I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 1, 2009

Kisah seorang Ayah...

Assalamualaikum...

kisah seorang ayah...kisah ini adalah kisah realiti yang saya telah berjumpa dengan ayah seorang pelajar semasa mesyuarat agong PIBG di sekolah yang saya ajar...

Kisah ini bermula dari seorang ayah yang kemalangan jalan raya. akibatnya ayah ini, tempang dan mengalami beberapa kecacatan. tidak lama ketika selepas kemalangan tersebut, isterinya meninggalkan si ayah ini bersama anak-anaknya dan mengikut lelaki lain..

Tetapi si ayah tidak putus asa untuk melihat anak-anaknya berjaya walaupun dia dalam keadaan kurang upaya..ia tetap semangat dengan tekadnya..Ya Allah, cekalnya hati ayah ini..walaupun dalam keaadaan yang tidak sempurna dan keluarga yang susah tetapi masih berusaha untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya,

Pada suatu hari, si ayah ini dengan penuh semangat datang sekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah saya. Dengan penuh semangat ia mendengar setiap usul-usul yang di berikan.walaupun ia agak susah untuk mendapatkan duit untuk membayar yuran tetapi ia tetap setuju dengan usul tersebut.

setelah berakhir mesyuarat tersebut, si ayah bertemu denga kami, para guru..ia berkata dengan penuh ikhlas walaupun keadaan mulutnya yang herot itu akibat kemalangan. " cikgu, tolong jaga anak saya di sekolah ya, anak-anak itu sahaja lah harta yang saya ada..saya cacat selepas kemalangan..isteri saya tinggalkan saya..walaupun yuran agak mahal tetapi saya akan berusaha untuk melihat anak saya berjaya..terima kasih ya cikgu.." masih ter'iang-iang lagi kata-kata itu di minda ku ini..selepas itu, si ayah meninggalkan sekolah itu dengan kakinya yang tempang dengan terincut-incut..

Itulah pengorbanan seorang ayah kepada anak-anaknya..peristiwa itu membuat saya lebih bersemangat untuk mendidik anak murid saya.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template