“Mane yang di katekan kononnya pembela nama Allah tp hakikatnya merekalah yang menjatuhkan islam.13hb,3pm(humrao jaan)sebuah cite hindustan yang ditayangkan di TV3, trg2 dlm cite tu d letakkan nama pelacur tersebut "bismillah'.mengapa filem n di bnrkan tayangannya???pdhal ianya trg2 menghina islam.pada aku,bg mereka nama Allah,hanyalah sekadar dibibir sj, bkn di hati.perjuangan mereka skdr perjuangan retorik.skdr meraih sokongan politik saje.”
Demikianlah yang tertulis di dalam facebook saya. Sebenarnya pada petang tadi semasa sy tgh menonton TV, dengan secara tidak sengaja, sy terlihat sebuah scene dalam filem hindustan tersebut..tepat2 pada bahagian yang menunjukkan pelacur itu bernama “bismillah”. Lantas perkara itu saya rujuk kepada orang-orang tertentu, mereka mengatakan ianya perkara yang menghina islam..
Apa yang saya nak perkatakan disini adalah, mengapakah filem ini dibenarkan, sedangkan kita ada lembaga penapisan filem???Perkara ini perlu diambil serius kerana perbuatan tersebut secara terang2 menghina islam..”Bismillah” atau maksudnya dengan nama Allah di letakkan pada nama seorang pelacur dalam filem tersebut dan lebih mendalam lagi filem tersebut boleh merosakkan fikiran umat islam kerana dalam filem tersebut pelacuran sudah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat islam di india(dalam filem tersebut).
Masih lagi saya teringat tentang isu nama Allah yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Mereka sanggup berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan mereka tentang penggunaan nama Allah oleh pihak gereja. Tapi pihak yang sama juga, sebenarnya telah lama menjatuhkan islam. Mereka memperjuangkan nama Allah??? tapi mereka tolak apa yang diwajibkan didalam Al-qur’an sedangkan ianya adalah perintah Allah. Bagi saya ianya hanyalah satu retorik semata-mata. Bagi mereka nama Allah hanyalah sekadar di pinggir bibir-bibir mereka sahaja, bukan dari hati mereka. Kalau mereka btl2 mempertahankan islam, mengapa filem ini masih ditayangkan???
Akhir sekali, marilah kita berjuang menegakkan islam di muka bumi Allah ini untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga kita syahid atau menang.
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment