I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 27, 2008

Bantah 2 Pemain Chelsea Masuk Malaysia

Assalamualaikum...

Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2008,kerajaan Malaysia tidak akan menghalang kedatangan 2 pemain Chelsea iaitu Pengurusnya, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim,yang merupakan rakyat Israel untuk beraksi di Malaysia Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu di Asia.Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Luar,Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Hal ini bermakna Malaysia seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara Israel.Dari segi fakta,Malaysia sememangnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.Jadi jika dilihat pada logik akal,sememangnya rakyat Malaysia diharamkan masuk ke Israel begitu juga dengan rakyat Israel,diharamkan masuk ke Malaysia.Kenyataan ini seolah-olah kerajaan Malaysia mahu mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Adakah kerajaan Malaysia sudah lupa mengenai kekejaman rejim Laknatullah ini membunuh rakyat Palestin?Adakah Malaysia lupa peristiwa Sabra dan Shatila di Lubnan? Adakah Malaysia lupa pembunuhan beramai-ramai di Jenin dan adakah Malaysia lupa kekejaman Israel ke atas Gaza?Apabila Israel dibenarkan hadir ke Malaysia walau dengan apa jua tujuan namun ini seolah-olah melihatkan kita mengiktiraf penaklukan terhadap Masjidil Aqsa,kiblat pertama dan tempat suci ketiga umat Islam. Ya,memang alasan mudah kerajaan Malaysia seperti kata Dr. Rais Yatim, “Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,” katanya. Namun,adakah Dr. Rais pernah tengok kehadiran rakyat Malaysia ke Israel?Rakyat Malaysia enggan masuk ke Israel kerana mereka tidak mahu memijak bumi rejim yang membunuh saudara mereka di bumi Palestin. Dan mungkin ada sesetengah rakyat Malaysia yang cuba masuk ke Israel tetapi dihalang pihak imigresen atas alasan Malaysia tiada hubungan dengan Israel. Jadi mengapa pula kita mahu membenarkan orang Israel masuk Malaysia?Memang tidak salah menjemput atas dasar sukan namun sensitiviti umat Islam perlu dijaga.Jika isu ternakan khinzir di eksploitasi atas dasar sensitiviti umat Islam, isu ini juga harus diguna untuk membuktikan umat Islam memandang berat mengenai nasib rakyat Palestin.Adakah kerajaan mahu melihat suasana 1997 berulang apabila Israel dibenarkan memasuki Malaysia adalah ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), mendapat bantahan di Kuala Lumpur sehingga ada yang cedera? Diharapkan kerajaan Malaysia menilai kembali perkara ini.Jika tidak,mungkin kemarahan umat Islam akan kembali membakar.

Di ambil Dari
http://mygamis.blogspot.com/2008/04/bantah-2-pemain-chelsea-masuk-malaysia.html

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template