I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 16, 2011

Kenapa duit kertas dikatakan debu2 riba dlm hadis akhir zaman

..... untuk penjelasan tersebut rasanya mudah sahaja kenapa ianya dikatakan debu2 riba, wang kertas/fiat/kertas hutang pada dasarnya dicipta melalui konsep 'fractional reverse banking' yakni pecahan rizab perbankan dimana proses tersebut telah jelas terjadinya RIBA bilamana cetakannya dilakukan atas lebihan faedah yang dikenakan dalam pinjaman. Sebagai rakyat yang berkerja dengan tulus dan jujur sewajarnya kita mendapat upah atas usaha kita.



Oleh kerana dharurat dan tiada kaedah pembayaran yang sesuai (sama ada sedar atau tidak, atau sengaja tidak mahu, atau hendak mengambil mudah dalam urusan walaupun bertentangan dengan yang digariskan Islam) semua pemerintah mengeluarkan kertas hutang/fiat/wang kertas sebagai medium pembayaran, walaupun hakikatnya kita upah yang kita terima itu wajar dan patut tetapi itulah antara salah satunya debu-debu riba kerana dasarnya kertas hutang/fiat/wang kertas itu dicetak melalui amalan dan unsur riba.



Debu adalah unsur-unsur kecil yang jika dikumpulkan akan membentuk kotoran dan mudah dilihat dan wajib dicuci untuk menghilangkannya dalam menjaga kebersihan pakaian tersebut. Begitu halnya dengan kertas hutang/fiat/wang kertas pada pandangan kita ianya halal kerana dibayar untuk usaha/kerja kita, namun bila dikumpul dan dikaji dari mana asalnya, bagaimana ia dihasilkan, kaedah penghasilan wang tersebut akan jelaslah wujudnya unsur RIBA padanya, walaupun kita berusaha untuk mengelakkannya namun tiadalah jalan keluar selagi mana kita masih menggunakan kertas hutang/fiat/wang kertas tersebut dan walaupun kita menentang ianya akan terus dihasilkan dari semasa ke semasa.



Satu-satunya jalan keluar adalah menerima bayaran dalam dinar dan dirham yang dihasilkan dari sumber emas dan perak. Dinar dan dirham tidak boleh dicetak sesuka hati atau dicetak menggunakan konsep 'fractional reverse banking' @ pecahan rizab perbankan jika sumber emas dan perak tiada. Dinar dan dirham pada dasarnya tidak boleh dicetak pada kertas atau logam-logam lain melainkan emas dan perak walaupun dikatakan bernilai.



Atas kemaslahatan umum dan dharurat yang dikeluarkan maka kita tetap gunakannya walaupun kita tahu kesannya. Ini menyebabkan kita juga terlibat dalam debu-debu riba tersebut walau kita bukan dari golongan pemakan atau penyokong RIBA tersebut. Bila dikatakan RIBA itu haram maka tetaplah ianya haram sampai bila-bila selagi mana kita tidak berusaha untuk keluar darinya walaupun telah diberi peringatan, ditunjukkan jalan dan usaha tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan. Tiada matlamat makhluk yang boleh menghalalkan cara yang telah diharamkan dalam Al-Quran tanpa terus berusaha.



Ini yang dapat saya kongsikan dan huraikan pada pandangan saya mengenai pertanyaan anda. Sila buat sedikit kajian dan rujuk pada sumber yang lebih sahih sebelum mengambil hujah2 saya... wallahualam'bisawap, saya juga punya kekhilafan dan kepada Allah jua saya serahkan segala kebenaran firmannya dalam Al-Quran dan hadis2 dan sunnah2 Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat..

.........................................................................................................​.........

Antara ayat AL-QURAN (FIRMAN ALLAH), hadis dan sabda NABI MUHAMMAD SAW yang berkaitan RIBA



"Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)



"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaithan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang senantiasa berbuat kekafiran/ingkar, dan selalu berbuat dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal shalih, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwaAllah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (QS. Al-Baqarah: 275-279)



Dari sahabat Jabir r.a , ia berkata, "Rasulullah s.a.w telah melaknati pemakan riba , orang yang memberikan/membayar riba (nasabah), penulisnya (sekretarinya), dan juga dua orang saksinya." Dan beliau juga bersabda, "Mereka itu sama dalam hal dosanya." (HR. Muslim)



"(Dosa) riba itu memiliki tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan ialah semisal dengan (dosa) seseorang yang menzinai ibu kandungnya sendiri. Dan sesungguhnya riba yang paling besar ialah seseorang yang melangggar kehormatan/harga diri saudaranya." (HR. Ath-Thabrani dan lainnya serta disahihkan oleh Al-Albani)



Dalam Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w dilapurkan berkata:

“Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorang pun, melainkan akan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya riba akan terkena juga debu-debu riba itu.”



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Riwayat at-Tirmidzi

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template