I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 14, 2008

Isu murtad: apa tindakan kita??

Siti Fatimah Tan Abdullah, 39 telah dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau pinang

Pada 10 Mei yang lepas, negara kita dikejutkan lagi dengan isu murtad. Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, yang dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dua hari lalu beliau menegaskan, Maipp tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau sendiri (Siti Fatimah) tidak menunjukkan minat untuk mengikuti aktiviti yang disusun oleh unit
berkenaan bahkan pernah dikaunseling kerana sibuk keluar negara bersama
suaminya warga Iran, Ferdoun Ashanian. Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Dia bersama peguamnya selepas pemohonan untuk murtad dibenarkan

Sebenarnya jika dikaji dengan mendalam, kejadian murtad di kalangan saudara baru bukan perkara baru dan bilangannya di seluruh negara adalah ramai. Namun, mungkin ia tidak boleh dikesan menerusi rekod di Jabatan Agama Islam kerana mereka yang murtad itu tidak melaporkan kepada jabatan tersebut. Ada yang menghilang diri begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Bagi mereka, menukar agama sama seperti menukar parti politik, menukar pertubuhan sukarela dan sebagainya. Itu saja.

Setelah membaca laporan akhbar mengenai isu ini, apa yang saya fahami adalah yang pertama, Siti Fatimah memeluk ISLAM adalah kerana kahwin dengan orang Islam, yang ke dua, Siti Fatimah murtad adalah kerana orang Islam iaitu suaminya pergi meninggalkannya dan yang terakhir adalah Siti Fatimah dibenar murtad oleh mahkamah syariah pulau pinang..

Begitu mudah untuk masuk ISLAM dan begitu mudah untuk keluar ISLAM. Apa yang hendak dipersoalkan adalah:

1) Sejauh mana pihak yang berwajib menyediakan program untuk mualaf?

2) Sejauh mana mahkamah syariah berkuasa membenarkan murtad?

3) Apakah pandangan orang kafir terhadap situasi ini?

4) Sejauh mana mualaf terjaga aqidahnya setelah memeluk ISLAM?


timbul berbagai reaksi di kalangan masyarakat Islam dan mereka menuding jari kepada sesiapa sahaja untuk mencari kesalahan. Reaksi tersebut menunjukkan kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku. Inilah antara sensitiviti agama yang wujud di kalangan umat Islam.

Mungkin sesetengah orang mengeluarkan hujah. konsep kebebasan agama dalam Islam disebut dalam al-Quran yang bermaksud : ‘Tidak ada paksaan dalam agama Islam kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan kufur. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’

Jika dilihat asbabun nuzul, ayat di atas diturunkan setelah berlaku peristiwa seorang ayah yang tinggal di Madinah pada masa itu belum memeluk Islam menyerahkan anaknya kepada orang Yahudi Bani Nadhir untuk dipelihara. Kemudiannya orang Madinah menjadi Islam, menyambut kedatangan Rasulullah saw dan menjadi kaum Anshar. Apabila berlaku pengusiran ke atas Bani Nadhir keluar daripada Madinah kerana mengengkari perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, maka si ayah tadi memohon kepada Rasulullah saw supaya anak itu ditarik kepada Islam, kalau perlu dengan paksa. Beliau mengatakan ‘Belahan diriku sendiri akan masuk neraka, ya Rasulullah!’. Maka turunlah ayat di atas ‘tidak ada paksaan dalam agama’. Kalau anak itu sudah terang menjadi Yahudi, tidaklah boleh dipaksa memeluk Islam. Menurut riwayat Ibnu Abbas, Nabi saw hanya memanggil anak-anak itu dan disuruh memilih, apakah mereka sudi memeluk agama ayah mereka, iaitu Islam atau tetap dalam Yahudi dan turut diusir? Dan menurut riwayat, ada yang memeluk Islam dan ada yang terus menjadi Yahudi dan sama berangkat dengan Yahudi yang mengasuhnya itu meninggalkan Madinah. Keyakinan suatu agama tidaklah boleh dipaksakan, sebab : ‘Telah nyata kebenaran dan kesesatan’ . Agama Islam memberi orang kesempatan mempergunakan akalnya yang murni untuk mencari kebenaran.

Akhir sekali, hayatilah hadis ini… ‘Barangsiapa yang beriman kepada Allah kemudian murtad, beriman kembali, murtad lagi kemudian memperbesar-besar ketidakpercayaan mereka. Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar kepada mereka’

Harakahdaily.net
suriaterang.blogspot.com
tranungkite.net

hambaallah86
12.00 am,
15 Mei 2008,9 Jamadil Awal 1429 H

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template