I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 1, 2008

Bila Orang Islam Jual Arak????

Assalamualaikum..

Kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga Allah memberi Rahmat kepada dalam kehidupan kita seharian..insyaAllah..Pada pukl 4.30 am tadi, saya berjalan-jalan untuk mencari ketenangan dalam menghayati keindahan ciptaan Allah..Dalam perjalanan itu,saya singgah sebentar di sebuah kedai serbaguna di tempat saya...

Bila saya masuk ke kedai itu,terdapat seorang akak chassier yang berkerja bertudung merah dan dua orang pelanggan..Saya terus menuju ketempat peti sejuk untuk membeli air minuman..Sampai di tempat tersesebut, saya pun membelek peti sejuk itu..MASYAALLAH...terdapat pelbagai jenis air arak dijual disini dan apa yang kesalkan akak chassier tadi adalah seorang wanita islam!!!!..

Wahai sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah bahawa islam melarang kita terlibat dalam penjualan arak sebagaimana Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala.

Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizq atau al-`atha' iaitu pemberian. Manakala, dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram. Rezeki berkat pula bermaksud, rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita, tetapi ia sesuatu yang baik dan cara ia diperoleh juga baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Kita sewajarnya menjadikan ayat 168 surah Al-Baqarah di atas sebagai pemangkin untuk mencari rezki yang halal lagi baik. Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Perkara ini pernah dibangkitkan dalam akhbar harian tetapi mendapat jawapan yang amat mengecewakan dari seorang menteri yang mengambarkan larangan arak menjual oleh orang islam di kedai serbaguna tersebut adalah menyekat rezki dan kemajuan orang islam. Allah berfirman "Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya." (QS. Al An kabut :17) dan "Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah." (QS. Al Jumu'ah:10).

Sabda Rasulullah s.a.w.Sumber halal dan haramDARI Abi Hurairah(ra.) katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: akan tiba satu masa di mana manusia tidak akan mempeduli lagi apa yang diambilnya, adakah dari sumber yang halal atau dari yang haram (HR Bukhari). Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa di akhir masa nanti, manusia akan hilang pertimbangan agamanya, apa lagi kewarasan akal budinya. Mereka sanggup memiliki apa saja sama ada dari sumber rezeki yang haram seperti rasuah, arak judi dan lain-lain atau sebaliknya dari yang halal lagi baik. Apa yang dijanjikan Rasulullah s.a.w. selama ini sudah menjadi kenyataan hari ini. Di mana manusia sudah menjadi begitu rakus dan haloba. Mereka sudah jatuh ke peringkat haiwan. Tabiatnya suka menyundul apa saja membujur lalu melintang patah.

Akhir sekali,sahabat sekalian..ingatlah, jangan lah kita bersubahat dengan perkara haram..ingatlah..apa yag kita makan akan menjadi darah daging kita..jika sumbernya haram maka ia akan jadi bahan bakar api neraka..(wallahualam..).semoga artikel kali n dapat memberi kesedaran pada kita betapa pentingnya kita mencari rezki yang halal lagi baik..komen-komen dan kritikan dari pihak sahabat-sahabat amat saya hargai..yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari sendiri ini..




Gambar menunjukkan akak chassier ini sedang bekerja berseorangan di kedai serbaguna tersebut..
Akak chassier sedng melayan pelanggan yang hendak membayar barang.

Arak yang dijual di kedai serbaguna tersebut.



'JOLLY SHANDY'-air tin ini sekali pandan nampak macam air tin biasa..tetapi apabila dilihat kandungannya terkejut saya..1% alkohol!!..jika orang dewasa mungkin akan menelitinya( itu pun kalau di lihatnya), boleh la perasan tetapi jika kanak-kanak yang membelinya, bagaimana??di harap ibu bapa dan juruwang tersebut prihatin..
Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”. (riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .

Berjuang kerna Allah..
Takbir!!!

hambaallah86
12.00pm,
2 Mei 2008,25 Rabiul Akhir 1429 H

2 comments:

Anonymous said...

Salam..abg fikri..
Alhamdulillah..
ara dpt sdikit manfaat dri bhn bacaan sprti ini..
syukran..
ara suka sbb info2 begini lah prlu dititik brtkn sbb ia pntg tp..bgimana abg dpt amik gmbat ni eyh?
Allhuakbar! Berani krana benar,
wslm.

hambaAllah86 said...

salam..ara
time kasih kerna melayari blog abg..gmbr ini abg amik sendiri pagi2 buta2 kt kedai serbaguna..
semoga kite semua dpt manfaat dari tulisan ini..smga Allah mmberkati kita semua..
Takbir!!!
wsalam...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template