I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 9, 2008

Luahan hati seorang suami...

Assalamualaikum..



Pagi ini tiba-tiba saja saya terasa nak buat sajak..terdetik hati ini untuk meluahkan perasaan pada sajak ini...tapi yang peliknya sajak bertajuk Luahan hati seorang suami...tapi penulis sajak ini tak berkahwin lagi..Itu yang saya musykil2...tapi apa pun,sajak telah berjaya disiapkan sebentar tadi...

Luahan Hati Seorang Suami..


Wahai isteri ku,

inilah luahan hati ku...

Sewaktu kau melangkah..

di dalam hidup ku...



Betapa kau menghargai diri ini...

walau tak seberapa...

terima kasih isteriku..



Wahai isteri ku...

ketika ku balik dari kerja...

Tanpa merungut...

Kau melayan ku dengan baik...

melayan kerenak anak-anak kita..

terima kasih isteri ku...



Wahai isteri ku...

Setiap masa kau selalu mengadu masalah kau pada ku...

walaupun sekecil-kecil masalah...

tapi ku mendengar dengan setia...

kerna diri ini terasa dihargai olehmu...

terima kasih isteri ku...



Wahai isteri ku...

sewaktu ku sakit..

Dirimu selalu disisi ku..

tanpa mengenal penat lelah...

diwaktu itu..

kau menyuruhku bersabar..

untuk menempuh dugaan dari Ilahi..

"abang,sabar ya..i

ni semua dugaan dari Allah,

untuk menguji keimanan hambanya,"

Lalu kau bacakan surah Al Ankabut pada ku..

betapa mulia diri,isteri ku...

terima kasih isteri ku...



wahai isteri ku...

ku teringat lagi...

ketika ku dalam keletihan..

baru pulang dari tempat kerja ku..

dengan sarat masalah..

yang berserabut dalam fikiranku..

tiba-tiba aku naik angin..

lalu ku memarahi mu..

tetapi kau...

dengan kelembutan seorang isteri...

menyejukkn hati ini...

maafkan aku wahai isteri ku...

terima kasih isteri ku..
wahai isteri ku...
begitu banyak pengorbananpadaku..
kesetiaanmu tidak pernah ku ragui..
cintamu itu tulus dan murni...
semoga kau lah bidadariku..
di akhirat kelak...
Amin..


Video ini adalah bertajuk zawjati(my wife)..liriknya ada saya sertakan didalam bahasa inggeris..hayatilah..



TRANSLATION- Zawjati (My wife)

(as given in the album Da’ani)



I love you the way you are,

I love you the way you were,

No matter what did or will happen,

You are and will be my darling.



You’re my rightful wife, I care not about

Those who like to reproach and irritate me.

It is our destiny to be

Together eternally.



In my heart you instilled love

With grace and good deeds.

Happiness vanishes when you disappear,

Life brightens when you’re there.



Hard is my day

until you return home.

Sadness disappears

When you smile.



Life turns black

When you’re upset,

So I work hard

To make your wish come true.



You’re my happiness.

May you be happy forever.

Our souls are united

Like soil and plants.



You’re my hope, my peace

My good company and inspiration.

