Saari Sungib Fri Nov 03, 06
Setiap satu daripada 85 seksyen di bawah ISA cukup lengkap dan sempurna untuk mencabul hak asasi rakyat. Bahkan hanya dengan dua dari seksyen itu sahaja pun sudah cukup bagi Umno-BN mengekal dan mengukuhkan kuasa politiknya di negara ini Dua seksyen itu adalah Seksyen 73 dan Seksyen 8.
Seksyen 73 memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang sehingga 60 hari bagi menentukan sama ada ia boleh ditahan terus di bawah Seksyen 8!
Kuasa mutlak
Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselaman Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh selama 2 tahun.
Perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas. Ini bermakna menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun dan seterusnya!
Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN bagi SB (polis cawangan khas) untuk sewenang-wenang menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea Umno-BN.
Berselindung di sebalik Seksyen 73, SB juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik Umno-BN.
Soal-siasat SB
Apakah yang berlaku semasa soal-siasat 60 hari di bawah kuasa SB?
Bayangkan sahaja filem yang pernah anda tonton tentang orang yang ditawan dan disoal-siasat oleh musuhnya. Dipukul? Diseksa? Dibogel? Dikenakan kejutan elektrik?.
Semuanya ada dalam ISA!
Testimoni tahanan sehingga ini mencatatkan pelbagai jenis penyeksaan berlaku semasa dalam tahanan SB.
Ini termasuk diperintah berdiri sebelah kaki berjam-jam dalam keadaan berbogel di bawah kipas angin yang diputar laju serta dalam bilik berhawa dingin yang amat sejuk.
Berbogel sambil peluk ais
Ada juga tahanan yang dipaksa memeluk satu blok ais dalam keadaan bogel. Setiap kali blok ais itu terjatuh dia dipukul dan diarahkan oleh SB untuk mengangkatnya semula.
Bila blok ais itu cair seluruhnya, badan tahanan tadi menjadi biru birat kerana kesejukan.
Ada tahanan yang dipaksa duduk di atas ais. Ada pula yang dipaksa berbaring di atas ais.
Ada tahanan yang dipaksa meminum air kencing SB.
Ada pula tahanan yang dihalang berjam-jam daripada ke bilik air untuk kencing. Akibatnya dia mengalami penyakit tidak boleh kencing! Seorang tahanan dimasukkan paku ke dalam lubang zakarnya!
Seorang lagi dimasukkan jarum di bawah kukunya!
Kumpul najis, air kencing
Ada pula yang dipaksa mengumpulkan najis dan air kencingnya dalam dua buah plastik.
Semasa dalam bilik soal-siasat dia dipaksa memegang plastik najisnya di tangan kanan dan plastik air kencingnya di tangan kiri!
Terdapat juga tahanan yang dijolok juburnya dengan kabel telekom. Seorang lagi dipaksa menonggeng dan mengaku pernah diliwat oleh seorang tokoh politik terkemuka.
Kerana tidak mahu membuat pengakuan palsu, maka juburnya dijolok dengan sebatang paip getah!
Seorang tahanan dipaksa berbogel dan didudukkan di atas botol-botol kosong. Tujuannya agar muncung botol yang tidak bertutup itu masuk ke dalam juburnya!
Saya turut diancam hendak dijolok jubur saya oleh SB dengan menggunakan sebatang kayu kaki meja yang telah tertanggal!
Ada juga tahanan yang diacukan pistol oleh SB semasa soal-siasat.
Ditempeleng, diludah, disepak, ditendang, diterajang dan dipukul kepala dan hidung, itu semua perkara biasa!
Lebih parah biasanya tahanan yang diseksa begini digari kedua-dua belah tangannya ke belakang!
SB ludah ke dalam mulut tahanan
Ada tahanan yang dipaksa membuka mulutnya dan SB meludah ke dalam mulutnya. Sesudah itu ia dipaksa menelan air ludah SB itu!
Tahanan yang sama dicucuhkan dengan pemetik api bagi membakar janggutnya. Rakannya dicucuh bahagian-bahagian tertentu anggota badannya dengan api daripada rokok yang dihisap oleh SB penyoal-siasat!
Seorang tahanan dalam keadaan bogel telah dipukul bertalu-talu oleh SB dengan menggunakan surat khabar yang telah digulung-gulung padu.
Kemudian gulungan surat khabar itu dibakar dan api cuba dicucuh-cucuhkan ke kemaluan tahanan tadi.
