I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 22, 2008

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"

Angkara Pandangan Mata

(Sila click 2 kali untuk membesarkan gambar ini, gambar ini adalah kesalahan yang sering di lakukan oleh wanita dalam pemakaian dari perspektif Islam)

"Dari kerana mata yang mempunyai kuasa..Oh aku tergoda,aku terkecewa." Begitulah syahdu lirik lagu berjudul 'kerana mata' nyanyian Allahyarham R Azmi...

Mata mebolehkan manusia menikmati kehidupan dan keindahan alam dan juga boleh mengelapkan hati apabila seseorang itu tidak mengawal diri..

Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka."

Dalam kepesatan kemajuan negara sekarang, aurat baik lelaki mahu pun wanita, begitu mudah ditonton di mana-mana..terutamanya pusat membeli belah bertaraf enam bintang..

Pakaian wanita lebih terselah dengan baju sendat dengan leher luas mendedahkan pangkal dada dan pendek menampakkan pusat..kenyataannya lebih menyedihkan ialah pemakainya adalah seorang wanita melayu Islam, termasuk yang bergelar isteri. 'Keindahan' susuk tubuh wanita yang bergelar wanita ini lah yang menjadi 'racun' pada mata dan akhirnya membutakan hati..

Berat sungguh ujian umat islam hari ini dalam urusan menjaga mata. Untuk BERJALAN DENGAN MENUTUP MATA ADALAH MUSTAHIL!!!

Zaharuddin Abd Rahman,
akhbar metro,
27 januari 2008

Wednesday, May 21, 2008

Buat sahabat ku yang sedang tidak sihat...

Assalamualaikum...

sahabat-sahabat sekalian, semoga Allah memberkati kalian semua...baru-baru ini seorang sahabat saya tidak sihat..beliau adalah salah seorang pembaca blog ini..buat sahabat saya itu,saya harap beliau tabah menghadapi dugaan ini...kepada sahabatku, hayati lah hadis ini:

Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti - yakni sesuatu yang tidak dikehendaki kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu." (Muttafaq 'alaih)

Sahabatku..Kesakitan apapun yang diderita oleh seseorang mu'min, ataupun bencana dalam bentuk bagaimana yang ditemui olehnya itu dapat membersihkan dosa-dosanya dan berpahalalah ia dalam keadaan seperti itu, tetap bersabar dan tabah. Sebaliknya jikalau tidak sabar dan uring-uringan serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan, maka bukan pahala yang didapatkan, tetapi makin menambah besarnya dosa. Oleh sebab itu jikalau kita tertimpa oleh kesakitan atau malapetaka, jangan sampai malahan melenyapkan pahala yang semestinya kita peroleh.

Sahabat-sahabatku sekalian, ini adalah artikel yang diberikan salah seorang sahabat saya...Ia mengenai 12 ciri-ciri penting yang ada dalam diri seorang sahabat:

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….-renungilah..

Akhir kata,kepada sahabat-sahabatku..terima kasih kerana sokongan anda selama ini..semoga Allah mempermudahkan urusan sekalian...

hambaallah86
12.00 pm,
22 Mei 2008,16 Jamadil Awal 1429 H

Tuesday, May 20, 2008

Syair Hamzah fansuri

Munkar nankir bukan kepalang,
Suaranya merdu bukan kepalang,
Tongkatnya besar terlalu panjang,
Cabuknya banyak tiada terbilang,
Kenal dirimu hai anak adam,
Tatkala dunia terangnya alam,
Sekarang di kubur tempatmu kelam,
Tiada berbedza siang ataupun malam,
Kenal dirimu hai anak dagang,
Di balik papan tidur terbentang,
Kelam dan dingin bukan kepalang,
Dengan siapa lawan berbincang,
La ilaha illa Allah,
Firman Tuhan itu pengantung alam sekalian,
Iman tersurat di hati insan,
Siang dan malam jangan dilalaikan,
La ilaha illa Allah,
Itu tempat bermusyahadah,
Menyatakan tauhaid jangan berubah,
Sempurnakan iman jalan yang mudah,
Pertemuan Tuhan terlalu susah.


*Assalamualaikum..sahabat-sahabat sekalian..semoga Allah membrkati kalian semua..Mati..perkara yang sering kita lupa..padahal setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..dunia ini hanyalah tempat persinggahan,akhirat jua kekal selama-lamanya..Marilah sahabat-sahabat kita saling mengingati tentang kematian..semoga keinsafan timbul di hati nurani setiap insan...Hayati lah video ini..



Monday, May 19, 2008

Bahasa Maaf


Bahasa maaf dalam lafaz suci ini,
Menjadi saksi segala teka-teki,
Tiada dendam bertali,
Di lubuk nubari.

Bahasa maaf dalam cacatan diari,
Adalah semahal harga dewasa,
Dan keakraban semakin serasi,
Hidup seindah bunga mentari.

Bahasa maaf dalam kamus perasaan,
Adalah definasi sebuah keberanian,
Biarlah harumnya merona,
Dari runtuhnya rumah keegoaan.
Bahasa maaf ini,
Hendaklah jangan difikirkan,
Seperti roh dan jasad,
Berpisah pada makna kematian.
*sajak ini ditujukan khas kepada sesiapa yang mengenali diri ini..sya memohon maaf jika ada melakukan kesilapan dan tersalah kata..semoga ukhwah antara kita yang berasaskan akidah berkekalan di dunia dan akhirat...InsyaAllah...

Sunday, May 18, 2008

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w

Asslamualaikum..

Semoga sahabat-sahabat mendapat rahmat dariNya...Atas permintaan sahabat yang ingin saya menyebarkan video mengenai Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat lain, saya telah meletakkan video ini di blog ini supaya dapat kita hayati Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w..Diharap sahabat-sahabat dapat mengambil manfaat..segala komen dan cadangan amat dihargai..

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template