Life is good, no matter how hard it is,

When you’re fine

  • hambaallah86
  • 2.00 am,
  • 10 Mei 2008,4 Jamadil Awal 1429 H

Si penderhaka yang mahu membela istana

Tiba-tiba negara digemparkan dengan teriakan para hulubalang. Masing-masing menghunus keris dan menjulang-julangnya ke udara. Rakyat menjadi gamam. Apa pula gerangan isunya hingga para hulubalang itu menjadi gempar dan mengamuk tidak tentu haluan.
Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.
Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.
Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.
Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun meletakkan jawatan.
Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu pun dengan gugup gagapnya berkata: "Errr... kami akan mengkaji semula hasrat kami itu, kami acah-acah aja..."
Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.
Di sebuah negeri di utara Semenanjung, gegak gempita pemilihan bendahara juga berlaku. Calon daripada parti hulubalang mengamuk sakan kerana jawatan yang sepatutnya dianugerahkan kepadanya diberikan kepada orang lain.
Maka hulubalang itupun menghunuskan kerisnya ke udara mahu Yang Dipertua parti hulubalang bertegas melantiknya ke jawatan itu.
Watikah perlantikan telah diterima dan istana tiada hak mengetepikan watikah daripada parti hulubalang, jelasnya kepada sekumpulan sang warta.
Maka gegak gempita lah seluruh negara. Yang pekak datang bertanya. Yang bisu ternganga-nganga. Yang cacat datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda. Yang jahil menggeleng tak tahu apa-apa.
Akhirnya calon istana dipilih jua dan si hulubalang terpaksa menumpang rumah abang kakak kerana hilang tempat berteduh, setelah rumah rasmi diambil alih bendahara baru.
Tiba-tiba para hulubalang berbuat bising lagi. Kali ini angkara seorang bai tua berkerusi roda yang didakwa menghina istana. Bai itu dianggap biadap dan tak tahu adat Melayu kerana mempersoalkan titah Raja.
Ada seorang Melayu DKK yang punyai ilmu undang-undang menyifatkan si bai boleh didakwa kerana menghasut. Ada seorang Hulubalang Melayu DKA menuduh si bai sebagai biadap dan mencabar kedaulatan sultan. Maka si bai dianggap sombong dan bongkak setelah menang dalam pemilihan umum lalu.
"Parti hulubalang tidak pernah mempertikaikan titah istana. Kalau kita tak setuju pada istana, kita pergi menghadap sultan dan beritahu secara berbahasa," kata hulubalang Melayu DKA kononnya.
Ramai pemimpin Melayu tulen parti hulubalang turut masuk campur. Ada yang sanggup mempertahankan istana dari kebiadapan si bai walaupun mereka tahu si bai hanyalah seorang tua yang lumpuh berkerusi roda.
Ada juga pemimpin pelajar penyokong parti hulubalang yang memberikan tarikh lupus kepada si bai untuk menarik balik kenyataannya. Jika tidak keris mereka akan bermandi darah.
Begitulah gegak gempitanya parti hulubalang "mempertahankan kedaulatan istana" yang konon-kononnya kini tidak selamat kerana dicabar si bai berkerusi roda.
Komen paling keras datangnya daripada mantan Yang Dipertua parti hulubalang. Hulubalang tua itu menakutkan rakyat tentang gambaran sebenar masa depan rakyat jika parti-parti sekutu si bai tua diberi mandat besar oleh rakyat untuk menerajui negara.
Ada cubaan untuk mengaitkan parti muslim, sekutu parti si bai dalam kancah isu penderhakaan itu.
Bagaimanapun dua pemimpin kanan parti muslim dilaporkan sang warta mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu itu.
Ialah. Sikap pemimpin parti muslim itu difahami kerana sang warta mahir dalam kepandaiannya memutarbelitkan kenyataan pemimpin parti lawan parti hulubalang.
Seorang pemimpin Melayu tulen pernah dianggap murtad dan menggadai agama kerana memakai sigah kaum kadazan yang berlambang salib. Hasilnya, parti pemimpin Melayu tulen itu kalah teruk dalam pemilihan umum.
Bagaimanapun kemajuan teknologi siber menjadikan rakyat benar-benar celik isu.
Dalam hingar bingar sang hulubalang menghunus keris dan menjulangnya ke udara kerana kononnya mahu membela istana; hamba rakyat tertanya-tanya.
Bagaimana mungkin hulubalang yang berpakat mengurangkan kuasa para sultan ketika mereka di puncak kuasa boleh dipercayai untuk membela istana?
Bagaimana mungkin perajurit-perajurit hulubalang yang menghina istana dan sultan dengan lafaz kata "binatang" boleh lebih dibela dan diberi muka berbanding seorang bai tua yang hanya mahukan penjelasan tentang batas kuasa istana?
Bagaimana mungkin penghulu hulubalang yang menghunus keris mahu mengamuk ke saentero negeri kerana tidak dipilih sebagai bendahara, tiba-tiba mahu mendabik dada sebagai pembela istana?
Bagaimana mungkin hulubalang yang membawa lari puteri raja untuk dinikahinya di seberang negeri, kemudian diceraikan sesuka hati, mampu memelihara maruah istana dan raja negeri?
Bagaimana mungkin parti penderhaka boleh menjadi pelindung institusi raja-raja?
Maka si pekak, si bisu, si lumpuh dan si jahil yang pada mulanya geram menatap Utusan Warta, mencampak akhbar itu jauh-jauh dan berkata: "Kita tertipu lagi rupanya. Mana mungkin si penderhaka boleh jadi Sang Setia!"
Maka mereka pun pulang ke rumah membuka TV dan menonton rancangan "akademik fantasia" dan "jom buat-buat heboh".

