlil, tasbih, tahmid, takbir, hawqalah dan zikir ma'thurat adalah ucapan-ucapan tayyibah dan qauluth-thabit yang menyegarkan jiwa.
Bahkan kesempatan berada dalam lokap SB semasa tempoh soal-siasat 60 hari hendaklah dimanfaatkan semaksimumnya untuk solat malam, berzikir dan bermunajat.
Pastinya peluang memperbanyakkan dan memanjangkan sujud di Kem Kamunting memberi ruang yang cukup khusyu' dan khudu' bagi seseorang bermunajat dan memohon do'a kudus kepada Allah.

Banyakkan selawat ke atas nabi s.a.w

Meneliti Asy-Syifa' oleh Qadi 'Iyad dan Al-Muwatta' oleh Imam Malik pasti akan memeranjatkan seorang da'ie perihal besarnya fadhilat berselawat ke atas Nabi s.a.w dan kaum keluarganya.
Hampir-hampir tiada ruang pada waktu malam untuk diisi dengan ibadah khusus yang lain selain daripada berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Kalau ada upaya mahu rasanya berselawat sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari. Apa tidaknya, Allah dan para malaikat-Nya pun turut berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Bahkan, dalam sebuah riwayat yang terkandung dalam Asy-Syifa' menegaskan sesiapa yang menulis di atas kertas nama Rasulullah dan menulis sallahu 'alaihi wassallam, sama ada dengan tulisan penuh mahupun ringkasannya, maka selagi mana tulisan tersebut kekal, maka berterusanlah ia mendapat ganjaran di sisi Allah.
Tarbiyyah dari penjara membuatkan saya tidak akan lupa untuk menulis singkatan "s.a.w" selepas Nabi, Rasulullah atau Rasul-Nya dan di mana-mana sahaja nama mulia tersebut saya catatkan.

Banyakkan berfikir dan merefleksi ke hadapan

Bertilawah, berdoa, bermunajat dan berzikir adalah intipati ibadah ke arah taqarrub ilallah dan ta'alluq billah. Berfikir dan merefleksi masa depan pula mampu meningkatkan mujahadah bagi peningkatan tazkiyyatun nafs.
Penjara adalah tempat untuk berfikir dan merefleksi ke hadapan.
Kejernihan qalbu yang tetap bersabar dalam mengharungi mehnah dan tribulasi mampu menyingkap tabir rahsia bagi menerobos unjuran-unjuran ke hadapan. Allahu a'lam tetapi Allah juga Al-Karim!
Tidak hairan mengapa mereka yang sabar menanggung ujian getir kehidupan di penjara berjaya muncul dengan keunggulan dan kemantapan aspirasi perjuangan yang melonjak-lonjak.

Banyakkan memuhasabah dan menghisab diri

Setiap da'ie memang sedar kelemahan dan kekurangan dirinya. Namun, kesibukan di luar sukar memberi ruang dan masa untuk memuhasabah diri secara tenang dan tenteram.
Kehidupan di penjara menyediakan ruang yang secukup-cukupnya untuk memuhasabah dan menghisab diri. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya.
Tetapkan keyakinan terhadap perjuangan. Tumpukan perhatian kepada persediaan. Baiki kelemahan dan mantapkan kekuatan diri.

Banyakkan puasa sunat

Puasa sunat khususnya puasa Isnin dan Khamis setiap minggu adalah sibghah bagi da'ie yang istiqamah menempatkan dirinya dalam perjuangan menuju mardhatillah.
Penjara adalah tempat terbaik untuk menghidupkan sunnah berpuasa Isnin dan Khamis. Bahkan penjara jugalah tempat terbaik untuk mengamalkan puasa sunat impian setiap da'ie, iaitu puasa seperti puasa Nabi Dawud a.s!

Kurangkan bercakap dan melakukan perkara lagha

Membaca dan menulis sebagai wahana perjuangan sudah cukup menyibukkan seorang da'ie dalam penjara.
Mengkhatamkan dua atau tiga kali tilawah Al-Quran sebulan serta bertahlil, bertasbih, bertakbir, bertahmid dan berselawat ribuan kali setiap hari pula memadatkan lagi masa di penjara.
Riyadah dan gerakerja tarbiyyah fizikal turut memerlukan peruntukan masa yang bersungguh-sungguh.
Dengan itu, bagi seorang da'ie yang benar-benar bermujahadah dalam tarbiyyah, kehidupan dalam penjara langsung tidak akan memberi ruang baginya untuk melakukan perkara lagha yang sia-sia apatah lagi bercakap kosong yang tiada manfaatnya.

Bersihkan qalbu agar doa menjadi makbul

Da'ie TAPOL mesti sedar bahawa dia adalah seorang yang dianiaya dan dizalimi. Dengan itu sebagai seorang mazlum, ia juga mesti peka bahawa tiada hijab antara do'anya dengan Allah.
Alang-alang diberikan maqam yang seistimewa itu, maka do'akanlah segala-galanya dan untuk segala-galanya. Do'akanlah kehancuran bagi kebatilan, penindasan dan kezaliman. Do'akanlah jugalah bagi kemenangan Islam, kebenaran dan keadilan.
Untuk itu, jadikanlah setiap saat masa yang berlalu di penjara untuk membolehkan diri layak menjadi insan yang sentiasa dimakbulkan do'anya oleh Allah.
Berusahalah untuk berada dalam keadaan berwudhu' pada setiap masa dan ketika.
Saari Sungib abuurwah@gmail.com
© 2006 HarakahDaily.Net

Hentikan mewar-warkan Islam Hadhari-Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini."Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'. Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. "Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah." Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang."Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana."Firman Allah: "Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)". (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung."Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas."Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. "Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang 'Islam Hadhari' dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih."Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.

Wednesday, April 23, 2008

Kisah Susu Ibu

Haaa... .ni kisah benar dan menarik nih! Baik korang semua baca ! Citer dia camni ... .. Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh!
Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
Written by nurqush
diambil dari raudhah.com

Maly Robbun Siwah@SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA

Asslamulaikum..

SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA...mmm..bestnye dgr lagu n..tapi tak faham sangat sebab nasyid nye berbahasa arab..Lantas ku mengambil lirik dan video yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu daripada seortang kawan dan siap dengan knot gitarnye skali..mengikut sumber yang boleh dipercayai,Dai Nada adalah sekumpulan anak muda yang berasal dari Indonesia yang menuntut di Al-Azhar,Mesir..Selamat mendengar..



Versi Arab(Maly Robbun Siwah)

SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA

F Am Dm Am Bb G C F

La la la

F Am Dm

Sejuta harapan

Bb G C

Yang aku sandarkan

F Am Dm

Seberkas cahayaMu

Bb C

Untuk terangi jalanku

Dm

Tanpa rahmat ampunMu

Am

Tanpa kasih sayangMu

Bb C

Hampa terasa hidupku

Dm

Ku ingin bersamaMu

Am

Dekat selalu denganMu

Bb C

Bahagia bersamaMu

F Am

Ya Allah

Bb C

Terangilah gelap hitam hatiku

F Am

Ya Allah

Bb C

Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Tuesday, April 22, 2008

Layang-layang

Belajarlah mengulit angin
Sahabat
Dengan teraju cekal
Yang semat dibahu akal
Usah sesekali kau tunduk
Jauh di padang semalam
Tabahlah menempuh arus
Bergelora
Dan badai mengila
Agar kau beralun tenang
Menggapai awan gemilang
Di langit-langit cemerlang


Belajarlah mengekang ribut,
Sahabat
Dengan temali kukuh
Jangan sesekali kau berpaling
Di bawah padang kecundangan
Genggamlah tekad mengutip
Bintang
Di persada terbilang
Bersama kalung kejayaan
Layang-layangmu menjulang di langit terbilang

Exam final ku...

N slip exam ku..huhu..mula 21hb dan habis 30hb..memang pack.. Ya Allah, berikan ku ketengan dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini...Amin..


Bacaan Syeikh Masyari Rashid Al Afasi Surah Al Mulk

Syeikh Masyari Rashid Al Afasi membaca surah Al-mulk..Sungguh menyentuh hati mendgr ayat-ayat Al-qur'an..Sungguh indah ayat-ayat Allah..

