I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 28, 2008

Si Masitah memperlekehkan hukum Allah


Assalamulaikum..

Apabila Gladstone menyatakan bahawa al-Quran sebagai sumber kekuatan umat Islam, bangkitlah seorang ahli parlimen mengoyak-ngoyak al-Quran. Perbuatannya ditegur Gladstone, “Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan ialah mengoyak-ngoyak al-Quran yang ada dalam jiwa umat Islam..

Artikel ini saya ambil dari blog ustaz dzulhairi..Apa yang penting dalam artikel tersebut adalah kita sebagai umat islam harus lah berwaspada apa jua bentuk serangan musuh Islam untuk melemahkan umat Islam...Kita sebagai umat islam haruslah mempertahankan Al quran kerana ia satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad S.W.T yang ada pada hari ini dan ianya menjadi rujukan utama kita..

Di dalam video di atas, si Masitah telah memperlekehkan hukum Allah yang termaktub di dalam Al Quran...Apa bezanya kenyataan si Masitah dengan geert wilder yang telah menghina Al Quran secara terang-terangan di dalam filemnya 'Fitna'. Walaupun kenyataan si Masitah ini telah lama tapi kesannya kepada masyarakat memandang buruk kepada hukum Allah disebabkan ia adalah seorang tokoh agama yang dikenali ramai..Jika seorang tokoh agama islam memperlekehkan Al quran, apa lagi bagi mereka yang hanya Islam pada nama sahaja..

Dulu ustaz saya pernah berkata, jika kita tidak melakukan hukum Allah, kita akan berdosa tetapi apabila kita mempertikaikan,ianya boleh jatuh hukum murtad..Wallahualam..(bukan niat untuk mengkafirkan orang tetapi ingin kita memikirkan keadaan umat islam)

Wahai rakan-rakan sekalian, bersamalah kita mempertahankan Islam walau jalan yang kita lalui ini banyak onak dan duri..Jalan yang tidak di janjikan karpet merah atau kesenangan dunia..InsyaAllah..balasannya di akhirat bila kita berhadapan dengan Allah..Terserah kepada kita untuk menilainya..Ingatlah..apa yang kita perkatakan akan dipertanggungjawabkan di depan Allah..Jika ada kesalahan dalam tulisan saya, mohon tegur..insyaAllah, saya akan menilainya semula..

Sekian,Terima Kasih...


hambaAllah86 9.00mlm,

28 April 2008,21 Rabiul Akhir 1429 H..


















2 comments:

aishah said...

salam..apa yg diutarakan oleh Fikri saya amat setujui. bagi pendakwah yg berkebolehan, dan dikenali ramai seharusnya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata sewaktu bercakap agar tidak berlebih-lebihan. Hal ini demikian kerana percakapan yg berlebihan akan membawa padah. Situasi yg digambarkan oleh Dr. wajar dijadikan iktibar kpd semua org. Pemimpin yg adil lahir daripada seseorg yg sentiasa berpegang pd Al Quran dan al Hadis bukan mengingkarinya. Tindakan Dr yg menyangkal apa yg telah tertulis dalam Al quran adalah tidak wajar. Benarlah apa yg ditekankan dalam Islam wanita tidak layak dilantik menjadi pemimpin kerana bakal menimbulkan fitnah. Tahniah kpd Fikri kerana apa yg telah Fikri nyatakan berkaitan isu pemimpin kita pada hari ini smg dpt membuka mata org ramai yg membacanya. semga terus sukses dlm penulisan blog.akhirul kalam Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..salam.

hambaAllah86 said...

salam..terima kasih kerna memberi pandangan kepada saudari Aishah..memang betul apa yang diperkatakan oleh saudari tadi..bila kita lihat apabila pendakwa mengutamakan dunia,Islam diperlakukan mengikut kepentingan sendiri bukan kerna Allah...Akhir kata..sama-sama lah kita menegur dan menghalang perkara yang salah...dan menyokong dan melakukan perkara yang baik..Takbir!!!

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template