Nota: Cerpen pendek ini hanyalah saduran peristiwa semasa. Watak dan latar belakang kejadian hanyalah rekaan dan tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup atau meninggal dunia.

Ahmad Tajdid
harakahdaily.net

Thursday, May 8, 2008

Hari Ibu...setiap hari adalah hari ibu...

Assalamualaikum..

kepada sahabat-sahabat sekialian semoga Allah memberi rahmat kepada anda sekalian..Setiap orang mempunyai ibu,,samaada masih hidup ataupun telah meninggal dunia..Bila teringat pengorbanan seorang ibu yang mengusung kita selama 9 bulan dan betapa sakitnya ketika hendak bersalin..terasa diri ini amat berdosadengan ibu kita..selama ini apa yang kita telah berikan pada ibu kita..

Sahabat-sahabat sekalian..Hargailah mereka selagi mereka masih hidup..dan ingatlahadalah berdosa besar bagi mereka yang memaki-maki ibu mereka..sebagaimana hadisrasulullah S.A.W.

Dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jikalau seseorang itu memaki-maki kedua orang tuanya sendiri." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah,adakah seseorang itu memaki-maki kedua orang tuanya sendiri." Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, iaitu apabila seseorang itu memaki-maki ayah seseorang, lalu orang yang dimaki-maki ayahnya itu lalu memaki-maki ayahnya sendiri. Atau seseorang itu memaki-maki ibu orang lain, lalu orang yang dimaki-maki ibunya ini, memaki-maki ibunya sendiri." (Muttafaq ''alaih)

Akhir sekali..nasihat saya, apabila mereka sudah tua..jangan anda semua menghantarmereka ke rumah orang-orang tua..jika seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak,mengapa 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu???mari kta fikir-fikirkan???dibawah ada video nasyid mengenai ibu dan anak..hayati lah...


hambaallah86
12.00 pm,
9 Mei 2008,3 Jamadil Awal 1429 H

Wednesday, May 7, 2008

Ubah Gaya Hidup???

Assalamulaikum..
kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga Allah memberkati anda semua..Baru-baru ini harga barangan keperluan mendadak naik terutamanya harga beras yang begitu mahal sekarang..Tadi malam, PM telah menyarankan kepada rakyat bahawa rakyat perlu mengubah gaya hidup..


Ubah gaya hidup??ayat ini pernah kedengaran di media beberapa bulan sebelum pilihan raya dan di ulangi lagi...rasanya mmm..mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan oleh PM..sesetengah rakyat malaysia kena ubah gaya hidup..tetapi bagaimana pula orang miskin???
ini yang nak dipersoalkan..ketika rakyat Malaysia memberlanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengundi artis kesayangan mereka melalui sms di rancangan realiti tv seperti akademi fantasia atau yang lain..bagaimana pula dengan sesetengah rakyat Malaysia yang tak pernah menonton tv langsung..Bagaimana orang miskin hendak ubah cara hidup???Sepatutnya kerajaan kena prihatin dalam masalah ini...


Wahai pemimpin-pemimpin negara, muhasabah la diri..seperti kata-kata tuan guru nik aziz,sebagai ketua negeri, dia adalah orang pertama yang dipertanggungjawab oleh Allah apabila ditanya tentang hal negerinya apabila diakhirat kelak.

.
kemana wang rakyat dibelanjakan???kemana hasil negara dipergunakan???Bagaimana tender dilakukan???Adakah hak-hak rakyat terbela???Adakah Islam tertegak di negaramu???Apabila ada orang yang memperjuangkan Islam,apa yang yang kamu buat padanya???adakah kamu menyalahgunakan ISA???


wahai sahabat-sahabat ku sekalian..ingatan ini untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat..Duit yg kita berlanjakan akan ditanya oleh Allah..jangan lah kita membazir semata-mata ingin melihat artis kesayangan kita menang dalam undian sms..Ingatlah peringatan Allah, perbuatan kearah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Israa' ayat 27:

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

Cuba kita fikir sejenak sahabat kitadi Palestin..di Darfur...dan lain-lain tempat diserata dunia..bersyukurlah kita pd Allah dengan tidak membazir rezki yg kita ada malah kita infakkan harta kita dijalan Allah..

Akhirnya..sama-sama lah kita muhasabah diri kita..saya akhiri coretan saya pada kali ini dengan sebuah lirik lagu dari kumpulan nada murni bertajuk pemimpin yang adil..insyaAllah..sama-sama lah kita hayatinya...

Pemimpin Yang Adil

Munsyid : Nadamurni

Pemimpin Yang Adil Sangat Dikendak

iPenyelamat Umat Dunia Dan Akhirat

Tiada Keadilan Umat Kan Huru Hara

Pemimpin Menanggung Dosa Rakyatnya

Pemimpin Yg Adil Orgnya Tawaddu'

Boleh Duduk Sama Dgn Rakyat-Rakyatnya

Kehidupannya Tidak Jauh Beza Dgn Rakyatnya

Kepentingan Rakyat Lebih Utama

Dia Boleh Ditegur Oleh Rakyat-Rakyatnya

Kasih Sayang Teserlah Di Mukanya

Sombong Dan Takabur Tiada Pada Dirinya

Rakyat Taat Dan Sayang Padanya

Kepentingan Rakyat Sangat Dijaga

Wang Rakyat Dan Negara Tidak Disalah Guna

Rasuah Dan Kemungkaran Sangat Dijauhinya

Rakyat Diajak Mentaati Allah

Pemimpin Yang Adil Mengutamakan Akhirat

Mengingatkan Rakyat Tipu Dunia

Akhlak Yang Mulia Pakaian Dirinya

Rakyat Hormat Bukan Takut Padanya

Pemimpin-Pemimpin Di Akhir Zaman

Kebanyakkan Pencetus Huru Hara

Untuk Melindungi Kesalahan Dirinya

Dia Tuduh Orang Melakukannya

Mana Nak Dicari Pemimpin Yang Begini

  • hambaallah86
  • 4.00 pm,
  • 7 Mei 2008,1 Jamadil Awal 1429 H

Monday, May 5, 2008

Islam dan Melayu: satu kesinambungan??

Assalamualaikum..

Selepas sahaja pilihanraya ke 12 berlangsung, mula lah isu ketuanan melayu dibangkitkan..Mengapa ini tidak dibangkitkan sebelum pilihanraya???Mengapa baru di bangkitkan sekarang??Adakah melayu itu UMNO dan UMNO itu melayu??? Jika UMNO itu melayu, mengapa melayu terus mundur???Adakah UMNO itu adalah kroni UMNO???kerana apa yang kita lihat hanya kroni UMNO sahaja yang kaya raya...

Ingin saya ulangi kata-kata kata Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang "martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam" "Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat. Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat,"

Apa yang saya nak perkatakan di sini adalah kekuatan melayu bukan pada UMNO tetapi pada islam..saya teringat kebangkitan zaman kesultanan melayu melaka yang amat digeruni pada masa itu kerna melaksanakan Ajaran Islam yang sebenar dan mendapat bantuan dari kerajaan Islam Turki Uthmaniyah dan runtuhnya kerajaan melayu melaka adalah disebabkan ajaran Islam diabaikan..

Berbalik kepada sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab. Saya percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan, dasar dan matlamat hidup.

Dalam perjuangan melayu,jangan lah ada perasaan asabiyyah yang menyokong bangsanya dalam kezaliman (kronisme, rasuah, penipuan, dan lain2) seperti sabda rasulullah:

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]

Wahai sahabat-sahabat ku sekalian, ingatlah Islam itu agama yang syumul..meliputi semua aspek dalam kehidupan kita.. termasuk urusan kehidupan manusia. Rupabentuk sebegini adalah suatu hakikat yang benar dan bukan hanya dakwaan sahaja. Islam itu meliputi segala amalan, tingkahlaku dan aspek kehidupan manusia. Oleh itu,hanya Islam sahaja dapat mengembalikan martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu disamping tidak mengetepikan bangsa lain yang beragama Islam..

hambaallah86
12.30am,
6 Mei 2008,29Rabiulakhir1429 H

Umpatan yang diharuskan: Satu penjelasan

(gambar di atas tiada kena mengena samaada yang hidup ataupun meninggal dunia)

Adakah perbuatan mengata sesuatu yang benar tentang seseorang itu turut dikira mengumpat?

JAWAPAN:
Mengata dan mengumpat bermakna; ‘mencela-cela atau memburuk-burukkan orang lain di belakang’. Dalam takrif yang lain bermaksud: ‘kamu menyebut mengenai saudara kamu perkara yang dibencinya atau mengenainya perkara yang dia tidak suka’.
Ini bermaksud apa sahaja yang dikatakan dengan mengaitkan seseorang di belakangnya sama ada perkara baik mahupun yang buruk adalah dikira mengumpat.

Namun ulama telah mengkategorikan ada jenis umpatan yang diharuskan oleh syarak. Imam al-Nawawi mengkhususkan satu bab dalam kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yang tidak disukai di belakang tuannya) yang diharuskan syarak.
Beliau menyenaraikan enam sebab umpatan itu menjadi harus:

Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi penzalim.

Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.

Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta
fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.

Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.

Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.

Imam al-Nawawi juga membawa beberapa hadis sebagai bukti Nabi s.a.w. juga mengumpat dan mengata di belakang jika keadaan mewajarkannya, seperti berikut:
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dengan sanadnya daripada Aishah r.a. bahawa seorang lelaki datang meminta izin untuk keluar daripada baginda (sedangkan keadaan ketika itu tidak membolehkan sesiapa pun berpindah keluar dari Madinah), lalu baginda berkata kepada para Sahabat: “Berilah keizinan padanya! Dia itu seburuk-buruk saudara sekeluarga!”
Imam al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah mengata di belakang dua orang lelaki Islam yang tidak berdisiplin: “Aku rasa si polan dan si polan itu tidak tahu apa-apa tentang peraturan agama kita.”

Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut:

Pertama: apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

Kedua: meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

Ketiga: ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”

Keempat: mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.

Kelima: apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.

Keenam: apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.

Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksud syarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.
Sekiranya sebahagian besar di kalangan kita melihat membuka keaiban orang lain atau keaiban saudara seagamanya harus, ketika itu kita akan lihat tiada yang akan bercerita mengenai kebaikan orang malahan lebih ramai lagi akan berkata mengenai keburukan orang.
Lebih elok kalau kita boleh menjadi pendamai dan pendorong kepada kebaikan dengan mengajak orang kepada kebaikan.

hambaallah86
utusanonline,
9.00pm,
5 Mei 2008,28 Rabiul Akhir 1429 H
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template