Monday, December 6, 2010
Menjual Khal Tamar asli(Makanan sunnah Nabi)
Bersabda Rasulullah S.A.W.,
” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318
Assalamualaikum..
Perhatian kepada sahabat-sahabat, ana ada menjual khal tamar yang dibuat secara asli. ianya tidak mengandungi bahan pengawet,perasa tiruan, pemekat dan pewarna tiruan.
Untuk pengetahuan sahabat, KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Produk ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.
Antara hadith2x yg mengalakkan mengambil KHAL:
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)
Kebaikkan KHAL TAMAR PLUS:
1.“Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) " طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.
2. “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, ( صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)
3. KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).
IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.
Jika berminat hubungi ana,
Mohd Fikri Bin Ismail
0197766881 @ 0136295881
Labels:
asli,
Khal Tamar,
Makanan sunnah Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Khal Tamar Plus adalah satu-satunya makanan kesihatan bersumberkan Khazanah Perubatan Islam. Khal, madu dan setiap ramuan serbuk herba mempunyai sokongan Quran, hadis nabi, mahupun pendapat Ulama' Perubatan Islam dahulu dan moden.
Alhamdulillah..
Post a Comment