Monday, April 21, 2008

Malam bantahan KHAR sempena filem fitna

Para pejuang Islam...InsyaAllah
Takbir!!!!
saudara Akmal mewakili kolej Ungku Omar meluahkahkan rasa ketidakpuashati kepada Geert Wilders..

saudara nawwar mewakili Persatuan Pendidikan Islam(PPI) memberi ucapan dengan semangat.."Geert Wilders laknatullah..."


Saudara sharizan membaca doa dan memberi penerangan mengenai ayat-ayat al quran yang di salah guna oleh pembuat filem fitna



Para pelajar KHAR berdemostrasi untuk menyatakan rasa kesal kepada pembuat filem fitna..


Bantahan yang telah diadakan di kolej Harun Aminurrahshid,KHAR adalah bertujuanmenyatakan rasa ketidakpuas hati kepada pembikin filem fitna,Geert Wilders atas menyalahgunakan ayat al quran dan penghinaan terhadap Islam. Semoga apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dari Allah..
Menurut ustaz Zaharuddin, http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=693&Itemid=72 ketidak pedulian adalah juga penghinaan...Ketidak pedulian kita dari Al-Quran itu adalah salah satu bentuk penghinaan Al-Quran, cuma bentuknya berlainan. Ia disebut oleh Allah swt :-
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآ نَ مَهْجُورًا
Ertinya : Berkatalah Rasul: ""Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan"".(Al-Furqan : 30)

Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya (tafsir Al-‘Azim, 3/318)
Demikian apa yang diulas oleh beliau mengenai filem fitna..Oleh itu,jgn lah kerana ketidak pedulian kita menjadi fitna kepada islam..sekian, Takbir!!!




Saudariku.....


Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang
bengkok menghiasai taman-taman indah
lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bisa menarik perhatian
sang kumbang untuk mendekatimu;

Namun.... tidak semua bunga senang
untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinyaumpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
sertakilauan warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sangkumbang .....
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan
sang kumbang berfikir beberapa kali
untuk mendekatinya......

Saudariku.....saya suka sekiranya kau seperti
mawar aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilahdirim u dengan perasaan malu yang
bertunjangka n rasa keimanan dan
keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajahmu dengan titisanwudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciriseorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan
tidakmelihat kepadanya.
Sesuatu yangtertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yangterdedah ......
umpama sebutir permatayang didedahkan buat
perhatian umum dengan permata yang diletakkan
dalamsatu bekas yang tertutup .....
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihidaripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adal ah harapan setiap insan yangbernama
Adam......

Namun ..... ianya memerlukanpengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana
ianya bercanggah dengannafsu serakah
yang bersarang dalam dirimu
lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki
sudah pastinya darah mudamu mencabar
rasa keimanan yang ada ...
sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu,
yang penting saudariku
engkau mesti punyai azam ,usaha dan istiqomah.......

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu
maka sudah tidak ada lagi perisai
yang dapat membentengimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan
tentang bahaya dirimu,
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar
yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnahyang berpunca
daripada wanita".

Oleh itu saudariku
setiap langkah dan
tindakanmu hendaklah berpaksikan
kepada Al Qurandan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allahtelah mengangkat
martabatmu sebarisdengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan
para mujahid danmujahidah yang bisa
menggoncangkandu nia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....


Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin
disayangidan menyayangi,
itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramaidi antara kamu yang tewas keranacinta...
Bercinta itu tidak salah tapimemuja cinta itu yang salah,
kerana cinta manusia sanggup menjual agama
dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral
muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cintaitu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hati mu
dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atasdasar nafsu dan
tidakkerana Allah SWT...

Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yangbegitu simbolik,
yang berasal daripada setitis air
yang tak berharga lalumengalami proses pembentukan yangdirencanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan
rasa keagungan dankehebatan terhadapNya
dan timbul rasacinta dankasih pada penciptamu.....


Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul
melebihi cinta terhadap makhluk
adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak
apabila diberikan kepada makhluk
pastinya akan bertambah retak
dan terburai
tapi apabila hatimu diserahkepada Allah
sudah pasti ia akanbertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan
akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu..

Sesungguhnya ilmu itu cahaya
dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yangmelakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata
seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah
sebagai renungan
bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujud kankebahagian yang abadi untuk seseorang insan , keranaia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa,oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapatmembuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Maha penciptamanusia itusendiri."
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template