Marikah kita merenung maksud firman Allah SWT di dalam al-Qur’anul karim
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam iaitu muhajirin), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” Al-Anfal:74
Alangkah beruntungnya golongan awalan Islam yang terdiri dari golongan muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan golongan ansar (suku Auz dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan menyambut kedatangan muhajirin serta memberikan segala bentuk pertolongan) apabila merek a diiktiraf dan diakui sebagai orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Kedua-dua golongan tersebut telah dijamin mendapat keampunan dan keredhaan Ilahi.
Alangkah baiknya sekiranya kita mendapat pengiktirafan dan pengakuan yang sama. Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita mencapai pengiktirafan setinggiitu? Maka tidak lain tidak bukan denganmecontohi pengorbanan mereka yan sanat besar d dalam menegakkan Islam.Oleh itu kitajuga mestiah mencrakan penorbanan semaksimum mungkin sama ada dari segi masa, tenaga,harta benda dan apa sahaja bentuk yang dapat memenangkan Islam. Setiap pengorbanan itu akan dinilai oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya pengorbanan generasi awalan Islam amatlah besar dan tiada tolok bandingnya. Mereka mempertaruhkan harta benda dan jiwa raga semata-mata untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan disebarkan di atas muka bumi ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Janganlah kamu mencerca sahabat-sahabatku, maka sekiranya salah seorang dari kamu mendermakan harta berupa emas sebesar Gunung Uhud sekalipun belum menyamai secupak emas yang didermakan oleh sahabat-sahabatku bahkan setengah cupak pun (tidak menyamai).
Walaubagaimanapun di dalam melaksanakan pengorbanan sebagai memenuhi semangat Hijratur Rasul SAW dan para sahabat RA, maka kita hendaklah memahami dengan sebaik-baiknya apa yang dituntut daripada kita dalam waqi’atau reality perjuangan pada masa kini.
Para ulamak menghuraikan perkara ini dengan mengambil kira keadaan semasa. Apabila diteliti dan dikaji, maka didapati bahawa tujuan utama hijrah ialah untuk menegakkan agama Islam yang sebenar yang dilaksanakan di dalamnya hokum-hukum Allah dan segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran dan diberikan contohnya oleh Rasulullah SAW melalui sunnahnya. Sekiranya Islam itu hanya setakat menunaikan sembahyang maka tidak perlulah berhijrah kerana di Mekah pun orang-orang Islam sudah boleh menunaikan solat. Bahkan sembahyang di Masjidil Haram berlipat kali ganda pahalanya.
Sekiranya islam itu sekadar menunaikan haji, bukankah manasik haji itu juga di laksanakan di Mekah? Maka mengapakah perlu berhijrah? Begitu juga sekiranya Islam itu hanya sekadar berziir kepada Allah SWT , maka tidak perlu berhijrah, bersusah payah meningalkan harta benda dan kampung halaman. Ini kerana zikir boleh dilakukan di mana sahaja sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “ Orang-orang yang berzikir meningati Allah dalam keadaan berdiri, duduk serta baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya ia berkata “wahai tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini sia-sia, maha suci Engkau maka selamatkanlah kami dari azab api neraka”.
Oleh kerana Islam itu merupakan satu peraturan atau cara hidup yang disebut sebagai nizamul hayah atau the way of life yang lengkap dan sempurna yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Dalam hal ini apabila suasana di Mekah pada ketika itu tidak mengizinkan untuk menegakkan Negara Islam yang dapat melaksanakan segala hukum dan peraturan yang datang dari Allah SWT, maka diperlukan berhijrah ke Madinah al-Munawwarah (Yathrib). Maka kesimpulannya tujuan utama hijrah itu adalah untuk menegakkan Daulah Islamiah yang sebenar-benarnya.
Dalam kontek perjuangan Islam pada hari ini, untuk menegakkan Daulah Islamiah atau Negara Islam yang sebenar-benarnya berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah tidaklah diperlukan berhijrah dalam bentuk perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi yang di perlkan ialah mengukuhkan dan memantapkan Jemaah Islam atau parti Islam dari segala segi dan berusaha serta berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Jemaah Islam tersebut Berjaya mengambil alih tampok pemerintahan negara dan seterusnya melaksanakan Islam yang syumul (lengkap dan menyeluruh – bukan Islam Hadhari )
Profesor Dr. Yusof al-Qaradhawi menegaskan di dalam kitabnya Min Fiqhiddaulati Fil Islam bahawa ganti daripada kewajipan hijrah dalam konteks perjuangan pada hari ini ialah menggabungkan diri di dalam Jamaah Islam (Parti Islam) yang bertujuan untuk menegakkan Negara Islam. Yang demikan itu adalah fardu (wajib ) bagi setiap muslimin dan muslimat dan menjadi kewajipan pula memberikan sumbangan dan pengorbanan semaksimum mungkin bagi memenangkan Islam di atas muka bumi ini.
Ustaz Abdullah Husin
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor.
Monday, July 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment