Cabaran di sekolah memanglah getir tetapi percaya adik-adik dalam kita menyebarkan islam tiada yang membentangkan kita permaidani merah malah onak duri juga yang lontarkan kepada kita. Apa yang penting niat kita mestilah selari dengan matlamat kita iaitu mencapai keredhaan Allah. ingat pada janji Allah, apabila kita berjuang di jalan Allah,nescaya syurga adalah tempat akhiran kita, insyaAllah..
Selepas beberapa hari program tersebut, saya menyertai program kem remaja solat bestari sebagai facilitator. program tersebut diadakan di penyabung, mersing. Program tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam. program tersebut bertujuan untuk menyematkan rasa kecintaan islam dalam diri remaja muslim. selain itu, kami ada membetulkan beberapa perkara-perkara dalam solat dan bacaan untuk peserta. Terima kasih kepada ustaz nazri dan ustazah shuhada kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk sekali lagi menjadi facilatator dalam kem ini setelaha kem remaja islam di smk tenggaroh A dahulu..
Banyak yang saya pelajari selama program-program tersebut, anataranya kepimpinan, pengurusan kewangan, disiplin, tarbiyah dan lain. Di harap program-program yang membentuk kecintaan kepada Allah diteruskan kerana generasi ini yang menjadi barisan pelapis kepimpinan islam suatu kelak,insyaAllah.
Jika waktu sekarang mereka sudah rosak dan terlibat dengan gejala yang tidak elok, bagaimana mereka hendak memimpin negara kelak..
No comments:
Post a Comment