I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 3, 2009

Sahabatku..

Sahabatku..
Pagi ini aku merenungku sendirian..
Terkenang aku..
pada kenangan kita..
semasa kita bersama..
menjalani kehidupan bersama..

sahabatku..
jika dulu..
bila ku buat salah..
kalian kan menegur ku..
Alhamdulillah..
Berkat dorongan kalian..
Aku akhirnya..
Menjadi seorang manusia..
Manusia yang berada dalam perjuangMu..

Sahabatku..
Sekarang segala-gala berubah..
Aku menempuh jalan yang begitu sukar..
Dalam hidup ku..
Di hadapan ku..
Terlalu banyak onak duri..
Yang menghalang perjuangkan ku..

Sahabatku..
Aku berharap..
Kalian sentiasa mendoakan aku..
Sentiasa istiqamah..
Dalam perjuangan ini..
Dan aku tak kan..
Pernah lupa mendoakan kalian..
Dalam setiap sujudku..

Sahabatku..
Aku menulis sajak ini..
Bukan untuk suka-suka..
Bukan untuk beromong kosong..
Aku menulis..
Kerana UKHWAHFILLAH kita..
Yang kita pegang selama ini..

Sahabatku..
Jika aku tersilap..
Dan terkasar bahasa..
Tidak membalas “sms”
Maafkan aku..

Sahabatku..
Terima kasih atas segalanya..

hambaAllah86
3:46 am
14 Ramadhan 1430H
4 september 2009

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template