Assalamualaikum
Pada cuti persekolahan yang baru saja berlalu, banyak majlis-majlis perkahwinan yang diadakan..Saya pun ada juga pergi ke majlis perkahwinan..Apa yang hendak dibincang perkahwinan yang diberkati oleh Allah.. Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).
Islam telah menjadikan ikatan perkahwinan yang sah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkahwinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:
"Ertinya: Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
Walaupun, Islam mengharuskan perkahwinan, jangan lah ada unsur-unsur yang dilarang oleh Allah bagi menjamin keberkatan dalam sesebuah perkahwinan. Dalam sebuah perkahwinan, keberkatan itu adalah amat penting bagi menjamin kebahagian sesebuah perkahwinan. Antara unsur-unsur yang dilarang oleh Allah yang saya selalu nampak apabila saya melawati sesebuah kenduri perkahwinan adalah pakaian baju pengantin yang jarang dan ketat walaupun memakai tudung. Sebagaimana dalam hadis rasulullah:
“Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberi pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti”.(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i dan ibnu majah)
Wahai sahabat-sahabat sekalian, jauhi lah diri anda daripada perkara yang menyebabkan anda jauh dari keberkatan Allah. Malah ia akan membawa anda kelembah kehinaan. Betapa pentingnya pembentukan keluarga yang islami iaitu keluarga yang mengamalkan dan memperjuangkan islam(Baitul Muslim).
Tabir!!!
hambaAllah86,
3.00pm,
13 Jun 2008, 9 jamadil akhir 1429
Sunday, June 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment