I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 16, 2008

Kem Remaja Islam ’08 (kris)



Assalamualaikum...

Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat sekalian..pada 13 Jun 2008, saya diminta untuk menolong menjadi sebuah facilitator disebuah sekolah menengah di daerah mersing..Sekolah tersebut terletak dikawasan felda dan mempunyai sebuah asrama harian yang mana ada pelajar yang duduk asrama dan ada pelajar yang tinggal di sekolah..Terdapat sahabat-sahabat dan guru-guru membantu dalam kem ini..


Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari UM dan UTM kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya..Dan tidak lupa juga, guru-guru yang banyak memberi sokongan kepada kami dalam kem tersebut..Pengalaman ini amat bernilai bagi saya sebagai bakal guru kerana di sini saya memahami masalah-masalah sebagai seorang pelajar dengan lebih dekat..Pengalaman yang saya dapat daripada kem tersebut berharga..Kepada adik-adik yang menyertai kem tersebut, amatlah diharapkan dapat mengambil perkara-perkara yang baik untuk menjadi seorang remaja islam yang Unggul..Adik-adik sekalian, kami mendoakan kejayaan kalian dalam peperiksaan SPM yang bakal kalian hadapi pada hujung tahun ini.Semoga Allah memberkati kalian semua..Amin...

Objektif kem ini diadakan adalah untuk membentuk keperibadian seorang pelajar atau remaja seorang islam..Kepentingan kem ini adalah kebimbangan kita terhadap gejala-gejala sosial yang berlaku kepada remaja-remaja hari ini..Jika kita lihat di media-media sekarang banyak gejala sosial berlaku akibat daripada globalisasi dan ada remaja yang hanya islam pada nama sahaja..Membuang anak, berzina, bercouple, mencuri, dan sealirannya sudah menjadi darah daging sesetengah remaja..Tidak kurang juga, ada yang murtad dan menjadi seorang Aties(tidak mempercayai Tuhan)..
Nauzuillah....Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 3:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.


Modul-modul yang disediakan juga menjurus kepada pembentukan seorang remaja islam yang mengaplikasikan islam dalam kehidupannya seperti ta’aruf, membina identiti, garis matlamat, perahuku karam, pokok dan pulau impianku. Di dalam modul ta’aruf, pelajar-pelajar didedahkan dengan kepentingan ta’aruf dalam islam…modul identiti kami pula, pelajar-pelajar dipupuk semangat kerjasama antara satu sama lain sekaligus dapat mengeratkan ukhwah dikalangan peserta..modul-modul lain juga membina matlamat sebagai seorang remaja islam yang berjaya di sisi Allah, memahami kepentingan aqidah, perancangan sebagai seorang muslim untuk berjaya dan lain-lain..selain itu, ada juga treasure hunt yang memupuk semangat kerjasama dan memahami dalam kehidupan ini ada banyak dugaan.firman Allah dalam surah al Ankabut ayat 1-3:

1. Alif Lam Mim 2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami telah beriman",dan mereka tidak di uji. 3. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelim mereka, maka Allah pasti mengetahuiorang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta

Akhir sekali, kami mengadakan slot muhasabah untuk pelajar-pelajar menginsafi atas kesilapan yang lalu..pekara yang dititkberatkan dalam slot ini adalah hubungan mereka dengan Allah, ibu bapa, guru-guru dan kecintaan mereka terhadap islam..Diharap pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dari modul-modul ini supaya untuk objektif kem ini untuk membina remaja islam yang sejati tercapai..


Antara gambar-gambar program:





Sekian. Teima kasih..

Remaja Islam Tunjang kekuatan Ummah

hambaAllah86,
11.00pm,
16 Jun 2008, 12 jamadil akhir 1429

Sunday, June 15, 2008

Perkahwinan yang diberkati Allah

Assalamualaikum

Pada cuti persekolahan yang baru saja berlalu, banyak majlis-majlis perkahwinan yang diadakan..Saya pun ada juga pergi ke majlis perkahwinan..Apa yang hendak dibincang perkahwinan yang diberkati oleh Allah.. Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).

Islam telah menjadikan ikatan perkahwinan yang sah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkahwinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Ertinya: Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).

Walaupun, Islam mengharuskan perkahwinan, jangan lah ada unsur-unsur yang dilarang oleh Allah bagi menjamin keberkatan dalam sesebuah perkahwinan. Dalam sebuah perkahwinan, keberkatan itu adalah amat penting bagi menjamin kebahagian sesebuah perkahwinan. Antara unsur-unsur yang dilarang oleh Allah yang saya selalu nampak apabila saya melawati sesebuah kenduri perkahwinan adalah pakaian baju pengantin yang jarang dan ketat walaupun memakai tudung. Sebagaimana dalam hadis rasulullah:

“Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberi pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti”.(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i dan ibnu majah)

Wahai sahabat-sahabat sekalian, jauhi lah diri anda daripada perkara yang menyebabkan anda jauh dari keberkatan Allah. Malah ia akan membawa anda kelembah kehinaan. Betapa pentingnya pembentukan keluarga yang islami iaitu keluarga yang mengamalkan dan memperjuangkan islam(Baitul Muslim).

Tabir!!!

hambaAllah86,
3.00pm,
13 Jun 2008, 9 jamadil akhir 1429
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template