Disimbah ke muka dengan air yang bercampur habuk rokok oleh SB juga adalah perkara biasa.
Ada tahanan yang dipaksa merangkak, berjalan itik dan lompat katak berjam-jam semasa dalam soal-siasat SB. Ada pula yang diperintahkan berenang di atas lantai bilik soal-siasat.
Dimaki dan ditengking sekuat-kuat hati bagai nak pecah telinga juga satu cara penyeksaan yang menyakitkan.
Apatah lagi jika yang ditengkingkan itu merupakan perkataan mencarut. Perkataan-perkataan kegemaran SB adalah F*c*, F*c*er dan Mother F*c*er!.
Belum dilaporkan perkataan Father digunakan ....
Tahanan wanita diancam rogol SB
Ada juga tahanan wanita yang diancam hendak dirogol oleh SB yang menyoal-siasat beliau.
Wanita yang sama diberi pilihan sama ada mahu dipukul dengan menggunakan batang besi atau batang kayu.
Bila batang kayu yang digunakan patah, satu lagi batang kayu digunakan untuk memukul sebelah kakinya.
Paling menyedihkan wanita ini dipukul dalam keadaan dia dipaksa berdiri sebelah kaki.
Seorang tahanan dimasukkan sebuah tong besi ke kepalanya. Tong itu kemudian dipukul bertalu-talu. Akibatnya mukanya bengkak, kening, hidung dan bibirnya luka berdarah dan gendang telinganya bagai nak pecah akibat hentaman yang berlaku kepada tong tadi!
Aksi anjing kencing
Sesudah itu ia diarahkan melakonkan aksi mengangkat sebelah kaki seperti seekor anjing yang memancutkan air kencing ke tiang! Kemudian kepalanya dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan SB mengepam tandas tersebut berkali-kali!
Seorang tahanan dipaksa minum sebotol penuh sos tomato semasa di soal-siasat!
Seorang lagi diarahkan menangkap seekor cicak yang terdapat dalam bilik soal-siasat.
SB mengerat-ngerat cicak tersebut dan memaksa tahanan tadi memakannya!
Ada pula tahanan yang dibogelkan dan disimbah air ke seluruh tubuhnya. Selepas itu ia diarahkan untuk meniarap dan menghirup serta menjilat air yang melimpah di atas lantai.
Aksi hubungan seks dengan isteri
Tidak kurang pula tahanan yang diarahkan menunjukkan bagaimana aksinya melakukan hubungan seks dengan isterinya.
Ada pula beberapa orang tahanan yang diarahkan berbogel dan mel*nc*p sehingga terpancar air m*ninya. Jika enggan melakukannya, mereka diancam untuk dicabut kuku!
Seorang tahanan dibogelkan di hadapan beberapa orang SB dan diberikan sebuku sabun dan sebaldi air. Arahannya: mel*nc*p!.
Seorang tahanan lain dipegang oleh beberapa orang SB bagi memaksanya menonggeng dan SB menanggalkan seluarnya. Dalam keadaan ini seorang SB membuka seluarnya dalam aksi untuk meliwat tahanan tersebut!.
Dicabut misai, bulu kening
Pada tahun 1980-an sekumpulan tahanan ISA telah diseksa dengan dicabut janggut, bulu misai, bulu kening dan bulu lubang hidung!
Tahanan wanita daripada kumpulan tersebut juga telah tidak dibenarkan membuang air kecil atau air besar dalam tandas yang bertutup pintunya. Pintu tandas mesti dibiarkan terbuka!
Seorang tahanan wanita lain yang datang bulan semasa dalam tahanan perlu menunjukkan di hadapan SB lampin wanitanya yang sudah kotor bagi mendapatkan bekalan lampin wanita yang baru!
SB syok hina ulama
SB juga cukup syok menghina golongan ulama dan ustaz semasa disoal-siasat. Ustaz-ustaz yang berserban dan berjubah semasa di luarlah yang amat suka mereka bogelkan ketika ditahan di bawah ISA.
Seorang pemimpin agama telah dicukur rambut, janggut, misai dan bulu keningnya!
Tidak cukup lagi, dikhabarkan bahawa segala jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuhnya juga turut dilincinkan dengan pisau cukur!
Perihal kezaliman ISA di bawah Seksyen 73 tiada taranya.
Apa saja yang dilakukan oleh CIA, Mossad, KGB, Gestapo dan Savak semuanya sudah pun dilakukan oleh SB Malaysia! -
Saturday, April 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment